10 Syarikat Pilihan Popular diKalangan Graduan Malaysia

10 Syarikat Pilihan Popular diKalangan Graduan Malaysia

Malayan Banking Bhd. (Maybank)

Menjadi pilihan majikan dikalangan graduan yang ingin bekerja di sektor perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia. Menurut Utusan, pada ketika ini, syarikat mempunyai seramai 43,000 orang kakitangan.

Pada Jun 2017, Maybank kekal menjadi syarikat tersenarai awam terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran mencecah RM100 bilion, menja­dikannya sebagai syarikat pertama dalam bursa yang berjaya meraih angka tersebut.

Petrolium Nasional Berhad (Petronas)

Syarikat 100% milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 ini popular dikalangan graduan kejuruteraan. Syarikat ini mempunyai hak keseluruhan terhadap sumber minyak dan gas di Malaysia.

Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai antara syarikat terbesar di dunia. Ia juga meletakkan Petronas sebagai antara syarikat perbadanan paling banyak membuat keuntungan di Asia dan dunia.

Sejak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan dalam 31 negara. Dikatakan Kumpulan Petronas mengandungi 103 anak syarikat, 19 syarikat milik sebahagiannya dan 57 syarikat bersekutu.

AirAsia Bhd

Oh! macam mana AirAsia boleh jadi majlikan pilihan untuk kategori e-dagang? Rupanya, selain daripada penerbangan tambang murah, AirAsia juga merupakan sebuah syarikat Internet.

Syarikat penerbangan ini telah membentuk model bisnes e-dagang. Dimana, kawasan terasnya meliputi membeli-belah dalam talian dan permainan sosial. Syarikat ini mempunyai kepentingan di AAE Travel, Asian Aviation Centre of Excellence, Think Big Digital serta Tune Group (Tune Money, Tune Talk, Tune Hotels, Tune Product, Tune Labs etc).

Peranan internet adalah penting di dalam sebahagian besar operasi-operasi pelaburan tersebut. AirAsia Bhd juga menjadi penaja utama di ASEAN bagi penerbangan rasmi untuk Pertandingan Sukan Elektronik Dunia (WESG) bagi musim baharu 2018/2019.

Sunway Group

Merupakan salah satu syarikat gergasi hartanah di Malaysia. Sunway Berhad (Sunway) merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 15.4 peratus kepada RM5.37 bilion bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2017 berbanding RM4.66 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Selain daripada sektor hartanah, mereka juga menceburi sektor pelaburan, pembinaan, hospitaliti, pendidikan, pusat membeli belah, taman tema, hospital, perdagangan dan pembuatan.

Bukan sahaja di Malaysia, mereka juga beroperasi di China, India, Cambodia, Vietnam, Australia dan Singapura.

IKEA

Merupakan sebuah syarikat menjual perabot yang tidak perlu diterangkan lagi. Produk jualan syarikat ini popular dikalangan orang muda yang gemar rekabentuk moden, ringkas dan terkini.

Pada ketika ini, terdapat 3 buah gedung IKEA di Malaysia iaitu di Mutiara Damansara, Tebrau dan Cheras. Manakala 1 lagi di Pulau Pinang sedang dalam pembinaan.

Selain perabot, bebola daging dan karipap IKEA sememangnya digemari  dikalangan rakyat Malaysia. Oh, jangan dilupa, beg ikonik IKEA berwarna biru juga sangat popular.

AIA Berhad

Merupakan antara syarikat insurans terkemuka di Malaysia. Syarikat yang beribu pejabat di Hong Kong ini mula menjalankan perniagaan sejak 1948.

Di Malaysia, AIA memiliki keteguhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan yang terlatih seramai 2,000 orang anggota untuk berkhidmat kepada lebih 3 juta orang pelanggannya di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta

Nestle Malaysia

Syarikat ini telah menempa kedudukan utuh di Malaysia sejak 1912. Nestle Malaysia dengan warganya berjumlah lebih 5,000 individu menghasilkan lebih 500 produk halal. Mereka juga mempunyai  8 kemudahan pembuatan di Malaysia yang terletak di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Syarikat berpangkalan di Switzerland itu, ternyata telah untuk menawan lagi hati masyarakat Malaysia. Antara produk popular keluaran syarikat ini ialah Milo, Sos Cili, Mee Segera Maggi dan Nescafe.

Shell

ROYAL Dutch Shell Group telah diwujudkan pada Februari 1907 melalui penggabungan dua syarikat iaitu Royal Dutch Petroleum Company dari Belanda dan Shell Transport and Trading Company Limited dari United Kingdom.

Shell merupakan syarikat minyak dan gas multinasional yang berpangkalan di Belanda dan dikorporatkan di United Kingdom.

Shell merupakan antara syarikat terbesar dunia dari segi perolehan dan menjadi pernah tersenarai di tangga teratas dalam Fortune Global 500 sebagai syarikat terbesar di dunia.

Shell telah bertapak di Malaysia selama lebih 120 tahun.

Microsoft

Merupakan antara syarikat perisian terbesar dunia dengan asset sebanyak RM935 bilion pada tahun 2018. Dianggarkan seramai 12 ribu kakitangan Microsoft telah bergelar jutawan dan 3 daripadanya telah bergelar bilioinare.

Pada asalnya Microsoft membantu Apple membangunkan computer mereka. Namun, keadaan berubah apabila Microsoft sendiri turut menghasilkan computer dan jenamanya sendiri.

PWC Malaysia

Menjadi pilihan bagi graduan yang ingin bekerja di syarikat perakaunan dan perkhidmatan professional.  Syarikat ini merupakan antara syarikat audit terkemuka selain daripada Deloitte Malaysia, Ernst and Young Advisory Services Sdn Bhd dan KPMG Malaysia.