Secara umumnya, membela haiwan comel bukanlah suatu perkara yang membebankan. Jika ada pun, mungkin atas sebab kebersihan, kesihatan dan memberi makan minum kepada si comel ini.
Tahukah anda, membela haiwan comel ini mampu memberikan kebaikan fizikal dan mental kepada kita. Bayangkan, tatkala anda pulang dari kerja dan pulang kerumah, terlihat kelibat si comel ini menyambut kepulangan anda. Terus hilang segala tekanan yang dialami seharian. Merekalah ketenangan dan penghibur…
Baca: Koleksi Contoh Penghargaan Kerja Kursus
Hidup Lebih Baik
Kajian dari Coronary Care Unit menunjukkan, mereka yang memelihara haiwan peliharaan mempunyai tahap kehidupan yang lebih baik berbanding mereka yang tiada.
Tiada lagi istilah kesepian kerana haiwan kesayangan ini akan memberi dorongan secara sosial.
Menurunkan Tekanan Darah
Seseorang yang memelihara haiwan seperti kucing boleh menurunkan tekanan darah kerana haiwan ini mempunyai pengaruh yang menenangkan.
Ketika anda sedang membelai atau bermain dengan haiwan, badan akan mengeluarkan hormone oksitosin. Sebab itulah saat anda bermain dengan si comel ini, anda menjadi lebih bahagia.
Membakar Kalori
Baca: 10 Syarikat Pilihan Popular diKalangan Graduan Malaysia
Bawa mereka berjalan-jalan atau membersihkan tempat pembuangan mereka juga membantu pembakaran kalori. Selalunya orang yang suka membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan lebih cenderung untuk melakukan senaman.
Mempunyai haiwan peliharaan ini juga membuatkan anda lebih aktif bergerak. Secara tidak langsung ia akan mencegah bertambahnya berat badan anda.
Meningkatkan Imuniti Anak
Haiwan boleh membantu meningkatkan imuniti kanak-kanak. Ini kerana, jika rumah terllau bersih, ia boleh menghalang sistem pertahanan anak-anak dari membina imuniti lain seperti habuk serta kotoran dari haiwan.
Hubungan Sosial
Haiwan peliharaan boleh mengeratkan hubungan di luar lingkungan anda. Contohnya, dapat berjumpa pemilik lain dan berkongsi minat yang sama dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya aktiviti ini akan meningkatkan kehidupan sosial anda