Walaupun dunia wanita agak rumit, namun sedarkah anda bawaha ia merupakan perkara yang berulang-ulang? Percakapan wanita memang banyak kiasannya.
Kadang-kala wanita segan untuk mengungkapkan kehendak hati kerana takut akan ‘tanggapan’ orang lain terhadapnya. Pelik tetapi ia benar.Tidak percaya? Berikut merupakan ungkapan harian yang wanita kerap tanya.
Lapar Tak?
Jika seorang wanita itu bertanyakan anda lapar atau tidak, bermakna dia yang lapar. Agaknya nak minta anda menemaninya makan.
Baca: Karangan Kebaikan dan Keburukan Media Sosial
Sayang Saya Tak?
Perkataan SAYANG merupakan satu ungkapan selamat untuk jiwa seorang wanita. Walaupun dia tahu pasangannya memang menyayanginya sepenuh hati, namun jika boleh, wanita mahu anda sentiasa mengungkapkan ayat tersebut.
Cantik Tak?
Soalan yang begitu sinonim dengan dunia wanita. Kadang kala, soalan ini sengaja ditanyakan kepada pasangan untuk mendapatkan pujian semata-mata.
Baca: 8 Filem Seram Korea Wajib Tonton
Okay Tak?
Pertanyaan seumpama ini kekadang membawa maksud yang pelbagai. Anda perlu bijak mentafsirnya. Mungkin wanita itu sengaja nak menarik perhatian anda? Samaada untuk membawang atau mencuba untuk menjalin hubungan dengan anda…
Gemuk Tak?
Biasalah, nak sedapkan hati. Makan hari-hari akan bertanyakan soalan ini kepada teman lelaki, pasangan atau sesiapa sahaja yang rapat.
Jika anda ditanyakan soalan seumpama ini, jawab sahaja dengan jujur. Wanita masih boleh menerima komen tersebut. Walaupun kekadang ia akan diselangi dengan bebelan. Nak diet tapi mulut dok nak mengunyah je.