7 Tip Menambah Pengikut di Instagram

Nama Instagram adalah hasil gabungan instant dan telegram yang membawa maksud telegram segera.

Instagram pada hari ini telah menjadi salah satu platform perkongsian gambar sepenuhnya. Ia membolehkan pengguna berkongsi gambar dan dilihat oleh rakan-rakan yang mengikuti. Instagram kini memiliki lebi 1 bilion pengguna.

Baca: Bergambar – Ucapan Selamat Pagi

Moh sini kita kongsikan beberapa petua untuk menambah bilangan pengikut di Instagram:-

Ikuti Profail

Rajin-rajinlah ikuti profail rakan-rakan maya. Konsepnya ialah You Follow I, then I will Follow You. Kenali rakan-rakan yang rajin membuat kemaskini

LIKE dan Komen

Berikan mereka perhatian dengan memberikan LOVE dan komen (untuk lebih perhatian lagi). Namun, elakkan terlalu over atau kerap meninggalkan komen. Less is More.

Ada Interaksi

Ambil masa yang cukup untuk menjawab dan membalas komen pada gambar. Reaksi seumpama ini akan mewujudkan interaksi dua hala yang berkesan.

Kapsyen dan Hashtag

Setiap kapsyen yang dibuat boleh menonjolkan personaliti anda. Kalau malas sangat, sekurang-kurangnya bagilah sepatah dua perkataan. Sentiasa juga letak hashtag ( # ) yang relevan. Ini membolehkan gambar anda dilihat oleh orang lain yang membuat carian melalui hashtag tersebut (jika tetapan akaun adalah public).

Gambar yang Menarik

Objektif utama media sosial bernama Instagram ini ialah perkongsian gambar. Pastikan apa sahaja gambar yang dikongsikan ialah unik, menarik dan berkualiti. Asbab utamanya ialah untuk mempromosikan diri anda melalui perkongsian gambar yang cantik.

Masa

Pilih masa yang sesuai untuk membuat pengemaskinian. Selalunya orang banyak online pada waktu pagi (sarapan), tengahari (lunch hour), petang (selepas waktu pejabat) dan malam (sebelum tidur). Semakin ramai orang online pada ketika itu, maka kebarangkalian orang untuk melihat kemaskini terbaharu anda itu lebih tinggi.

Berterusan Aktif

Kemaskini gambar anda secara aktif dan berterusan bagi mengekalkan momentum minat pengikut. Tapi, janganlah terlalu kerap sangat. Mungkin selang beberapa hari bagi setiap pos. Nak kumpul LIKE dan Komen katanya kan?