Orkid Dendrobium.
Dendrobium merupakan orkid yang kebanyakannya dari jenis epiphytic iaitu menumpang pada tumbuhan lain ataupun lithophytic iaitu tumbuhan yang hidup pada batu-batuan.
Baca: Its All About Royal Floria Putrajaya 2019
Nama Dendrobium diambil dari bahasa Greek kuno yang mana dendron bererti pokok dan bios yang bermaksud kehidupan merujuk kepada kehidupan orkid Dendrobium yang menumpang pada pokok-pokok lain.
Terdapat perbagai variasi warna yang menarik menjadikan Dendrobium juga antara orkid yang popular serta menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai di pasaran.
Orkid Rama-Rama
Phalaenopsis merupakan salah satu orkid yang unik dan digelar sebagai orkid rama-rama kerana bentuk bunganya. Orkid ini mendapat nama Phalaeonopsis yang diambil dari perkataan latin iaitu “phal” yang bermaksud rama-rama dan “opsis” yang bermaksud rupa. Orkid ini juga pernah dicatat sebagai bunga orkid yang terbanyak mekar pada satu pokok dalam Guinness Book of World Record.
Baca: Buy Online – Floria Putrajaya Ticket Price
Orkid Harimau
Baca: Contoh Ucapan Persaraan Ringkas
Orkid Harimau (Tiger Orchid) atau turut dikenali sebagai Orkid Gergasi (Giant Orchid) adalah spesies orkid terbesar di dunia. Orkid ini dinamakan Orkid Harimau kerana bunganya yang unik mempunyai corak seakan-akan corak pada bulu harimau yang mana kebiasaannya akan berbunga setiap dua hingga empat tahun sekali dan bunganya pula mampu bertahan sehingga dua bulan.
Orkid Vanda
Vanda adalah antara orkid yang mudah ditemui di kawasan timur Asia, Asia Tenggara dan juga di kawasan New Guinea. Kebanyakan orkid Vanda bersifat epiphytic dan berbunga setiap berberapa bulan sekali menjadikannya antara orkid pilihan ramai kerana sering berbunga dan bunganya pula mampu bertahan sehingga dua ke tiga minggu.
Kebanyakan spesies orkid Vanda liar telah diklasifikasikan sebagai orkid terancam kerana telah jarang sekali dijumpai di kawasan habitatnya, ini telah menyumbang kepada penghasilan orkid hibrid di dalam industri orkid untuk menampung permintaan orkid ini di pasaran.