Apa Perlu Tahu Tentang Kucing Batu – Lesen

Kucing Batu

Kucing Batu, juga dikenali sebagai Asian Leopard Cat (ALC), merupakan salah satu spesies kucing liar (Wild Cats) yang sering diperdagangkan dalam penjualan hidupan liar haram.

Sila menghubungi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk menyemak keperluan lesen/ permit/ permit khas untuk sebarang aktiviti melibatkan hidupan liar.

Read: Teka Teki – Kucing Apa Pandai Menyanyi?

Haiwan itu aktif pada waktu malam dan ia memakan tikus, amfibia dan reptilia. Permintaan menggalakkan di pasaran gelap menyebabkan semakin ramai individu dikenasan menjalankan aktiviti haram menjual kucing batu sehingga mencecah harga RM3,000 seekor.

Haiwan liar dilindungi ini menjadi kegilaan peminat kucing berikutan ciri fizikal dan warna bulu yang unik.

Read: Living with a Ragdoll Cat

Haiwan ini dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2019 (Akta 716). Antara hukuman yang diperuntukkan dibawah akta ini ialah sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kucing Batu Lesen?

Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan – Jabatan Perhilitan Malaysia telah mengeluarkan senarai haiwan sebagai haiwan terlindung dibawah Akta 716.

Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.

Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap.

Read: Cat Breeds: History of the Ragdoll Cat

Info lanjut:

Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
No 21,Jalan Dwi Tasik 1,Bandar Seri Permaisuri,56000 Cheras,Kuala Lumpur.
Tel: 03-9171 0258/ 03-9171 0260 Faks: 03- 9171 0257

Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-223 0580 Faks: 07-223 5702

Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-261 3039 Faks: 04-261 0330

Read: Info Pesta Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya