Baik atau Buruk? Erti dan Tafsir Mimpi Mengandung

Mimpi Mengandung

APA maksud mimpiku malam tadi? Nak dibiarkan berlalu sayang rasanya sebab nampak macam menarik. Nak ditafsir terlalu rumit, macam tiada punca dan hujung pangkalnya.

Tangkislah dengan baik serangan mimpi itu. Jika kita bermimpi sesuatu yang tak disukai, berdoalah agar dihindari dan jangan diceritakan kepada orang lain kerana mimpi itu tidak akan memudaratkan.

Baca: Baik atau Buruk? – Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Maksud Mimpi Ada 3 Jenis

  • Mimpi benar untuk orang soleh – Mimpi yang benar hanya dianugerahkan pada orang soleh yang benar lidahnya.
  • Mimpi mainan tidur – Jenis ini dipengaruhi emosi dan psikologi. Kadangkala mimpi adalah sesuatu yang kita rasa atau lalui dan terbawa-bawa sewaktu kita tidur.
  • Mimpi gangguan syaitan – Syaitan dah berjanji mahu merosakkan kita. Jadi ketika mimpi pun syaitan mampu menganggu. Jika boleh syaitan mahu hati kita dipenuhi rasa syak, curiga dan sangka buruk terhadap seseorang atau sesuatu keadaan.
Mimpi Mengandung

Baca: Koleksi 1001 Ucapan Pengantin Baharu

Mimpi Mengandung dan Bersalin / Melahirkan (Sudah Berkahwin)

Petanda akan mendapat kesihatan dan rezeki. Banyakkan berdoa moga-moga Tuhan mengabulkan hajat anda untuk mendapat seorang anak soleh dan solehah dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan

Mimpi Mengandung Lagi

Petanda akan ada kemajuan dan keuntungan dalam usaha yang dilakukan

Mimpi Kawan Mengandung

Melihat kawan atau teman yang sedang hamil dalam mimpi boleh membawa maksud berupa sebuah ramalan baik. Mimpi ini merupakan isyarat bahawa anda akan berbahagia bersama dengan orang yang muncul dalam mimpi anda.

Mimpi Melihat Orang Mengandung

Melihat ibu-ibu yang sedang hamil atau mengandung merupakan sebagai isyarat baik bahawa anda akan mendapatkan pengalaman yang membahagiakan dalam waktu dekat.

Baca: KTM Komuter Malaysia – KTM Schedule, Route Map

Mimpi Mengandung Anak Kembar

Mimpi begini selalunya akan membawa ke arah yang positif. Akan beroleh keuntungan berlipat kali ganda.

Mimpi Mengandung (Tapi Belum Berkahwin)

Akan beroleh rezeki atau impian akan tercapai. Kata orang tua-tua dulu, mimpi mengandung tandanya kita bersangatan menginginkan sesuatu dan kemungkinan ia akan tercapai dalam tempoh terdekat.

Bagi mereka (ada) berita gembira di dalam kehidupan dunia dan juga (dalam kehidupan} di akhirat

At-Tirmidzi 

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a’lam.