Betul. Ada sesetengah kucing yang berat badanya akan naik selepas dimandulkan. Namun, tidak semua.
Faktor utama yang mengebabkan kucing bertambah gemuk adalah ‘kurang bersenam’ dan makan terlalu banyak.
Sebelum dikembiri, kucing mempunyai hormon yang menyebabkan ia aktif. Namun, selepas dimandulkan, hormon tersebut sudah tiada lagi. Oleh sebab itulah kucing yang telah dimandulkan menjadi kurang aktif berbanding sebelumnya.
Pada masa yang sama, seandainya kuantiti makanan yang diambil adalah sama sebelum dan selepas dikembiri, ia akan menjadi gemuk dek kerana kurang melakukan aktiviti yang membakar lemak berlebihan dalam badan / tidak aktif.