Borang dan Cara Daftar Jadi Ejen BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk membuka lebih banyak perkhidmatan ejen bank berdaftarnya di seluruh negara pada masa depan berikutan sambutan menggalakkan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Melalui ejen BSN, pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan dengan mudah dan selamat. Antara kelebihan ejen BSN, waktu operasi yang fleksibel dan lebih panjang, transaksi dilakukan secara atas talian dan dalam masa nyata, tidak perlu beratur di bank dan lebih mudah dan cepat. Selain itu, Oleh itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti simpanan, pengeluaran, pembayaran bil, Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN, pembayaran tanpa tunai, pembukaan akaun dan tambah nilai

Ingin menjadi Ejen Bank Berdaftar BSN dan membantu warga Malaysia di seluruh negara mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik?

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan, hanya isikan Borang Permohonan Ejen dan hantarkannya kepada BSN. Anda juga boleh mengunjungi pusat BSN untuk memohon!

Berikut ialah syarat untuk menjadi salah seorang Ejen EB BSN:

  • Syarikat tempatan yang berdaftar dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan.
  • Mempunyai liputan GPRS atau talian tetap/bumi.
  • Mempunyai infrastrukur bangunan yang sesuai dan alamat surat-menyurat tetap.
  • Mempunyai / mendaftar akaun BSN di bawah entiti perniagaan.
  • Amaun pembukaan minimum akaun Korporat EB ialah RM1,500.00

Untuk panduan, sila lihat Contoh Borang Yang Telah Dilengkapkan di sini.

KLIK: Senarai Pusat-Pusat BSN Seluruh Negara

Borang dan Cara Daftar Jadi Ejen BSN