Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Floria Putrajaya 2019

Tarikh, Masa dan Tempat

Tahun ini, Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP) beralih ke lokasi baharu seperti pada butiran berikut:-

Tempat: Taman Botani, Presint 1 Putrajaya
Tarikh: 31 Ogos hingga 8 Sept 2019
Masa: 10 pagi hingga 10 mlm

Floria Putrajaya 2019

Pemilihan Taman Botani, yang mempunyai koleksi tumbuh-tumbuhan yang banyak dan matang, mampu memberi nilai tambah kepada RFP selain mempromosi taman itu sendiri.

Tema: Orkid dan Bonsai

Pameran itu akan menampilkan bunga orkid yang dinamakan dengan nama Queen Azizah Iskandar, mengambil nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Penampilan Royal Garden Showcase pada RFP tahun ini adalah bersesuaian dengan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga merupakan Sultan Pahang.

Harga Tiket Masuk: RM5 atau RM3 sahaja

Klik: https://ticket.smart.putrajaya.my

Floria Putrajaya 2019

Waktu Terbaik Pergi

Bergantung. Namun, secara peribadinya lebih elok untuk datang awal pagi atau lewat petang. Belah tengahari, cuaca pasti agak panas terik dan pengunjung pasti sedang bersesak pada ketika ini.

Bagaimana Mahu ke Royal Floria Putrajaya @ Taman Botani Putrajaya?

Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Jalan Darat – Menaiki kereta atau bus

  • Parkir sekitar Presint 1 (dikatakan ada shuttle bus PERCUMA)
  • Boleh juga parking di Taman Rekreasi Air Presint 13 (bersebelahan Taman Botani)
Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Jalan Air

  • Menaiki bot di 2 jeti – Kelab Tasik Putrajaya dan Cruise Tasik Putrajaya

Parking di Taman Botani Putrajaya

Terdapat 1,500 tempat letak kenderaan di Taman Botani selain penganjur turut menyediakan bas perantara untuk pengunjung selain perkhidmatan ‘teksi air’.

Daya Tarikan Berkaitan

Diberitakan, Pesta Floria Putrajaya 2019 ini dijangka akan diwarnai dengan 79 penyertaan garden showcase yg disertai oleh

  • 12 agensi korporat, swasta dan swasta
  • 7 persatuan atau pengusaha bunga
  • 4 orang designer garden
  • 25 penyertaan dari sek rendah dan menengah
  • 6 taman universiti dan institusi pengajian tinggi
  • 10 taman komuniti
  • 5 floating flower deco
  • 3 FAMA Fruit Valley
  • 6 penyertaan antarabangsa termasuk Malaysia – Taiwan, Korea, Singapura, Indonesia dan Thailand
Its All About Royal Floria Putrajaya 2019

Beberapa konsep dan elemen baharu yang kreatif dan inovatif juga akan ditampilkan seperti:-

  • vertical wall showcase yg diusahakan oleh pelajar universiti
  • pertandingan gubahan terarium dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah

Lebih daripada 100 aktiviti dan program harian akan dianjurkan. Antaranya ialah

  • garden barzaar, jualan f&b,
  • pemaran dan jualan produk perkebunan
  • pertunjukan fashion
  • ceramah dan bengkel perkebunan
  • pertandingan fotografi
  • dan banyak lagi

Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019