Cara Daftar myBSN Untuk Kali Pertama (BSN Online)

Cara Daftar myBSN Untuk Kali Pertama

Terokai kemudahan perbankan dengan selesa dari rumah atau pejabat. Dengan Perbankan Internet myBSNsecure, anda boleh membuat capaian ke akaun BSN anda di mana-mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa, hanya dengan menekan satu butang.

Kelayakan Asas

  • Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM / Debit / Kredit BSN.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Manfaat Serta Kelebihan Perbankan Internet MyBSN

  • Menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan anda sendiri.
  • Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank!
  • Transaksi dalam talian yang selamat.

Perkhidmatan Yang Disediakan Melalui MyBSN

  • Pertanyaan Baki – Lihat Baki Akaun dan Rekod Transaksi (Deposit/Kad Kredit/SSP) anda.
  • Pemindahan Dana – Pemindahan dana ke mana-mana bank dan nombor mudah alih.
  • Pembayaran Bil – Bayar bil anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  • Pembayaran Kad Kredit – Bayar kad kredit anda atau kad kredit pihak ke-3.
  • Permohonan PIN Kad Kredit – Permohonan untuk menukar PIN kad kredit.
  • Kad Debit – Kemas Kini Had Pembelian / Kemas Kini Status Transaksi Luar Negara / Kemas Kini Status Urusan Pembelian Dalam Talian / Lapor Kad Hilang atau Dicuri.
  • Arahan Tetap – Urus bayaran berkala anda ke akaun BSN dan akaun di bank lain secara dalam talian.
  • Pembayaran Pembiayaan – Anda boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman BSN (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).
  • Muat Turun e-Penyata – Mohon e-penyata melalui dalam talian.
  • Permohonan Dalam Talian  – Permohonan e-Saver / Permohonan untuk Kad Kredit.
  • Peti Masuk Mesej Terjamin – Tulis dan hantar mesej yang terjamin selamat untuk sebarang pertanyaan.

Video Panduan Daftar Perbankan Internet MyBSN

Langkah Demi Langkah Daftar Perbankan Internet MyBSN

  1. Klik di sini untuk pendaftaran kali pertama.
  2. Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
  4. Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan.

Selesai mendaftar, anda boleh melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.

Untuk melakukan transaksi perbankan seterusnya di dalam Perbankan Internet, pengesahan diri buat kali pertama haruslah dilakukan.

Terdapat 2 cara untuk mengaktifkan akses myBSN anda:

  • Sila dapatkan bantuan dari kakitangan BSN jika anda berada di Cawangan.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 / +603-2613 1900 (Luar Negara)

Pusat Khidmat Pelanggan kami beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Soalan Lazim

Soalan 1: Apa itu MyBSN?

MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.

Soalan 2: Apakah aktiviti perbankan internet yang saya boleh lakukan melalui myBSN?

Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.

Soalan 3: Perlukah saya membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?

Tidak perlu. Anda boleh gunakan akaun dan nombor kad ATM yang sedia ada.

Soalan 4: Bolehkah saya buka akaun secara online?

Setakat ini kami belum lagi menawarkan perkhidmatan ini.  Kami sedang mengusahakannya untuk kemudahan semua.

Soalan 5: Jika ada masalah untuk log masuk MyBSN, apa perlu saya buat?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Kami sedia membantu ada 24 jam sehari.

Rujukan: https://www.bsn.com.my/

Cara Daftar myBSN Untuk Kali Pertama Cara Daftar myBSN Untuk Kali Pertama