10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

Senarai promo Buffet Ramadhan Putrajaya 2024 : Pakej hotel promotion Tempat Berbuka Puasa Pada Harga Early Bird yang murah untuk iftar Ramadan yang menarik dan terdekat (near me)

1. PULSE GRANDE Hotel Putrajaya

Bulan suci penuh keberkatan bakal tiba tak lama lagi. PULSE GRANDE Hotel Putrajaya kini kembali dengan pakej berbuka puasa 2024 dengan tema ~BAZAR SANTAI IFTAR~ bermula 12 March hingga 8 April 2024.

Promosi (Early Bird) 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 telah bermula dari 15 January hingga 10 Februari 2024!

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan Early Bird Voucher anda sekarang untuk LEBIH JIMAT.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan sila hubungi:
☎️ 03- 8887 8888
☎️ 010-228 5353⁩

Rujukan: https://www.facebook.com/pulsegrandhotel

Continue reading 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024

Makan Sedap di Krathong Thai Resturant Sungai Besi

Aku ingatkan, selama ini, Resturant Mek Siam lah yang paling sedap dalam menghidangkan makanan ala Thai. Rupanya, salah. Sebab masakan di Kratong Thai Restaurant lebih sedap. Hahahaha….

Entahlah, dulu rasa sedap. Tapi, sekarang macam lain je rasanya. Mungkin tukang masak orang lain kot. Tapi, masalahnya harga yang dikenakan pun agak berbeza. Tipnya adalah, kalau nak makan di Resturant Krathong ini, kena makan beramai-ramai. Jadi, boleh kongsi-kongsi bayar.

Baca: Goreng Ikan Patin Guna Air Fryer

Lagipun, kuantiti yang dihidangkan agak banyak. Jadi, kalau nak makan seorang, tak akan habis punya. Senak perut kenyang yang amat. Lainlah kalau engkau tengah lapar.

Tempoh hari, aku makan bertiga. Kami order Tomyam Ayam (RM26), Telur dadar (RM8),Sayur campur (RM12) dan Taugeh ikan masin (RM9 rasanya harganya). Selain daripada nasi dan air suam / kosong / limau suam. Abaikan harga sebab kami bawa ‘banker’ untuk bayar sekali haha. Masyaallah sangat sedap lauk pauk yang dihidangkan. Nasi pun sedap. Lauk sayur pun segar dan sangat sangat menyelerakan.

Ya Tuhan…. memang sangat sedap dan menyelerakan. Terasa macam makan di Thailand huuuuu. Rindu nak travel ke siam.

Baca: 5 Tip Menulis di Media Sosial

Memang habis licin kami makan. Port baru kalau teringin nak makan tomyam. Nyum Nyum Nyum.

Konsep Baru di Wong Solo Bangi

Semalam, selepas selesai buat pembentangan, aku rasa lapar yang amat. Tak teringin nak makan tapi rasa seakan mahu release tension. Hahaha, seakan suatu kebetulan atau menjadi amalan tidak rasmi, habis je exam atau pembentangan, aku akan makan ayam penyet di Wong Solo Bandar Baru Bangi.

Tak ramai sangat semalam, tatakala aku pergi. Cuma agak terkesima dengan konsep baru mereka. Seakan konsep 4 Fingers. Order di kaunter dan self service. Siap bagi alat untuk beritahu order sudah sedia untuk diambil.

Sambal merah dan sambal kicap pun kena ambil sendiri. Konsep ala ala McD dan KFC. Nyum Nyum Nyum.

Alhamdulillah kenyang. Berselera sungguh aku makan. Dulu kini dan selamanya lah kot aku akan order menu yang seperti ini. Bezanya kalau diorang ada stok Avocado, aku akan order lah. Tapi, selalunya air avocado ini akan habis sokmo.

Apapun, harap markah presentation mencanak-canak penuh haha.

Makan di Mee Tarik Warisan Asli Kajang

Sewaktu PKPB yang lalu, punyalah susah nak cari makan di luar. Semua tutup awal atau kena beratur panjang. No choice, nasib baik Restaurant Mee Tarik Warisan Asli cawangan Metro Point Kajang buka. Tengok orang pun nampak macam sedikit. Bolehlah menyinggah sebelum balik kampung…

Punyalah lapar, jadi aku order nasi dan suruh kawan aku order mee tarik goreng. Jadi, bolehlah jamah rasa sedikit rasa mee gorengnya. Lain macam rasa mee gorengnya. Terasa lebih fresh dan lembut.

Apapun, cawangan Kajang disini tidak fully serve menu yang aku suka. Kalau nak, aku akan pergi makan di cawangan Bangi atau Lake Field Sungai Besi. Kat situ pilihan menu yang ditawarkan lebih banyak.

Makan di Restaurant Mek Siam Sungai Besi

Bagi aku, disinilah tempat untuk makan bertemakan thailand / tomyam paling sedap pernah aku rasa setakat ini. Rasa dan aromanya sangat siam. Secukup rasa dan teramat menyelerakan hingga ke hirupan terakhir.

Kebanyakan menu yang dijual adalah secara set – Main utama dan bersekali dengan nasi putih dan telur dadar. Air beli asing. Macam aku, selalunya akan order air kosong je. Seakan pelik jika makan nasi bersama dengan air manis.

Setakat ini, aku pernah order makan Set Tom Yam, Coconut Chicken Soup dan Thai Basil. Lain-lain menu tak pernah teringin lagi nak cuba sebab tak puas lagi menikmati keenakan Tom Yam. Rasa yang tidak pernah mengecewakan. Sesiap mahu makan sedap tomyam. Aku rasa, mungkin disini antara tempat yang boleh dicadangkan untuk cuba.

Harga yang dikenakan pun bagi aku agar standard – Sekitar pertengahan belasan ringgit untuk menu sedap seumpama ini dan kuantiti yang dihidangkan. Good range for people like me.

Senarai Menu di Restauran Mek Siam Sungai Besi

Alamat: 70, Jln Tasik Damai 7, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Hp (Aku cilok daripada Google): 010-318 9941

FB: https://www.facebook.com/MekSiam/