6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu

Arabic gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia senegal dan Acacia sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di negara Sudan. Arabic gum merupakan rantaian kompleks polisakarida dengan rantaian kompleks polisakarida dengan rantauan bercabang mengandungi campuran gliprotein, kalsium, magnesium dan garam kalium asid polisakaridik.

6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu

Jenis Arabic Gum:

  • Acacia Senegal

Dalam species Acacia Senegal terdapat lagi 4 jenis dibawahnya iaitu senegal, kerensis, leiorhachis & rostrata.

  • Acacia Seyal

Dalam species Acacia Seyal pula terdapat 2 jenis dibawahnya iaitu fistula & seyal.

Khasiat:

  • Mampu mengurangkan kolesterol

Khasiat serat yang terkandung dalam serat didapati berpotensi dalam membantu badan untuk menyingkirkan kolesterol dalam badan secara berkesan. Di samping menurunkan paras kolesterol, kajian juga mendapati arabic gum dapat menurunkan kadar trigliceride dalam darah dengan baik.

  • Berpotensi sebagai antikanser

Memiliki sifat antikarsinogenik yang positif dalam melawan pembentukan sel kanser. Sebuah kajian mendapati penggunaan arabic gum dapat mengurangkan sehingga 70% pembentukan tumor kanser usus pada tikus. ini menunjukkan potensi yang cukup baik bagi arabic gum untuk digunakan sebagai bahan antikanser.

  • Membantu menstabilkan tekanan darah

Sebuah kajian mendapati pengambilan arabic gum yang dilarutkan dalam air selama 16 hingga 18 minggu menunjukkan kesan yang positif dalam menurunkan tekanan darah ke paras yang stabil. Hasil ini menunjukkan potensi yang baik bagi penggunaan arabic gum sebagai makanan tambahan yang sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Baca: 29 Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun

  • Penyembuh Luka

Pengamal perubatan percaya bahawa kandungan di dalam Acacia Gum mampu merawat luka kerana kandungan beberapa bahan kimianya seperti alkaloid, flavonoid dan glikosida.

  • Merawat Diabetes

Pesakit diabetes dan buah pinggang mempunyai kandingan kreatini dan gula dalam darah yang tinggi. Pengambilan Acacia Gum dapat menurunkan paras kreatinin sekaligus dapat mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang. Begitu juga kandungan mineralnya dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes.

Baca: Himpunan Ayat Deep Untuk Ex Cinta – Sedih Putus Cinta

  • Sumber Serat Yang Baik

Sesuai buat anda yang sedang berdiet dan dalam misi menurunkan badan, pengambilan Acacia Gum dalam diet seharian dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah. Memandangkan sifatnya yang larut air, maka Acacia Gum juga membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular.

6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu 6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu

3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Bayam (Amaranthus Spp.) merupakan tumbuhan yang biasa di tanam untuk di ambil daunnya sebagai sayuran hijau. Tumbuhan ini berasal daripada Amerika Tropika namun sekarang tersebar ke seluruh dunia. Tumbuhan ini dikenal sebagai sayuran sumber zat besi yang penting

3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Terdapat tiga jenis bayam yang utama yang di makan di Malaysia:

  1. Bayam hijau
  2. Bayam merah
  3. Bayam brazil

Khasiat bayam:

  • Menguatkan tulang

Memakan bayam boleh mengelakkan sesorang daripada osteoporosis (kerapuhan tulang). Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

  • Memperbaiki saluran darah

Kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah (penghantar oksigen ke seluruh tubuh). Jika seseorang kekurangan zat besi, dia akan merasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenga batin, dan akhirnya boleh mendapat penyakit anemia.

  • Jantung lebh sihat

Kaya dengan sumber antioksidan, maka sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolestrol pada arteri. Ia juga sangat baik untuk mengawal tekanan darah.

  • Mencegah kanser

Mengandungi flavanoid yang mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

Baca: Pengalaman Menginap di Hatten Hotel, Melaka

  • Perempuan hamil

Perempuan hamil memerlukan dua unsur penting, iaitu vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kedua-duanya ada dalam bayam. Jadi bayam sangat baik untuk perempuan yang hamil.

  • Mata yang sihat

Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring dengan pertambahan usia. Maka untuk mengekalkan kesihatan mata.

Baca: Kata Kata Sedih Melayu Menyentuh Hati – Malaysia

Fungsi bayam untuk kulit:

  1. Memiliki kandungan beta karoten dan antioksidan kuat yang berfungsi membantu memperlahankan sel-sel kanser dan memperbaiki sel-sel kulit.
  • Kandungan antioksidan pada bayam boleh mencegah penuaan dan membuat kulit licin serta bercahaya.
  • Kaya dengan lutein, potassium, serat dan folate, yang juga membantu pembaikan DNA yang memulihkan sel-sel kulit yang rosak akibat sinar matahari dan membantu mencegah kanser.

3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit 3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu

Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri. Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.

Baca: 20 Ayat Deep Kehidupan, Kawan, Cinta, Ex – Sedih

Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu

Terdapat dua jenis perbezaan warna isi:

Isi Merah

Ia adalah salah satu buah naga yang paling mudah ditemui di kebanyakan tempat. Kaya kandungan kalsium serta fosforus. Meskipun memiliki rasa yang cenderung manis, pakar kesihatan menyatakan bahawa warna merah memiliki kandungan gula yang sedikit sehingga selamat untuk diambil oleh pesakit diabetes.

Isi Putih

Buah naga dengan bahagian isi dalam berwarna putih ini ternyata kaya akan kandungan vitamin C dan antioksidan. Ini bermakna pengambilannya yang kerap boleh mencegah masalah penuaan akan datang.

Isi Kuning

Tidak ramai yang tahu mengenai buah naga kuning. Buah ini memiliki warna kulit kuning terang dengan sedikit duri dan warna isinya cenderung sama dengan buah naga putih.

Kandungan vitamin A di dalam buah ini lebih banyak sehingga sangat baik bagi kesihatan mata.

Khasiat:

  • Melambatkan proses penuaan

Buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

  • Mencegah kanser

Kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

  • Meningkatkan sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.

  • Kesihatan kardiovaskular

Antioksidan yang boleh didapati pada buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

  • Tulang Sihat

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

Baca: Apa Beza Kunyit Hitam dan Kunyit Putih?

Keburukan:

  • Menyebabkan Ulser

Kandungan asid yang tinggi dalam buah naga boleh menyebabkan ulser dalam badan berulang. Selain itu, kandungan asid buah naga yang masuk ke dalam badan boleh menyebabkan loya.

  • Menyebabkan Diabetes

Jika dimakan dengan kerap, buah naga sebenarnya boleh menurunkan paras gula dalam darah. Tetapi jika anda mengambilnya secara berlebihan ia akan meningkatkan paras gula dalam badan, sehingga mencetuskan diabetes.

  • Menyebabkan Cirit-birit

Buah naga yang mengandungi asid juga boleh menyebabkan cirit-birit. Jangan sekali-kali mengambilnya sebelum makan, kerana ia akan meningkatkan kerja usus secara berlebihan dan memburukkan lagi keadaan usus.

  • Punca Kembung/Angin

Kembung perut yang disebabkan oleh buah naga, adalah disebabkan oleh kandungan mineral di dalamnya. Makan buah naga secara sederhana, jangan berlebih-lebihan supaya dapat manfaat, bukan kemudaratan.

Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu Khasiat dan Jenis Buah Naga Yang Perlu Kita Tahu

Khasiat Cengkih Untuk Masalah Bau Mulut dan Sakit Gigi

Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Info menarik:

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Khasiat Cengkih Untuk Masalah Bau Mulut dan Sakit Gigi

Kegunaan :

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.

Khasiat:

Mengurangkan risiko ulser perut

Penyakit ulser perut atau ‘peptic ulcer’ terjadi apabila lapisan yang melindungi dinding perut terhakis. Sebuah kajian mendapati pengambilan bunga cengkih dapat meningkatkan penghasilan mukus gastrik yang bertindak sebagai pelindung dinding perut.Ia juga dilihat mampu memberikan kesan yang sama dengan ubat anti-ulser dalam mencegah ulser perut.

Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi

  • Ambil bunga cengkil yang masih segar atau sudah kering , kunyah sehingga lumat.
  • Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian    gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih (3 kali sehari)

Baca: Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Membantu mengurangkan stress

Cara tradisional yang mampu mengurangkan stress.

Mengawal paras gula dalam darah

Kajian lain juga mendapati bunga cengkih mempunyai khasiat dalam menstabilkan kadar gula dalam darah. Ia berfungsi dengan menyerap gula serta meningkatkan penghasilan insulin.

Penghasilan insulin dengan baik adalah penting untuk pesakit diabetes bagi memastikan paras gula berada keadaan yang baik.

Kaya dengan antioksidan

Khasiat antioksida adalah penting bagi melindungi badan daripada radikal bebas dan penyakit. Satu kajian juga mendapati eugenol yang terkandung dalam bunga cengkih juga berfungsi sebagai antioksida lima kali lebih berkesan daripada vitamin E.

Membantu melancarkan penghadaman

Cengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah penghadaman.

Baca: Contoh Ayat Sedih Bergambar Indah – Jiwang

Membantu mengawal paras gula darah

Kajian mendapati ekstrak bunga cengkih boleh membantu menurunkan paras gula darah selepas makan bagi mereka yang sihat dan pradiabetes.

Membantu menaikan syahwat

Perubatan tradisional yunani menggunakan bunga cengkih sebagai agen untuk menaikkan syahwat dan menambah baik fungsi seksual.

Khasiat Cengkih Untuk Masalah Bau Mulut dan Sakit Gigi Khasiat Cengkih Untuk Masalah Bau Mulut dan Sakit Gigi

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Lelaki dan Perempuan

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dioalah dengan bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang tidak menggunakan haba. minyak kelapa dara telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. bahkan minyak kelapa dara dihasilkan untuk mereka yang mementingkan kesihatandan kecantikan tanpa memerlukan kos yang mahal. penggunaan minyak kelapa dara dalam pemakanan harian memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Lelaki dan Perempuan

Khasiat minyak kelapa dara:

Anti virus, anti kulat dan antibakteria

Minyak kelapa dara mengandungi asid caprillic dan asid lauric yang dikenali untuk mengesan antivirus dan antibakteria. minyak kelapa organik juga merupakan pembersihan yang sangat baik untuk saluran gastrousus. di samping itu asid laurik mempunyai kesan yang sangat baik bagi tubuh badan.

Meningkatkan kadar metabolisme

Minyak kelapa dara meransang metabolisme dan menyediakan sumber tenaga segera. apabila anda mengambil minyak kelapa dara dalam diet anda, anda membakar lebih banyak kalori kerana peningkatan metabolisme anda. oleh itu menggabungkan minyak kelapa ke dalam plan penurunan berat badan yang sihat anda adalah idea hebat.

Baca: Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Sihat untuk kulit , rambut dan kuku

Menyapu minyak kelapa dara organik ke kulit anda dapat melembabkan kulit anda. serta menjadikan ia lebih lembut dan licin . ia juga dipercayai melambatkan penuaan dan kedutan kulit anda.Disamping itu, minyak kelapa secara berkesan dapat membantu menjaga rambut dan kuku dengan cantik.,sihat dan berkilat. Ia dianggap sebagai salah satu nutrien semulajadi untuk rambut anda.

Memberi tenaga dengan segera

Mudah dicerna, Minyak kelapa dapat membantu anda merasa kurang letih dengan memberikan tenaga yang berkekalan.Ia juga dapat membantu meningkatkan prestasi sukan. selepas senaman berat , ini akan membantu anda menyimpan glikogen dengan lebih baik dan berfungsi sebagai sumber tenaga.

Baca: Assalammualaikum Selamat Pagi – 35 Bergambar

Membaiki pengahadaman

Pencernaan yang lebih baik bermakna penyerapan mineral , nutrien dan vitamin yang lebih baik. dengan membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak ( seperti magnesium dan kalsium) , minyak kelapa kelapa menyumbang kepada peningkatan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien yang berharga ini.

Kebaikan untuk ibu/para wanita:

  1. Meningkatkan imunisasi badan
  2. Merawat kesan stretch mark
  3. Melancarkan pembuangan air besar
  4. Menstabilkan kandungan hemoglobin
  5. Memudahkan proses bersalin
  6. Megawal diabetes/kencing manis

 Kebaikan untuk suami/lelaki:

  1. Menjaga kesihatan jantung
  2. Meningkatkan tahap testosteron
  3. Sumber tenaga tambahan
  4. Mengurangkan perut buncit

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Lelaki dan Perempuan Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Lelaki dan Perempuan