29 Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun

29 Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah lemak cair yang diperoleh daripada buah zaitun. Minyak zaitun kurang lemak berbanding dengan minyak kelapa dan dengan itu digunakan lebih banyak dalam memasak. Nama saintifik minyak zaitun lebih dikenali sebagai asid oleik.

Khasiat :

  1. Minyak zaitun kaya dengan kuantiti lemak tak tepu yang sihat.
  2. Minyak zaitun mempunyai sifat anti-radang.
  3. Ia menghalang risiko strok dan masalah jantung yang lain bersama dengan membuka sekatan arteri jantung.
  4. Minyak zaitun mempunyai jumlah antioksidan yang baik.
  5. Ia boleh mengurangkan tahap kolesterol yang buruk dan boleh membantu dalam meningkatkan imuniti pengguna.
  6. Memasak makanan anda dalam minyak zaitun juga boleh membantu dalam kehilangan berat badan.
  7. Penggunaan minyak zaitun secara berkala dapat mengurangkan tekanan.

Manfaat Minyak Zaitun untuk Rambut:

  1. Melembapkan dan melindungi rambut daripada kerosakan.
  2. Buat rambut lebih lembut.
  3. Bantu menguruskan rambut bersama dengan merawat masalah kelemumur.
  4. Menambah bersinar ke rambut kusam.
  5. Bekerja dengan berkesan untuk masalah hujung berpecah

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Manfaat Minyak Zaitun untuk Kulit:

  1. Antioksidan yang terdapat di dalamnya, minyak zaitun membolehkan kulit bernafas dengan betul.
  2. Bekerja sebagai topeng muka.
  3. Mengurangkan pertumbuhan bakteria pada kulit.
  4. Menyediakan vitamin yang diperlukan untuk kulit untuk membuat kulit bercahaya.
  5. Melawan tanda-tanda awal penuaan.
  6. Mengurangkan kekeringan kulit.
  7. Menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Manfaat Minyak Zaitun untuk Wajah:

  1. Mengurangkan kekeringan muka dan menjadikannya lebih berseri.
  2. Membuat kulit muka lembut dan bersinar.
  3. Mengurangkan tanda-tanda penuaan.
  4. Mengeluarkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kulit muka.
  5. Boleh digunakan sebagai topeng muka untuk meningkatkan kualiti kulit wajah.

Baca: Blog Tentang Skincare dan Sihat

Manfaat Minyak Zaitun untuk Memasak:

  1. Ia dibungkus dengan antioksidan dan dengan itu meningkatkan kualiti makanan.
  2. Penggunaan minyak zaitun yang biasa membantu dalam mengurangkan risiko masalah jantung.
  3. Ia menyampaikan pelbagai vitamin dan mineral kepada makanan yang meningkatkan nilai nutrien makanan.
  4. Ia mendapat kurang dimakan semasa memasak makanan dan juga mempunyai lebih banyak lemak yang baik untuk tubuh.

29 Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun 

Apa Beza Kunyit Hitam dan Kunyit Putih?

KUNYIT HITAM

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam
Kunyit Hitam

Masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam. Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM. Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pariflora.

Kunyit hitam ini merupakan antara bahan mandian utama dalam ‘Turkish Bath’.

Baca: Tahu Apa Maksud Takaful?

Kadar permintaannya kunyit hitam dalam pasaran dunia adalah agak tinggi. Harga bahan mentah ini di pasaran dunia boleh mencecah sehingga RM500 sekilogram. Negara pengeluar utama bagi tumbuhan herba ini ialah India dan Taiwan.

Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya. Di Thailand, kunyit hitam juga diminum sebagai ginseng dalam rawatan alternatif dan mencegah penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 2 spesies kunyit hitam yang biasa ditemui di Malaysia iaitu:

  • Curcuma Caesia (Kunyit Hitam India / Malaysia) – Pokoknya seakan pokok kunyit, cuma bezanya ialah terdapat garisan ungu pada daunnya. Ia berasal dari Timur tengah, India dan China.
  • Kaempferia Parviflora (Halia Hitam) – Rupanya seakan pokok cekur, di mana akarnya berwarna ungu. Ia berasal dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

Baca: Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kunyit hitam mempunyai pelbagai khasiat. Namun, harus dingatkan, pengguna tidak boleh menggunakan kunyit hitam untuk menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor. 

Kunyit Putih
Kunyit Putih

KUNYIT PUTIH

Diakui, kunyit kuning lebih mudah diperolehi berbanding kunyit putih. Namun, khasiat dan kebaikan kunyit putih ini juga tidak kurang hebatnya berbanding kunyit kuning mahupun kunyit hitam. Bermula dari akar, minyak dan daun dari kunyit putih pun dapat dimanfaatkan untuk tujuan perubatan, kecantikan dan kesihatan yang alami.

Tanaman ini banyak ditanam di negara Bangladesh, Sri Lanka, India, China, Brazil dan Thailand. Sejak zaman berzaman, ia telah digunakan secara tradisional sebagai antara ubat untuk membantu mengatasi masalah ketumbuhan, loya, muntah, kemurungan dll.

Kebaikan dan Khasiat Kunyit Putih

  1. Sebagai anti-kanser dek kerana mengandungi ethyl pmethocyvinnatate,  kurkuminoid, bisdemothxycurcumin, demothxycurcumin, dan flavonoid yang membantu proses penyembuhan penyakit kanser.
  2. Sebagai anti-oksidan melalui patinya yang dipercayai boleh mengurangkan kesan radikal bebas tertentu.
  3. Sebagai anti-radang untuk mengatasi keradangan atau bengkak pada kulit.
  4. Sebagai anti-bakteria dengan membantu mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut. Keberkesanannya sama seperti ubat kumur di pasaran. Selain itu, ekstrak dari kunyit putih juga diyakini dapat mencegah pembiakan bakteria pada tubuh manusia.

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Secara umumnya, masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam. Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM. Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pariflora.

Tahukah anda, kunyit hitam ini merupakan antara bahan mandian utama dalam membersihkan badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish Bath’.

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kajian mendapati tumbuhan ini mengandungi 30 komponen atau kandungan penting dalam perubatan tradisional iaitu pati minyak (97.5%) dan komponen lain seperti Camphor (28.3%), Ocemene (8.2%), ar-tumerone (12.5%), ar-cucurmene (6.8%) dan banyak lagi.

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Hasil kajian juga mendapati, kandungan bioaktif methoxyflavon dalam kunyit sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengurangkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan kronik.

Permintaan Terhadap Kunyit Hitam

Walaupun pengeluaran tumbuhan ini adalah terhadap, namun kadar permintaannya agak tinggi. Harga bahan mentah ini di pasaran dunia boleh mencecah hampir RM500 sekilogram. Negara pengeluar utama bagi tumbuhan herba ini ialah India dan Taiwan.

Berikut merupakan antara khasiat utama kunyit hitam

Produk Kecantikan (Anti Oksidan Yang Baik Untuk Awet Muda)

Kunyit hitam mengandung zat antioksidan yang tinggi yang berperanan penting dalam melambatkan proses penuaan pada tubuh. Kandungannya ini juga membantu meremajakan kulit, menghilangkan sel-sel mati dan memperbaiki penampilan kecacatan, kedutan dll.

Bahan Anti Kanser

Zat antioksidan yang ada dalam kunyit yang berfungsi untuk mengelak kanser lebih tinggi dibandingkan kunyit biasa. Fenol berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh, meluaskan pembuluh darah dan membantu mengurangkan pertumbuhan sel kanker di dalam tubuh.

Rangsangan Tenaga Tambahan

Kandungannya membantu meningkatkan jumlah pengambilan oksigen dalam badan dan meningkatkan penghasilan tenaga. Ia memberi rangsangan tambahan untuk orang yang memerlukan banyak tenaga terutama golongan atlet dan jugal orang yang berkerja berat.

Masalah Kemurungan

Ia juga mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

Baca: Pelan Takaful Sebagai Pengganti Gaji

Masalah Asma

Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran otot yang membantu mengurangkan masalah penyempitan salur nafas yang akhirnya membantu mengawal masalah asma.

Masalah Kegatalan Pada Kulit

Khasiat pada Kunyit hitam mampu dimanfaatkan dalam membantu masalah kegatalan pada kulit manusia. Tumbuhan herba ini memiliki kandungan yang bersifat anti-bakteria yang bermanfaat untuk kulit gatal. Pada masa yang sama, ia juga mampu untuk melawan keradangan pada kulit dengan berkesan.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Tumbuhan Herba Kunyit merupakan antara tanaman rempah dan ubat asli dari wilayah Asia Tenggara dan India. Amnya di Malaysia, Indonesia dan India, kunyit banyak digunakan sebagai pelengkap bahan masakan, jamu, bahan kosmetik dan penjagaan kesihatan.

Kunyit juga dikenali sebagai TURMERIC dalam Bahasa Inggeris atau Kunir dalam Bahasa Jawa atau Koneng dalam Bahasa Sunda ata Konyet dalam Bahasa Madura.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup

Di alam nusantara, selain daripada isinya yang punya 1001 khasiat dan kebaikan, daun kunyit juga digunakan sebagai ulam-ulaman dan penambah aroma dalam masakan.

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Manakala dikalangan masyarakat India pula, isi / buahnya dijadikan sebagai bahan masakan utama untuk rempah kari dan piccalilli. Ia juga dijadikan sebagai bahan pewarna semulajadi (kucing), bahan perasa serta natara bahan perubatan tradisional yang masih diamalkan sehingga kini.

Baca: Kata Kata Hikmah Mengenai Sabar – Bergambar

Setiap masyarakat punya kepercayaan tersendiri akan khasiat dan kebaikan pada kunyit ini. Peranannya dalam dunia perubatan juga dikatakan telah dikenal pasti sejak 3,000 tahun yang lalu.

Jom Ketahui 1001 Kegunaan & Khasiat Kunyit Hidup
Kebaikan dan Khasiat Kunyit Dalam Kehidupan Harian
  1. Kajian mendapati, kunyit mengandungi CURCUMIN yang tinggi. Kandungan ini mampu membantu melawan kanser apabila digabungkan dengan ubat anti oksidan yang lain. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan yang membunuh radikal bebas yang juga sebagai faktor penyebab utama kewujudan sel-sel kanser.
  2. Kunyit juga boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan angin dalam perut (masalah perut kembung).
  3. Ia juga boleh digunakan sebagai tonik semulajadi apabila dicanpurkan dengan manisan dan minyak bijan.
  4. Kunyit hidup yang dicampur dengan air boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam pada kulit.
  5. Isi kunyit hidup juga dapat membantu menyembuhkan senggugut. Caranya adalah dengan menjadikan kunyit hidup (mentah) sebagai ulam.
  6. Kunyit sering dijadikan sebagai bumbu dalam masakan gulai dan kari, selain memberikan warna kucing asli pada masakan.

Penggunaan kunyit segera (serbuk) sebaiknya tidak digunakan untuk tujuan perubatan khususnya kepada ibu yang sedang mengandung / menyusukan anak.

Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Pokok kunyit boleh dikatakan sebagai tumbuhan herba serbaguna. Setiap bahagian padanya mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Daunnya boleh membangkitkan aroma masakan yang tersendiri. Manakala, isinya pula mempunyai 1001 khasiat tersendiri (selain daripada sebagai bahan penyedap dan pewarna masakan yang enak).

Daun kunyit merupakan antara bahan masakan yang anda perlu beli / cari awal sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Laku keras dan cepat habis. Sebab apa?

  • Ia merupakan antara bahan masakan utama untuk menghasilkan rendang. Keenakan rendang yang dimasak juga dikaitkan dengan hirisan daun kunyit yang ditabur didalamnya.
  • Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk masakan ikan bakar / pes tempoyak dll. Balutan daun kunyit pada ikan bakar boleh mencetuskan aroma yang memikat dan menambat selera semua.
  • Balutan daun kunyit pada ayam juga menjadi pilihan ramai (selain daripada daun pandan) pada masa kini. Aroma yang dihasilkan memang enak.
  • Daun kunyit juga ada digunakan sebagai bahan hiasan pada masakan yang dihidang oleh penggemarnya.

Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunit bersama sedikit air. Selepas itu, sapukan di kepala hingga rata.

Baca: Koleksi Bergambar Quotes Sabar Itu Indah

Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah / dalam pasu (dibandar). Kunyit membiak melalui keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak.

Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.
Nama dalam Bahasa Inggeri : Tumeric

Baca: Ayat Cinta dan Rindu Si Dia – Melayu

Antara Khasiat Kunyit adalah
  • Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, ‘neuralgia’ (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik).
  • Ia juga digunakan untuk mencegah serangga.
  • Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk menyediakan bahan pewarna kuning.
  • Kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. Air rebusan kunyit digunakan untuk menyejukkan mata.
  • Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh merawat
    kesejukan badan.
  • Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan
    sebagai tonik.
  • Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu ibu.