6 Tanda Anda Harus Kahwin

Ada dikalangan kita yang kahwin awal. Ada juga yang berumur lewat 30-an mahupun 40-an pun masih belum mengakhiri zaman bujang. Pokok pangkalnya, terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin membujang sahaja atau cepat-cepat menamatkannya.

Meh sini, penulis senaraikan beberapa tanda yang menunjukkan anda perlu segera menamatkan zaman bujang. Sekiranya terdapat salah satu atau lebih tanda-tanda ini, cepat-cepatlah cari jodoh membina mahligai cinta.

Baca: Contoh Karangan Keburukan Media Sosial Kepada Remaja

Kucar Kacir Dalam Kehidupan

Rumah berselerak, makan minum tak teratur dan pakaian tak terurus. Antara solusinya, dirikanlah rumahtangga agar pengurusan diri lebih teratur dan sistematik. Sekurang-kurangnya adalah orang yang jaga makan minum. Berdua lebih baik.

Cemburu dengan Kebahagiaan Orang Lain

Pernah tak anda berasa cemburu melihat kebahagiaan orang sekeliling dengan pasangan masing-masing? Sedangkan pada masa yang sama, anda tiada pasangan atau anak-anak untuk dibelai manja. Segerakanlah kahwin. Nescaya perasaan cemburu itu akan hilang dengan sendirinya.

Baca: Terfikir – Apa Maksud Mimpi Selepas Subuh?

Fasa Bercinta

Sebelum berkahwin, sesetengah daripada kita akan melalui fasa bercinta dahulu. Daripada situlah akan terbit perasaan untuk berumahtangga dengan pasangan kita itu. Sebelum wujud pihak ketiga mahupun berlakunya perilaku yang tidak diingini, ada eloknya anda bernikah segera.

Suka Kanak-Kanak

Selalunya, orang yang menghampiri fasa wajib berkahwin, perasaan suka dan sayang pada kanak-kanak itu lain macam. Jika tanda ini terjadi, maknanya anda sudah bersedia untuk berkeluarga dan memiliki zuriat sendiri.

Sering Berasa Sunyi

Tatkala keseorangan, pasti perasaan sunyi akan menerjah sanubaru. Nak-nak, kawan rapat kesemuanya telah mendirikan rumahtangga dan beranak-pinak. Jika ada, sudah sampai masanya anda mencari pasangan untuk mengisi kekosongan itu.

Jiwa Pada Berlawanan Jantina

Rasa malu dan berdebar-debar memang ada pada ketika anda berhadapan dengan orang yang berlainan jantina. Sekiranya anda diperkenalkan dengan seseorang, kemudian secara tiba-tiba anda berasa berdebar-debar, maknanya anda memang ‘taste’ pada orang itu. Mungkin dialah jodoh anda. Bertindak segera!

7 Cara Tangani Kesedihan

Dalam menghadapi kehidupan seharian, pastinya kita akan sentiasa didatangi dengan pelbagai jenis ujian dan cabaran. Kadangkala, ia datang dengan ujian hebat yang tidak disangka-sangka. Ada masanya sampai terduduk kita dibuatnya memikir seolah-olah kesal dengan ujian yang menimpa.

Baca: The Truth About Deciding What To Feed Your Pet

#1 Masalah Satu Hikmah

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Kuatkan iman, pupuk kesabaran dan mantapkan keyakinan dalam menghadapi kesedihan ini.

Cuba terapkan dalam hati akan hikmah yang baik jika kita berjaya tempuhi ujian ini dengan penuh keinsafan dan kesabaran.

#2 Jangan Anggap Masalah Perkara Besar

Masalah adalah asam garam dalam kehidupan. Ia akan sentiasa datang dan pergi. Hidup sememangnya untuk diuji dengan masalah. Akhirnya, masalah inilah yang kana menjadikan kita kuat dari hari ke hari.

Baca: Karangan Kebaikan Penggunaan Media Sosial

#3 Sedar, Semua Orang Ada Masalah Masing-Masing

Kita perlu sedar, Tuhan tidak menguji hambanya kecuali sesuai dengan kemampuannya. Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Bezanya cuma jenis dan caranya sahaja.

Tuhan akan memberikan pahala kebaikan jika seseorang yang sedang diuji tersebut bersabar, melakukan kebaikan dan berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang diredhai-Nya. Begitu juga sebaliknya.

#4 Besarkan Jiwa

Analoginya, umpama kita mengambil sacubit garam dan masukkannya ke dalam air dalam gelas, sudah pasti air itu akan menjadi masin. Namun, bagaimana pula jika kita masukkan secubit garam ke dalam kolah yang besar, air tidak akan terasa masin.

Begitulah juga halnya diri kita untuk sentiasa berlapang dada dan membesarkan jiwa. Ia berkait rapat dengan cara kita berfikir agar tidak murung dan terbeban.

#5 Berhadapan dengan Masalah

Tidak logik dalam kehidupan ini, kita tidak ada masalah. Bezanya cuma kecil atau besar dan mampu atau tidak kita hadapinya. Bukan masalah yang perlu diambil perhatian. Namun, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita hadapi masalah tersebut.

Kita perlu sentiasa bersedia dengan 1001 kemungkinan dalam kehidupan ini.

#7 Positifkan Minda

Ujian itu hadiah dari Tuhan. Cuba tukar perkataan ‘masalah’ kepada ‘ujian atau cabaran’. Ia juga mungkin satu peringatan daripada Tuhan agar kita sentiasa mengingat pada-Nya. Apabila kita ingat Allah, Allah akan saya ng kepada kita.

#7 Masalah Penghapus Dosa

Berdoalah dengan tuhan agar kesusahan kita di akhirat kelak akan diringankan. Anggap sahaja kesedihan masalah yang menimpa itu merupakan ujian yang mampu mengurangkan dosa-dosa kecil kita.

Hidup di dunia ini adalah ladang akhirat. Selama kita masih hidup di dunia ini, Tuhan pasti akan menguji kita untk menilai sekuat apa iman kita dan seberapa tinggi darjat kita di sisi-Nya.

11 Tip Kembali Cantik Selepas Kurus

Kulit akan longgar dan mengendur, ketika berat badan kehilangan melebihi 10 kilogram. Ramai wanita tidak betah dengan situasi seumpama ini. Masalah utama yang timbul ialah lingkaran selulit kecil. Kurus tapi tubuh  badan flabby.

Nak tahu tak cara singkirkan kekenduran kulit secara semula jadi? Tip ini wajar diamalkan:-

Guna Minyak Kelapa

Sapu dan gosok minyak kelapa setiap hari sedikit demi sedikit di bahagian perut, peha dan lengan sebelum tidur. Ia berupaya melembapkan kulit yang akhirnya menghalus dan melembutkan kulit.

Latihan Beban

Ia merupakan senaman kardio yang membantu menurunkan berat badan dan mengencangkan kulit. Buat latihan beban selama 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapatkan otot yang kencang dan kulit yang tegang.

Berurut

Aktiviti ini membantu mengurangi lemak dalam tubuh dan mencegah kulit kendur. Disamping itu, mengurut juga membantu peredaran darah yang lancar.

Senaman

Merupakan satu-satunya cara untuk membentuk otot dan mengencangkan kulit yang mengendur. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah push-ups, jumping jacks, squat atau apa sahaja yang bermanfaat selama 10 minit setiap hari.

Masker Wajah

Pakai master 3 kali seminggu agar kulit wajah lebih anjal. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan putih telur. Ataupun jika ada bajet lebih, beli sahaja produk masker yang melambak di pasaran.

Minum Air

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (mengikut keperluan). Pengambilan air yang cukup boleh mengekalkan kelembapan tubuh. Untuk lebih kreatif lagi, tambahkan sedikit lemon untuk meningkatkan metabolisma dan system imunisasi tubuh.

Elak Diet Ketat

Badan pun sudah hilang banyak berat. Apa lagi mahu? Cuba kurangkan dan elakkan diet ketat. Ia bukan sahaja menyeksa diri, malahan mengganggu kesihatan yang akhirnya membuatkan kulit cepat kendur.

Lebihkan Sayur dan Buah

Sayur-sayuran jika diambil secara berlebihan pun tidak akan menambah berat badan. Malahan, ia membantu kulit agar lebih anjal. Makanlah apa sahaja buah seperti epal, oren, strawberi atau apa sahaja buah yang anda suka.

Ambil Protein

Protein membantu kulit sihat dan elastik. Sumber yang kaya dengan protein ialah keju, kekacang, telur dan yam.

Hindari Produk Mengandungi Sulfat

Sulfat akan menimbulkan iritasi dan kulit kering. Situasi ini akan membuatkan kulit cepat berkedut, kendur dan timbul jerawat. Elakkan membeli syampu, mandian dan perawatan badan yang mengandungi sulfat didalamnya.

Eksfoliasi Kulit

Sel kulit mati tidak boleh hilang dengan sendirinya. Ia perlu dikeluarkan dari lapisan kulit. Antara cara yang boleh dilakukan ialah melalui proses pengelupasan. Ia boleh membantu menegangkan kulit yang telah kendur.

Cara yang paling mudah ialah dengan melakukan scrub garam 2 atau 3 kali sehari untuk meningkatkan pengaliran darah. Proses ini juga membantu mendapatkan kulit yang elastik dalam masa yang singkat.

Tafsir Mimpi Naik Perahu

mimpi naik perahu

Aduhai, malam kelmarin mimpi tentang perahu. Mula-mula belayar naik perahu di sungai. Kemudian, bertukar naik perahu super besar yang belayar meredah ombak badai yang besar. Steady je. Air pula memang banyak masuk ke dalam perahu besar. Apakah tafsiran dan makna mimpi perahu ini?

Mimpi Melihat Perahu Pecah
Akan mengalami kerugian dalam bidang yang diceburi

Mimpi Melihat Perahu Tua
Tinggalkan masa-masa lalu. Mulakan perjalanan hidup yang baharu.

Mimpi Melihat Ada Air Dalam Perahu
Akan mendapat rezeki berupa wang

Baca: Untuk Isteri Sahaja: Tafsir Mimpi Suami Curang

Mimpi Menyeberangi Sungai Dengan Perahu
Akan mendapat kedudukan baharu – naik pangkat etc.

Mimpi Bersuka Ria dalam Perahu
Akan didatangi tetamu secara tiba-tiba

Mimpi Melihat Perahu Terbang
Akan mendapat keberhasilan atas usaha yang telah dijalankan.

Baca: The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Mimpi Menaiki Perahu yang seolah-oleh Terbang
Akan mendapat kedudukan baharu – naik pangkat etc.

Mimpi Melihat Perahu Kertas
Usaha yang dilakukan menjadi sia-sia

Mimpi Melihat Perahu di Pelabuhan
Masa depan yang cemerlang. Petanda kamu sedang menunggu peluang baharu.

Baca: Tafsir Mimpi Kucing – Mati, Digigit, Beranak, Hitam dll

Mimpi Di Dalam Perahu Yang Sedang Dilanda Badai
Cita-cita dan impian yang diinginkan akan tercapai.

Mimpi Berada dalam Perahu Layar
Cita-cita dan impian yang diinginkan akan tercapai.

Mimpi Melihat Perahu Terdampar
Ketidaktentuan kehidupan

Mimpi Perahu Indah
Akan memiliki posisi ekonomi yang baik. Terus fokus untuk bergerak maju kehadapan.

mimpi naik perahu, mimpi kapal perang, mimpi kapal tenggelam, mimpi kapal karam menurut islam, mimpi naik kapal selam, mimpi kapal angkasa, arti mimpi menarik kapal, arti mimpi naik kapal laut dengan ombak besar, mimpi naik perahu

Apa Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut

80 Petanda anggota badan bergerak – Setiap kali ada anggota badan yang berdenyut dan bergerak banyak kali, kalian mesti akan membuat carian di internet untuk mengetahui akan sebab musabab / musibahnya. Sekadar isi masa lapang 

Disini disertakan alamat / petanda gerakan anggota tubuh yang lain. Baca boleh, percaya jangan.

Read: New Development – LBS Kita Cybersouth, Dengkil

Kepala

  1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.
  2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.
  3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.
  4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.
  5. Kening sebelah kiri : akan gembira.
  6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.
  7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.
  8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.
  9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.
  10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.
  11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.
  12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.
  13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.
  14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.
  15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.
  16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.
  17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.
  18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.
  19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.
  20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.
  21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.
  22. Read: Best Durian Places in Kuala Lumpur: Cheap Durian in KL and PJ
  23. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.
  24. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.
  25. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.
  26. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.
  27. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.
  28. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.
  29. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.
  30. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.
  31. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.
  32. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

Badan

  1. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.
  2. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.
  3. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.
  4. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.
  5. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.
  6. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.
  7. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.
  8. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.
  9. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.
  10. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.
  11. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.
  12. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.
  13. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.
  14. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.
  15. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.
  16. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.
  17. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.
  18. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.
  19. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.
  20. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.
  21. Ulu hati : akan mendapat wang.
  22. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.
  23. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.
  24. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.
  25. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.
  26. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.
  27. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

Tangan

  1. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.
  2. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
  3. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.
  4. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.
  5. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.
  6. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.
  7. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.
  8. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
  9. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
  10. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.
  11. Read: 100 Travel Blog Taglines Ideas & Example
  12. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.
  13. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.
  14. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.
  15. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.
  16. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
  17. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.
  18. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.
  19. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.
  20. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

Kemaluan

  1. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.
  2. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.
  3. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.

Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut Petanda Anggota Badan Berdenyut-denyut bibir bergerak sendiri pertanda apa,pipi kanan bergerak sendiri,tanda hidung berdenyut,pipi kiri bergerak-gerak,pipi kiri atas bergerak,pipi bergerak gerak sendiri,kening berdenyut,maksud kemaluan bergerak, Petanda Anggota Badan