Terdapat beberapa jenis urusan jual beli yang diharamkan dalam islam. Antaranya ialah urusan jualan yang belum pasti akan kewujudan serta nilainya. Contohnya, jualan susu lembu yang masih belum diperah, namun urusan jual beli susunya telah dilakukan.
Saidina Abbas ra berkata, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang antara lain baginda menegah daripada dijual buah sebelum masak atau dijual bulu yang masih berada di badan haiwan atau dijual susu yang masih dalm kantung haiwan – Hadis Riwayat Daruqutni
Hikmah kepada tegahan ini ialah untuk mengelakkan permusuhan.
Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama-sama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel) telah memeterai perjanjian kerjasama untuk melancarkan pakej pembiayaan peribadi patuh syariah bagi tujuan ibadah Haji, Umrah dan Ziarah.
Pelancaran pakej pembiayaan peribadi ini bertujuan untuk membantu pelanggan yang berkemampuan di samping menggalakkan golongan muda untuk menunaikan haji dan umrah pada usia muda kerana kebiasaannya golongan ini tidak berkemampuan disebabkan oleh kekurangan dana.
Skim pembiayaan peribadi ini disediakan khas oleh BSN untuk memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran bulanan secara berstruktur dan mempunyai niat melaksanakan ibadah Haji, Umrah selain ingin mengikuti pakej Ziarah bersama syarikat pengendali yang telah dilantik. Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk melaksanakan ibadah ini terutamanya golongan muda.
Para pelanggan boleh mendapatkan pembiayaan peribadi ini di bawah skim Islamik BSN MyRinggit-i. Jumlah pembiayaan yang boleh dimohon adalah minimum RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh minimum antara dua (2) tahun hingga 10 tahun. Pembiayaan yang ditawarkan juga adalah untuk bayaran pakej ibadah berserta duit perbelanjaan sewaktu mengerjakan ibadah.
BSN adalah satu-satunya bank yang menawarkan ‘Pembiayaan Peribadi Haji, Umrah dan Ziarah’ dengan kadar yang kompetitif. Sempena dengan pelancaran pakej terbaharu ini, para pelanggan berpeluang untuk menikmati kadar menarik 2.52%, tertakluk pada terma dan syarat (Sehingga 31 Disember 2022 sahaja). Kunjungi Cawangan BSN terdekat bermula hari ini untuk memohon.
DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan yang memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang tanpa perlu terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.
Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) atau Nombor Tentera / Polis dan nombor pendaftaran perniagaan SSM ke akaun bank mereka.
Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekaligus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.
DuitNow merupakan salah satu perkhidmatan yang dikendalikan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan seperti JomPAY, Interbank GIRO (IBG), MyDebit, FPX dan sebagainya.
Bank Negara Malaysia adalah pemegang saham tunggal terbesar DuitNow dan 11 bank di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad merupakan pemegang saham bersama.
Cara Daftar DuitNow di MyBSN
*Klik di sini untuk mendaftar dengan perbankan internet myBSN untuk menikmati perkhidmatan Duitnow.
Log masuk ke myBSN.
Pilih Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
Pilih Receiving Account daripada senarai.
Masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
Status ID DuitNow anda akan dipaparkan.
Cara Pindah Wang Melalui DuitNow di MyBSN
Log masuk ke myBSN.
Pilih Transfer > Interbank Fund Transfer > DuitNow.
Pilih from Account, enter DuitNow ID, amount, Recipient Reference & Other Additional info.
Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk membuka lebih banyak perkhidmatan ejen bank berdaftarnya di seluruh negara pada masa depan berikutan sambutan menggalakkan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Melalui ejen BSN, pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan dengan mudah dan selamat. Antara kelebihan ejen BSN, waktu operasi yang fleksibel dan lebih panjang, transaksi dilakukan secara atas talian dan dalam masa nyata, tidak perlu beratur di bank dan lebih mudah dan cepat. Selain itu, Oleh itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti simpanan, pengeluaran, pembayaran bil, Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN, pembayaran tanpa tunai, pembukaan akaun dan tambah nilai
Ingin menjadi Ejen Bank Berdaftar BSN dan membantu warga Malaysia di seluruh negara mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik?
Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan, hanya isikan Borang Permohonan Ejen dan hantarkannya kepada BSN. Anda juga boleh mengunjungi pusat BSN untuk memohon!
Di mana sahaja anda berada di Malaysia, Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN bersedia untuk membantu anda di tempat yang tiada cawangan BSN.
Dengannya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh melakukan hampir transaksi perbankan. Tiada tempat terlalu jauh atau terpencil. Hanya cari ejen Bank (EB) BSN yang sah berhampiran anda.
Soalan 1: Bagaimana boleh saya tahu ejen tersebut ejen BSN yang berdaftar?
Anda boleh menyemak melalui : – Melayari laman sesawang BSN www.mybsn.com.my – Bertanya dimana-mana Cawangan BSN – Melihat pada papan tanda BSN di luar premis ejen. – Memohon untuk melihat Watikah Pelantikan Ejen Bank Berdaftar BSN. – Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900
Soalan 2: Bagaimana boleh saya bertanya atau membuat aduan terhadap ejen BSN?
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dilakukan dengan:- – Melawat Cawangan BSN berhampiran – Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN :
Tel : 1300-88-1900 Email : customercare@bsn.com.my Alamat : Bank Simpanan Nasional, Jabatan Perbankan Digital, Ibu Pejabat, Wisma BSN 117, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Soalan 3: Dimana boleh saya semak sekiranya ingin mengetahui lokasi ejen berhampiran?
Anda boleh menyemak melalui: – Melalui laman sesawang BSN www.mybsn.com.my – Membuat pertanyaan di mana-mana Cawangan BSN – Pusat Khidmat Pelanggan BSN ditalian 1300-88-1900
Soalan 4: Adakah terdapat caj yang dikenakan terhadap setiap transaksi yang dilakukan?
Tiada caj tambahan dikenakan untuk sebarang transaksi.
Soalan 5: Apakah yang perlu dilakukan, jika didapati berlaku ketidakjujuran / kecuaian dikalangan ejen?
Anda boleh – membuat aduan di Cawangan BSN berhampiran, atau – anda boleh membuat laporan dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300-88-1900
Soalan 6: Bagaimana untuk saya mengetahui transaksi yang dilakukan berjaya?
Anda akan menerima resit untuk setiap transaksi yang dilakukan.
Soalan 7: Bolehkah saya membuka akaun di ejen BSN?
Boleh, kini anda boleh membuka akaun simpanan Giro/Giro-I di premis ejen BSN.
Soalan 8: Bolehkah saya membuat pengeluaran tunai bagi pihak orang lain?
Tidak. Pengesahan transaksi memerlukan cap jari pemegang Mykad tersebut.
Soalan 9: Bolehkah saya membuat pindahan tunai ke bank lain?
Tidak
Soalan 10: Bolehkan saya membuat pembayaran bil bagi pihak orang lain?
Ya, transaksi boleh dilakukan mengunakan tunai. Kad Debit bank lain tidak dibenarkan.
Soalan 11: Apakah yang perlu dibawa bersama semasa melakukan transaksi Perbankan?
Soalan 12: Bolehkah kemaskini buku akaun dilakukan di ejen BSN?
Tidak, kemaskini buku akaun hanya boleh dilakukan di Cawangan BSN sahaja.