Betul ke? Kucing bertambah gemuk selepas dimandulkan.

Betul ke? Kucing bertambah gemuk selepas dimandulkan.

Betul. Ada sesetengah kucing yang berat badanya akan naik selepas dimandulkan. Namun, tidak semua.

Faktor utama yang mengebabkan kucing bertambah gemuk adalah ‘kurang bersenam’ dan makan terlalu banyak.

Sebelum dikembiri, kucing mempunyai hormon yang menyebabkan ia aktif. Namun, selepas dimandulkan, hormon tersebut sudah tiada lagi. Oleh sebab itulah kucing yang telah dimandulkan menjadi kurang aktif berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, seandainya kuantiti makanan yang diambil adalah sama sebelum dan selepas dikembiri, ia akan menjadi gemuk dek kerana kurang melakukan aktiviti yang membakar lemak berlebihan dalam badan / tidak aktif.

3 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

3 Cara Hilangkan Bau Kencing Kucing

Segera Bersihkan

Segera bersihkan air kencing kucing dengan menggunakan kain atau tisu untuk mengeringkannya. Jika dibiarkan lama, air kencing akan meninggalkan kesan kotoran degil pada permukaan lantai / bucu dinding. Ia juga untuk mengelakkan bau hancing berlegar dalam rumah.

Bahan Penghilang Bau Kencing

Terdapat banyak produk untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing di petshop terdekat. Biasanya produk itu berupa semburan bahan khusus untuk menghilangkan bau dan noda pada kencing kucing. Caranya, semburkan pada kawasan kencing kucing. Kemudian lap sehingga kering kawasan terbabit dengan menggunakan kain atau tisu secukupnya

Air Suam

Banyak yang menggunakan air suam untuk membersihkan noda dan bau hancing kucing. Bersihkan air kencing pada kawasan berkaitan dan kemudiannya membilasnya dengan menggunakan air suam. Lakukan sehingga bau dan noda hilang.

Apa Fungsi Kumis atau Misai pada Kucing?

Apa Fungsi Kumis atau Misai pada Kucing?

Organ Sensor

Kucing memiliki mata besar namun mereka sebenarnya rabun dekat. Kucing dapat melihat dengan jelas objek dalam jarak yang sangat jauh namun hadapi masalah untuk melihat objek yang dekat dengan matanya.

Getaran pada kumis kucing menginformasikan lokasi, ukuran, tekstur, detail objek dan kecepatan objek.

Inilah mengapa walaupun ditempat gelap dan pada malam hari kucing boleh berlarian kesana kemari. Hal ini juga membantu kucing dalam berburu mangsanya.

Penyeimbang Tubuh

Kucing boleh masuk ke dalam ruang sempit, meloncat ke tempat tinggi tanpa terpeleset, bahkan jatuh dari ketinggian tanpa cedera. Mengapa?

Hal ini kerana kumis kucing terus-menerus menghantar signal ke otak tentang posisi semua anggota tubuhnya. Otak kemudian menyesuaikan anggota tubuh yang lain untuk meminimalisasi cedera pada tubuh kucing. Inilah mengapa kucing tidak mudah terjatuh, bahkan mendarat dengan selamat.

Ekspresi Emosi

Folikel kumis kucing selain terhubung dengan pembuluh darah dan saraf, juga terhubungan dengan otot-otot yang lain. Saat merasa terancam, kucing akan menarik kumisnya ke belakang moncongnya.

Ketegangan kumis kucing mengindikasikan perasaan takut, terancam, atau bersiap untuk memburu. Namun pada ketika kumis kucing terlihat meregang, itu bererti kucing merasa aman, nyaman dan senang.

Perlindungan

Kumis kucing sebenarnya tidak hanya ada pada bibir atas kucing, ia juga ada pada beberapa bahagian tubuh yang lain. Misalnya bahagian atas mata, di dagu, telinga, rahang, dan di kaki depannya yang membantu kucing dalam aktiviti memburu.

Kumis kucing akan mengesan saat adanya bahaya sehingga kucing boleh menghindarinya. Sebagai contoh, pada ketika ada benda asing yang akan masuk ke mata kucing namun dengan adanya kumis, sebarang situasi yang tak elok dapat dielakkan. Kumis kucing juga membuat kucing dapat berjalan dalam rumput ataupun semak-semak tanpa takut matanya tertusuk tanaman dan luka.

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Kucing

#1. Anak kucing menjadi harimau

Maksud: Orang miskin menjadi kaya atau rakyat biasa menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan

#2. Bagai kucing tidur di bantai (bantai = daging binatang yang disembelih); Ayam bertelur di atas padi

Maksud: Hidup senang dan mewah

#3. Berbelok kucing main daun

Maksud: Kehebatan rupa seseorang

#4. Bagai kucing dengan panggang

Maksud: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan

#5. Bagai kucing dibawakan lidi

Maksud: Sangat ketakutan

#6. Bagai kucing kehilangan anak

Maksud: Kehilangan akal, bingung

#7. Bagai kucing lepas senja

Maksud: Sukar mencari, merasa senang

#8. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi

Maksud: Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang lain pun berasa senang hati.

#9. Kucing lalu, tikus tak berdecit lagi

Maksud: Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bisang

#10. Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang

Maksud:Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

Baca: Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Kucing

#11. Mengadu kucing dengan babi

Maksud: Bermain ceki dengan bertaruh wang (ceki = sejenis permainan judi cina)

#12. Sebagai kucing di atas tembok

Maksud: Orang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.

#13. Seperti kucing berakkan rambut

Maksud: Terpusing-pusing tak tentu arah

Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu

#14. Seperti kucing miang; Seperti kucing keguguran anak

Maksud: Berkeluh kesah tak tentu sebab

#15. Seperti kucing menyembunyikan kuku, terlihat panggang berubahlah laku

Maksud: Orang jahat yang berpura-pura baik sementara belum bertemu dengan barang yang disukainya.

#16. Tidak akan aib kucing biang

Maksud: Orang yang sedang berahi akan perempuan hilang segan dan malunya.

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Kucing

Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Kucing Peribahasa Bergambar: 16 Peribahasa Kucing