Secara umumnya, kucing yang sihat akan sentiasa dalam keadaan aktif dan suka bermain berlari berkejaran di dalam rumah. Makan dan minum yang cukup. Keadaan najisnya pula adalah keras.
Baca: Kedai Kucing Bangi -DD Bangi Petshop
Antara tanda-tanda kucing demam ialah:-
- Suhu Badan Kucing Panas
- Kurang Aktif / Suka Tidur
- Cirit-birit
- Kurang Selera Makan
- Mulut Berbau
- Bulu Gugur
- Telinga, Hidung, Mata dan Mulut Mengeluarkan Cairan Kotoran yang ber-bau
- Muntah
- Sering Minum (Haus)
- Berat Badan Turun
- Hidung Berair
Kaedah dan Cara Merawat dan Menjaga Kucing Demam
Vitamin dan Ubat Antibiotik
Selain dari klinik veterinar, anda juga boleh dapatkan vitamin dan antibiotik ini di mana-mana kedai haiwan yang berdekatan. Pastikan anda perlu dapatkan khidmat nasihat dari doktor veterinar yang berpengalaman terlebih dahulu untuk mencari vitamin serta antibiotik yang boleh melawan demam kucing.
Baca: Ucapan Hari Lahir
Suhu Ruang Bilik Kucing
Pastikan suhu bilik kucing tidak terlalu sejuk. Sentiasa pastikan suhu ruang bilik kucing sentiasa panas suam kerana suhu tubuh kucing yang demam tidak akan membantu untuk menstabilkan suhu.
Asingkan / Kuarantin
Asingkan kucing yang demam dari bergaul dengan kucing yang sihat. Ini bagi mengelakkan demam kucing tidak merebak dengan kucing yang lain. Kucing yang sakit juga memerlukan pantauan sepenuhnya agar ada perubahan sama ada sembuh atau sebaliknya.
Makanan dan Minuman yang Secukupnya
Kucing perlu diberikan makanan yang mengandungi sumber protien yang tinggi supaya dapat menyokong sistem imunisasi badan kucing untuk kearah yang sihat. Tanpa makanan dan minuman yang secukupnya, kucing anda tidak akan sembuh sebaiknya, malah akan menyebabkan kucing anda lemah dan tidak bertenaga.
Periksa badan kucing.
Perlahan-lahan tekan badan kucing dengan jari-jari anda dan sapu perlahan-lahan. Rasa apa-apa kecederaan seperti patah tulang, pembengkakan pada kelenjar getah bening, jangkitan luka, abses, atau tumor. Segala-galanya boleh membuat kucing anda demam.
Berikan banyak air.
Demam boleh berlaku disebabkan oleh dehidrasi, dan juga boleh menyebabkan dehidrasi. Menyediakan air bersih pada setiap masa dalam kucing adalah penting. Sekiranya kucing anda mengalami masalah minum, beri dia jarum suntikan (tiada jarum).