Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC).
Generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik “Leopard cat” (Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis. Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan.
Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang.
Tapi berlainan dengan ‘Asian Leopard Cat’ (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar.
Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.
Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots.
Kucing Batu, juga dikenali sebagai Asian Leopard Cat (ALC), merupakan salah satu spesies kucing liar (Wild Cats) yang sering diperdagangkan dalam penjualan hidupan liar haram.
Sila menghubungi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk menyemak keperluan lesen/ permit/ permit khas untuk sebarang aktiviti melibatkan hidupan liar.
Haiwan itu aktif pada waktu malam dan ia memakan tikus, amfibia dan reptilia. Permintaan menggalakkan di pasaran gelap menyebabkan semakin ramai individu dikenasan menjalankan aktiviti haram menjual kucing batu sehingga mencecah harga RM3,000 seekor.
Haiwan liar dilindungi ini menjadi kegilaan peminat kucing berikutan ciri fizikal dan warna bulu yang unik.
Haiwan ini dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2019 (Akta 716). Antara hukuman yang diperuntukkan dibawah akta ini ialah sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Kucing Batu Lesen?
Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan – Jabatan Perhilitan Malaysia telah mengeluarkan senarai haiwan sebagai haiwan terlindung dibawah Akta 716.
Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.
Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap.
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan No 21,Jalan Dwi Tasik 1,Bandar Seri Permaisuri,56000 Cheras,Kuala Lumpur. Tel: 03-9171 0258/ 03-9171 0260 Faks: 03- 9171 0257
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor. Tel: 07-223 0580 Faks: 07-223 5702
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang. Tel: 04-261 3039 Faks: 04-261 0330
KUCING adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.
Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya. Walaupun kucing sering bersikap tidak acuh atau buat ‘dek’ terhadap nama panggilannya, haiwan ini sebenarnya cukup pintar untuk mengenali nama yang diberikan untuknya.
Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina. Walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!.
Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
Kucing Hutan Malaysia – Apa yang Perlu Kita Tahu?Kucing Hutan juga dikenali sebagai Asian Leopord Cat (ALC). Ia merupakan salah satu jenis kucing liar yang terdapat di Malaysia.
Saiz kucing ini hampir sama dengan kucing biasa. Bezanya cuma badan kucing hutan lebih langsing dengan kaki yang lebih panjang dan lebar berbanding kucing biasa. Spesis kucing hutan ini terancam akibat diburu untuk dijadikan haiwan perliharaan disebab bulunya yang unik dan cantik.
Harga Kucing Hutan Malaysia
Permintaan menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Selain dilakukan oleh sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan itu turut membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan luar bandar.
Kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor dan harga haiwan berkenaan yang banyak ditemui dalam kawasan hutan kecil serta ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan.
Kucing Congkok (Prionailurus Bengalensis) disebut sebagai leopard cat dalam Bahasa Inggeris dek kerana bulunya yang bintik-bintik. Bulu kucing congkok bervariasi sesuai dengan habitatnya.
Panjang tubuhnya sekitar 46 cm dengan berat badan sekitar 2,2 kg. Panjang ekornya mencapai seperdua bahagian tubuhnya.
Kucing hutan termasuk haiwan noktural yang selalu aktif dimalam hari untuk berburu mangsa seperti burung, tikus, , tupai, serangga, ampibi, kelinci, kancil dan binatang kecil lainnya.
Kucing hutan tersebar India, Afghanistan, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Pilipina, Laos, Malaysia, Singapura, hingga ke Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Rusia, Taiwan, China, dan Hong Kong.
2.Kucing Batu
Kucing Batu memiliki nama latin Pardofelis Marmorata atau Felis Marmorata. Ia dikenali sebagai harimau akar di kalangan penduduk tempatan
Secara umumnya, Kucing ini memiliki bentuk tubuh yang hampir sama dengan kucing. Apa yang membezakan adalah Kucing Batu memiliki kaki yang lebih panjang dan telapak kaki yang lebar, serta tubuh yang lebih ramping.
Jenis kucing ini banyak terdapat di Asia Tenggara dan Asia Selatan,
3.Kucing Emas Asia
Kucing Emas Asia (Pardofelis Temminckii, syn. Catopuma Temminckii) juga disebut kucing Temminck
Jenis kucing ini terancam kerana jumlahnya yang sedikit dan terus menurun. Berat badannya sekitar 8-12 kg dengan panjang sekitar 1,2 kg. Warna bulu kucing ini berwarna coklat keemasan.
Kucing emas terdapat diseluruh kawasan Asia Tenggara, mulai dari Tibet, Nepal, Bhutan, India dan Bangladesh ke Myanmar, Thailand, Kamboja, Laos, Vietnam, Cina Selatan ke Malaysia dan Sumatera
4.Kucing Dahan Kalimantan
Kucing Dahan Kalimantan ini hanya terdapat di Pulau Kalimantan dan Pulau Sumatera.
Jenis kucing ini berukuran sedang, panjang badannya sekitar 90-95 cm, dan berat badannya sekitar 12-25 kg.
Ekornya dapat tumbuh sesuai dengan panjang tubuhnya yang dapat menjaga keseimbangannya. Bulunya berbentuk oval tak beraturan dengan pinggiran hitam dan di dalamnya terdapat titik-titik hitam sehingga lebih gelap dari Harimau Dahan Malaya.
Di Kalimantan jenis kucing ini dapat dijumpai di hutan dataran rendah sedangkan di Sumatera dapat dijumpai di daerah perbukitan dan pegunungan.
5.Kucing Dahan Benua
Kucing ini memiliki rambut coklat keabu-abuan dengan motif seperti awan dan memiliki titik hitam di atasnya.
Ia tersebar di Asia Tenggara, Republik Rakyat Cina, Indocina, India, dan Semenanjung Malaya. Jenis kucing ini telah punah di alam liar Republik China. Di Indonesia, macan daratan ditemukan di Pulau Kalimantan dan Pulau Sumatera namun pada tahun 2006 tidak lagi dianggap sebagai spesies macan tutul subtropis namun termasuk dalam tipe Neofelis Diardi.
6.Kucing Hutan Borneo – Sabah, Sarawak& Kalimantan
Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020
Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020. Pada tahun 2007, saiz populasi dijangka hanya sebanyak 2500 ekor kucing dewasa.
Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.
Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap.
Apa Kaedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional mahupun konvensional?
Jika di dapati kucing anda mengalami masalah selsema, perlulah di asingkan dengan kucing yang lain kerana virus selsema ini mudah dan cepat merebak dengan kucing yang lain.
Rawatan dan Pencegahan awal boleh merawat kucing anda sebelum ianya menjadi keadaan yang lebih teruk dan virus selsema ini boleh menular dengan kucing yang lain.
Asingkan kucing yang mengalami masalah selsema kerana mudah di jangkiti.
Kuarantin ke dalam sangkar buat sementara waktu untuk mengawal penyakit ini menjadi lebih parah.
Pemberian antibiotik dari klinik veterinar untuk rawatan mencegah dari ianya menjadi lebih teruk kerana virus ini boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing.
Force Feed – kucing yang mengalami masalah selsema yang teruk kerana deria bau tidak berfungsi sepenuhnya. Jika tidak di force feed, kucing anda akan hilang tenaga dan lemah.
Sentiasa bekalkan air bersih yang secukupnya agar kucing tidak mengalami masalah hidrasi.
Kaedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional / Konvensional
Cuka Epal
Cuka epal juga dapat bantu merawat selsema kucing.
Cara: Masukkan 1 sudu kecil cuka epal ke dalam makanan atau minuman kucing anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga kucing sembuh.
Oleh kerana kucing mempunyai deria bau yang sangat tajam, bau cuka epal tersebut mungkin tidak digemari kucing anda. Menyebabkan kucing anda tidak mahu menyentuh langsung makanan dan minumannya.
Cara lain: Beri sahaja menggunakan picagari terus ke dalam mulut kucing anda. Boleh juga ditambah sedikit air untuk memudahkan kerja anda.
Hangatkan Kucing
Memastikan kucing berada dalam keadaan panas dan hangat juga akan meletakkan kucing dalam susana yang panas dan selesa semasa di dalam proses penyembuhan selain membantu kucing melawan selsemanya.
Cara: Ambil heating pad/bantal panas (yang sambung pada elektrik untuk panaskan itu). Panaskan sehingga suhu suam.
Balutkan dengan selimut dan letakkan berhampiran dengan kucing anda supaya mereka boleh gunakan untuk memanaskan badan mereka. Lakukan setiap hari sehingga kucing beransur sembuh.
Jika anda tiada heating pad, anda boleh gantikan dengan menggunakan botol air yang diisi dengan air panas.
Supplimen seperti vitamin C dan multivitamin juga berguna buat kucing anda melawan selsema dari dalam. Pemberian viamin dapat membantu meningkatkan immuniti dan keupayaan melawan penyakit.
Immuniti yang lebih baik akan membantu proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat.
Cara Pertama: Boleh berikan pil secara manual menggunakan tangan.
Cara Kedua: Hancurkan pil dengan air dan gunakan picagari untuk suap masuk ke dalam mulut
Cara Ketiga: Gunakan jenis picagari khas untuk suap ubat pil ke dalam mulut kucing.
Cara Keempat: Cuba sorokkan di dalam makanan basah dan berikan kucing makan. Tetapi, sesetengah kucing tidak akan tertipu kerana terdapat bau yang asing.
Berikan vitamin 1-2 kali sehari sehingga kucing sembuh.
Sauna
Sauna juga bagus dilakukan kepada kucing yang sedang selsema kerana wap/steam yang terhasil akan membantu melancarkan semula saluran hidung dan pernafasan yang tersumbat.
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan sauna untuk kucing ini. Kita akan gunakan bilik mandi sebagai tempat sauna.
Cara pertama:
Buka air shower pada suhu yang panas selama beberapa minit untuk menjadikan bilik air anda dipenuhi steam. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam bilik air yang dipenuhi steam tadi selama 10 hingga 15 minit.
Ulang 2 ke 3 kali sehari sehingga kucing sembuh
Cara kedua:
Masukkan air panas ke dalam baldi dan letak di dalam bilik air. Anda boleh menggunakan bilik air atau ruang yang lebih kecil untuk memaksimumkan penggunanan wap air panas di dalam baldi tersebut. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam ruang tersebut selama 10 hingga 15 minit.