Putrajaya Calender of Events 2020

January 2020

16 Jan : Sayembara Puisi Jubli Perak Putrajaya

February 2020

  • 1 – 2 Feb : Putrajaya Base Jump
  • 15 Feb : Putrajaya Fishing Competition
  • 22 – 23 Feb : Putrajaya Wind Orchestra Competition
  • 22 Feb : Budi Half Marathon

Baca: Koleksi Ucapan Pantun Hari Jadi

March 2020

19 – 22 Mar : Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta

April and May 2020

23 April – 23 May : Putrajaya Ramadan Festival

July 2020

  • 1 July – 30 Sept : Putrajaya Tourism Photography Contest
  • 11 July : Putrajaya Silver Jubilee Edition Bridge Night Ride

August 2020

  • 1 August : Silver Jubilee ‘Singgah Seni’ & Silver Jubilee Picnic
  • 10 – 16 August : Kendurian (Durian Festival)
  • 15 – 23 August : Royal FLORIA Putrajaya
  • 22 August : Silver Jubilee Run
  • 23 August : Silver Jubilee Ride
  • 27 August : Silver Jubilee Yasin Recitation
  • 29 August : Time Capsule Unveiling Ceremony
  • Putrajaya Carnival
  • Silver Jubilee Orchestra and Concert

Baca: Senarai Cawangan Wong Solo – Ayam Penyet Sedap

September 2020

  • 6 Sept : President Endurance Cup
  • 25 – 27 Sept : Putrajaya Water Sport Festival
  • Putrajaya Boat Race
  • Food Truck Carnival

October 2020

  • 1 – 4 Oct : Putrajaya Open Day
  • 17 – 18 Oct : Ecotrail Putrajaya
  • 24 Oct : Putrajaya Night Marathon
  • Putrajaya Community Sport Carnival
  • Putrajaya Lake and Wetland Explorace

November 2020

13 – 15 Nov : Putrajaya Bird Race

December 2020

30 Dec 2020 – 2 Jan 2012 : Light and Motion Putrajaya (LAMPU)

Part 3: Perjalanan Pulang Kota Kinabalu – Kuala Lumpur Menaiki AirAsia

Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur agak menarik sebab menaiki kapal terbang yang kelihatannya baharu lagi. Tak tahu model apa tapi nampak macam baharu sebab kerusinya lain daripada yang pernah aku naiki sebelum ini.

Baca: KTM Komuter Malaysia – KTM Schedule, Route Map

Flight petang dan yes, kali ini terbang on time. Hairan juga bab makan sebab kali dah preorder Thai Basil Rice tapi diorang request suruh tukar kepada TomYam Rice. Tak cukup ke macam mana? Terima je lah kan hihi. Huh asalkan nasi sebab lapar.

Inilah masalahnya kalau banyak berjalan nie. Makan makan dan makan je. Letih je makan sampai lebam.

Pagi makan buffet, tengahari makan jamuan di majlis, kemudian terasa lapar lagi terus pekena nasi lemak mcd dan di kapal terbang makan lagi. Kesemuanya nasi hahaha.

Baca: Bergambar – Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tersayang

Baca: Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

Tapi yang tak syoknya ialah nasi lemak mcd tak berapa nak masak dan bercapuk. Nampak jelas santannya. Hairan juga sebab disini aku diberikan ayam extra spicy berbanding di semenanjung yang rasanya dah dua tiga kali aku diberi ayam spicy yang biasa tu. Tiada standard yang khusus atau kita boleh request sebenarnya?

Part 1: Kuala Lumpur – Kota Kinabalu Sabah Menaiki AirAsia

Terasa agak lama benar aku tidak travel dengan menaiki kapal terbang. Bila kali terakhir ek? Tak ingat haha.

Nafsu untuk travel hampir tiada buat masa ini. Kalau di Malaysia, seluruh negeri aku sudah jejak. Kalau luar negara mungkin lebih excited kot. Lebih-lebih lagi pada ketika semester sedang berjalan. Focus lebih terarah kepada pembelajaran. Semester kedua ini kelihatan lebih sukar dan memeningkan kepala.

Minggu kedua, untuk rekod aku terpaksa ponteng untuk kelas Communication for Decision Making. Oustation ke Kota Kinabalu Sabah. Layankan ajer urusan pejabat yang aku rasa tak nampak kepentingan dan impak. Boleh?

Pertama kali aku naik ERL sampai ke KLIA2. Kos daripada Putrajaya hanyalah sekitar RM8 lebih (jika beli menggunakan kiosk layan diri). Ramai betul manusia di KLIA2 ini. Fokus kepada AirAsia je nampak gaya.

Penerbangan kami kelihatan mengalami sedikit kelewatan. Mungkin sebab cuaca dan diorang mahu isi minyak dahulu. Hurmmm What do you aspect? Khabarnya, AirAsia dan delay berpisah tiada.

Makan sedap di dalam kapal terbang AirAsia ini. Dah pelbagai menu yang dihidangkan. Sentapnya ialah kenapalah diorang boleh orderkan ayam panggang cili hitam untuk aku. Nasi punyalah banyak pilihan. Pengsan.

Aku terlupa, kapal terbang AirAsia tiada hiburan / skrin untuk movie etc. Hahahahaha selama ini naik MAS. Nampak sangat aku lama tak naik flight dan terbang. Kalau tak, memang aku download siap-siap movie korea dan bawa headphone. Sentap.

Alhamdulillah, selamat sampai dengan jayanya. Syukur

Part 2 – Pengalaman Bermalam di Le Meridien Kota Kinabalu Sabah

Pengalaman Bermalam di Le Meridien Kota Kinabalu Sabah

Kami sampai sekitar pukul 6 petang di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Ingatkan tiada masalah jerebu. Rupanya, sama je dengan semenanjung. Selalunya boleh nampak pemandangan cantik Pulau Gaya. Tapi hari ini tidak pula huhu.

Baca: #4 – Gigih Berpanas di Putrajaya Floria 2019

Seingat aku, ini adalah kali keempat aku berkunjung ke Sabah. Pertama kali dalam siri lawatan kerja di Tawau dan Samporna, Kedua di dan seterusnya di Kota Kinabalu sahaja. Duduk pun di tempat berlainan – Grand Hyatt, Hotel sebelah Dataran Merdeka dan kali ini di Le Meridien pula.

Pengalaman Bermalam di Le Meridien Kota Kinabalu Sabah

Baca: Dinner @ Restaurant Chef Wan – De.Wan 1958 by Chef Wan

Pertama kali jejak kaki di Le Meridien ini terasa aman dan seronok sebab luasnya hotel ini. Tak sempit dan mendamaikan jiwa. Ruang legar besar dan banyak kerusi. Di Lobi jugalah terletaknya Restaurant Latest Recipe. Makan kat sini memang sedap dan pelbagai. Le Meridien Putrajaya memang antara lokasi makan buffet kegemaran aku ahaks.

Bilik boleh tahan luas. Khabarnya gymnasium dan kolam renang pun selesa dan luas. Cumanya aku tak sempat nak nikmati servis hospitaliti disini sebab letih bekerja.

Baca: Himpunan Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir

Katil empuk dan nyenyak tidur dibuatnya. TV pula masyaallah besar gedabak. Bilik air jangan cerita… memang selesa dan menyiurkan. Aku suka toiletries yang disediakan.

Sarapan pagi disini antara pukul 6.30 pagi hingga pukul 10 pagi kalau tak silap. Ramai manusia rupanya yang menginap disini. Kelihatannya kebanyakannya adalah pelancong daripada China, Hong Kong, Korea dan Jepun. Agaknya sebab nak ke kepulauan dan gunung kinabalu kot. Sektor pelancongan Sabah memang hebat dan meriah.

#5 – Inilah dia Putrajaya Flower Festival 2019

Aku sebenarnya agak tidak puas hati. Sebab tak tahu jalan mana yang betul untuk lalu kesemua taman / pameran bunga yang ada. Sana ada sini ada. Tengok gaya macam aku ada terlepas satu atau dua nampaknya. Tapi tak per lah. Kalau free lagi, boleh datang lagi lain kali. Insyaallah.

Baca:

Universiti Garden

Putrajaya Flower Festival 2019

Taman Universiti ini terletak berhampiran dengan Putrajaya Seafood Restaurant. Disekeliling jambatan dan persekitaran dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik. Sesegar mata memandang.

Universiti Garden ini disertai oleh5 buah Universiti – UTM, UPM, UCAM, UIA dan UiTM ahaks. Agaknya universiti yang ada menyediakan jurusan landskap kot.

Baca:

Putrajaya Flower Festival 2019

Baca: Koleksi Ucapan Happy Birthday yang Unik

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

Putrajaya Flower Festival 2019

Sejemput tersendiri lokasi taman milik MOTAC ini. Luas dan nyaman sebab tepi tasik. Tepi padang pulak tu. Memang tempat lepak santai pepetang dating sesuai nie.

Kiranya inilah lokasi terakhir yang aku kunjungi. Depannya adalah pintu keluar/masuk yang berhadapan dengan Moroccan Pavilion Putrajaya.

Putrajaya Flower Festival 2019
Putrajaya Flower Festival 2019

Tapak Jualan

Putrajaya Flower Festival 2019

Tidak jauh daripada tapak letak kenderaan adalah lokasi tapak jualan pokok / benih / semaian dan makanan minuman. Jadinya, orang yang tak beli tiket pun boleh mundar mandir lepak disini. Sebab lokasi di luar pagar Taman Botani Putrajaya.

Putrajaya Flower Festival 2019

Hajar dihati nak beli anak pokok dll, tapi memandangkan lokasi parking jauh etc, aku batalkan sahaja niat itu. Gigih nak membeli. Satu hal pula nak mengangkut bawa naik. Parking JAUH! hahaha

Putrajaya Flower Festival 2019 Putrajaya Flower Festival 2019