#4 – Gigih Berpanas di Putrajaya Floria 2019

Putrajaya Floria 2019

Pameran Bonsai

Jauh bersediri lokasinya. Panas lit-lit tanpa bumbung. Tengok gaya macam tiada yang berkunjung. Aku rasa, aku lah orang awam pertama yang berkunjung ke pameran bonsai ini hahaha. Selepas itu, barulah nampak sepasang kekasih join sekali.

Baca:

Aku kalau ada duit lebih, memang nak bela bonsai nie. Tak payah siram air sangat kan. Same goes to orkid. Sesuai untuk orang jarang dok rumah macam aku ahaks.

Persatuan Arborist Malaysia (PArM)

Aku tidak pasti apa yang ada. Tengok macam ada aktiviti.

Floating Flower (FF)

Sedikit betul bunga terapung disini. Nampak macam hidup segan mati tak mahu hahaha. Ok lah tu dok. Janji ada daripada tiada. Ada lah juga pengisiannya kan.

Baca: Ucapan Perkahwinan – Bergambar Penuh

Taman DiRaja Pahang

Putrajaya Floria 2019

Aku tak tahu apa yang ada disini. Apa daya tarikan yang di gembar gemburkan? Tengok macam tak siap je lagi. Tatkala aku datang sini, diorang tengah buat kerja-kerja penyelenggaraan lagi. Ditutup sementara agaknya.

Bersambung

#3 – FloriaPutrajaya2019: Taman Tepi Tasik

Baca:

Laman Darul Iman – Terengganu

Kedudukan Laman Darul Iman, DBKL, Sepang dan seterusnya adalah di tepi tasik. Sejuk dan nyaman je dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Menapak sedikit lah juga sebab sebelum ini taman terletak di atas bukit. Peluh ketiak telah mula membasahi baju haha.

Terengganu, apa lagi yang boleh dipamerkan. Konsepnya adalah batu bersurat dan penyu je lah ek.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Konsep DBKL ini penuh dengan bunga orkid dan bonsai. Ala-ala sarang burung sebab ada replika burung besar dan bebola yang kelihatan terletak dalam sarang burung.

Cantik dan nyaman sebab terletak tepi tasik. Lepak memang seronok nie. Dalam banyak-banyak taman, DBKL punya paling aku suka.

More Information

Temperate Showcase oleh Art Din Design

Aku tak tau apa konsepnya ini. Tengok macam stand alone je di lokasinya. Antara nama gah dalam sektor kreatif + hiasan landskap kot.

Majlis Perbandaran Sepang

Khabarnya diorang ini adalah majlis perbandaran terkaya di Malaysia. Yelah, ada KLIA, Cyberjaya dan macam-macam projek kerajaan persekutuan disini. Tak tahu pula Bagan Lalang terletak dibawah diorang.

Flower Collage

Kena tengok dari jauh hiasan Flower Collage oleh Alam Flora ini. Sebab kedudukan di lereng bukit dan memanjang.

Adenium Showcase Seri Cempaka

Aku pun tak tahu apa itu Adenium. Katanya tumbuhan yang berasal dari kawasan gurun di afrika dan semenanjung arab. Kebiasaannya di Malaysia ini tumbuhan seumpama ini dikenali sebagai Kemboja Cina.

Baca: Bersemut – Ucapan Hari Lahir Untuk Kekasih

Designers Garden (ILAM)

Disini ada pameran oleh 4 orang designer daripada ILAM. Aku kira, rasnaya diorang ini antara designer landskap popular

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Pengantin Baru

Bersambung

#2 – Cuci Mata di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

p/s: Sebelum ini diorang panggil Royal Floria Putrajaya. Tapi semalam aku dok tengok akhbar diorang guna terma ‘ Floria DiRaja Putrajaya’ pula. Pengsan

Baca:

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Titian Kanopi

Aku ada tengok gambar Agong berjalan berpimpin tangan bersama Permaisuri disini. Memang cantik. Fe-feeling juga dengan hiasan yang dibuat disini. Agak tinggi juga jambatan kanopi ini. Cantik diorang buat pintu gerbang ini. Memang sah-lah ramai nak bergambar disini nanti hihi.

Ada dua side – Mula dan Akhir. Jadi, jangan berebut-rebut nak ambil gambar okay! haha.

Heliconia Trail

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Heliconia ini apa dalam bahasa melayu? Dahulu kecil-kecil, orang panggil pokok bunga ini sebagai Pokok Bunga Paruh Burung. Tak tahulah betul atau tidak. Sebab bunganya memang nampak macam paruh burung.

Disini diorang hias ruangan seakan rumah wanita sihir gitew haha. Cantik

Baca:

Jualan Buah-Buahan

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Ada pelbagai macam gerai buah-buahan. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah jualan dari FAMA. Ada kelapa muda, duku, buah-buahan tempatan. Tidak jauh daripada situ pun ada Cafe oleh Pulse Grande Hotel Putrajaya. Ada juga gerai menjual durian pelbagai jenis dan harga yang nampak macam berpatutan. Boleh lepak sana jika mahu. Tapi, sayang sebab air tak sejuk hahaha.

Panas lit-lit

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Laman Inderaloka – Jabatan Lanskap Negara

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Jauh berjalan nak sampai ke sini. Menapak ke atas bukit sini ni haaa. Jenuh mencari dimanakah tapak pameran bunga. Rupanya, diorang suruh menapak dahulu hahaha.

Cantik Banget! Siap ada gerbang daripada pelbagai spesis orkid dan tumbuhan berbunga. Ada tangga menuju ke ‘syurga’ pulak tu haha. Keseronokan visual yang bersesuaian dengan si pemilik taman ini.

Laman Jauhar Majlis Bandaraya Johor Bahru

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Yeah, cantiknya rumah Johor ini. Jauhar adalah nama terdahulu Johor yang diambil daripada perkataan arab yang bermakna ‘Permata Berhara’. Hanya jauhari kenal manikam katanya.

Putrajaya Holdings

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Aku tak tahu apa bendanya ini. Simple betul taman ini haha. ala-ala konsep sambil mempamer sambil menjual rumah haha

Bromeliads Showcase oleh Kelab Usahawan Tani

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Taman ini kelihatan berkonsepkan muzik. Emmmm Bromeliads itu apa maknanya ek?

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cactus Garden

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Hihi cantik taman kaktus ini. Putih dan panas. Memang sesuai dengan keadaan cuaca tatkala aku datang sini. Panas. Tenang je tengok visualnya.

Majlis Bandaraya Shah Alam

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cantik amat. Shah Alam kan gunakan konsep ‘Bandaraya Anggerik’. Lagipun aku memang 5 tahun lebih duduk Shah Alam. Rindu nak datang bersantai di Taman Tasik Shah Alam etc.

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

The Johor Chateau – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Chateau itu apa maknanya ek? Lain daripada yang lain okay konsepnya. Hanya menggunakan jaring besi untuk membentuk ikon pejabat pentadbiran negeri Johor.

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Bersambung Lagi. Banyak Sangat!

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

#1 – Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019

Meh sini aku ceritakan pengalaman berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019. Aku antara orang terawal yang membeli tiket ke Royal Floria Putrajaya 2019 ini. Dapat diskaun untuk early bird and sebagai pelajar. Dapatlah harga murah sedikit hihi. Murah je pun harga tiket #Floria2019 ini – RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk OKU, Kanak-Kanak dan Warga Emas (Emmm untuk pelajar sekali rasanya).

BUY TICKET >>> KLIK HERE

Tiket boleh dibeli secara online atau walk-in di kaunter tiket. Tapi, kalau nak senang dan cepat, baik beli online sahaja. Tak payah penat berpanas beratur menunggu giliran. Hanya perlu scan melalui smartphone atau print sahaja di pintu masuk. Mudah.

Baca:

Aku antara orang yang terawal masuk untuk Royal Floria Putrajaya 2019 ini. Sekitar 10.30 pagi aku sudah terpacak masuk dalam. Itu pun kereta dan orang ramai sudah berderet masuk. Cumanya aku bertuah sebab telah beli tiket awal secara online, jadi terus masuk tanpa perlu mundar mandir di ruang legar hadapan Taman Botani Putrajaya ahaks.

Sedih dan penat sebab tiada parking khusus disediakan. Orang ramai kelihatan dok parking di sekitar Taman botani Putrajaya. Bayangkan, diorang parking sepanjang bulatan besar Putrajaya itu. Aku pula terpaksa masuk parking di Tapak Parking Taman Putra Perdana. Menapak jauh sebab masing-masing dah parking di kiri kanan jalan. Sesak nak mampui kereta bersimpang sana sini hahaha. Itu belah pagi. Aku tak dapat bayangkan kalau datang lewat sedikit atau belah petang / malam.

Kononnya ada disediakan shuttle bus. Haram tak nampak shuttle bus pun. Entah betul entahkan tidak. Yang aku nampak hanya pengangkutan melalui air sahaja. Seronok tengok.

Indoor Garden – Royal Orchid Showcase (ROS)

Aku perhatikan, nampak gaya ada beberapa pintu masuk – di pintu masuk Taman Botani Putrajaya dan depan Moroccan Pavillion Putrajaya. Tak lah sesak mana aku tengok. Entah, mungkin sebab aku datang awal dan masih hari pertama lagi. Makanya, aman damai suasananya. Tapi meriah dengan manusia.

Terpinga-pinga juga pada awalnya sebab tiada papan tanda arah yang jelas. What to See and Where i need to go 1st, 2nd, 3rd next and next and next. Tiada brochure atau flyers atau panduan online yang boleh aku rujuk. Makanya, aku redah je lah masuk ke dalam Indoor Garden. Nampak macam ada pameran orkid dari pelbagai antarabangsa. Cantik dan unik.

More Information

Suasana agak tenang sebab tiada orang sangat lagi. Sejuk dan selesa. Ada 2 tingkat – Indonesia, Taiwan, Singapura, Korea etc. Pameran designer lain pun ada. Pelbagai jenis bunga orkid. Menawan kalbu melihatnya.

Letih mengarang. Bersambung lagi

Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019 Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019

Jom Ramai-Ramai ke Floria Putrajaya 2019

Floria 2019

Royal Floria Putrajaya 2019. Bertemakan “Mothers of All Garden”. Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung semua

Baca:

Antara aktiviti menarik di Royal Floria PutrajayaWaterball

  • Beyblade
  • Terrarium
  • Horse Ride
  • Archery
  • Mari Mewarna
  • Batu Seremban
  • Fire Eater
  • Beca
  • Paddle Boat
  • Floating Flower
  • Night Fun Walk
  • Marvel Cosplay
  • Busking
  • Giant Bubble
  • dan banyak lagi

Pembelian tiket Royal FLORIA Putrajaya 2019 secara online telah dibuka.

Klik link: https://ticket.smart.putrajaya.my

Anda juga boleh mendapatkan tiket melalui Putrajaya Mobile Apps. Jom muat turun sekarang!

Muat Turun Mobile Apps

  • Play Store- Putrajaya Mobile
  • Apple Store- Putrajaya Mobile

pesta Floria 2019