Buat julung-julung kalinya Perbadanan Putrajaya menganjurkan festival pencahayaan edisi khas. LENTERA bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik bertemakan ‘Tradisi dan Cahaya’.
Jom sertai dengan mengikut tema ‘Glow in the Dark’
Tarikh, Masa dan Lokasi Festival Lentera
- Tarikh: 24 Februari – 3 Mac 2024
- Lokasi: Anjung Floria, Presint Putrajaya
- Masa: 5 petang hingga 11 malam
Harga Tiket Festival Lentera Putrajaya 2024
Warganegara Malaysia
- Dewasa (RM10)
- Kanak-kanak 7 tahun – 12 tahun / Warga Emas (RM5)
- OKU / Kanak-kanak < 6 tahun (Percuma)
Pelancong / Warga Asing
- Dewasa (RM30)
- Kanak-kanak 4 – 12 tahun (RM15)
Tiket akan mulai dijual pada 18 Februari 2024.
Antara daya tarikan pengunjung yang disediakan ialah:-
- Grand Light Symphony
- Musical Fountain
- LIL’LUMIN’s Land
- Jurassic Reverie
- Love Tunnel
- Avatar Trees
- Aurora River
- Misty Forest
- Bot Berhias Bercahaya
- Arca Bercahaya
- Laman Cahaya Madani
- Laman Cahaya 5 Budaya
- Laman Cahaya Retro
- Laman Cahaya Fansasia
- Laman Cahaya Lolipop
- Laman Cahaya Pepatung
- Laman Cahaya Dulu-dulu
- Laman Cahaya Padi
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐊𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝟑𝐑
Sempena LENTERA PUTRAJAYA (Festival Pencahayaan) yang bakal dianjurkan, satu pertandingan merekacipta struktur lampu untuk kawasan terbuka (outdoor), menggunakan papan polyAl akan dianjurkan di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.
- Tempoh Pertandingan : 26 Jan – 24 Feb 2024 (4pm).
- Terbuka kepada syarikat profesional dalam bidang rekabentuk / institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia dan persatuan penduduk (Putrajaya sahaja).
- 20 penyertaan TERAWAL sahaja. Yuran penyertaan RM50.
Hadiah wang tunai:
- Johan RM5,000
- Naib Johan RM3,000
- Ketiga RM2,000
- Ke-4 RM1,000
- Ke-5 RM800
- Saguhati RM350 (15x)
Semua hasil pertandingan akan turut dipamerkan dalam acara LENTERA PUTRAJAYA. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan peluang untuk mempamerkan hasil rekaan lampu kreatif anda.