Jenis Perkhidmatan & Senarai Ejen Bank Berdaftar BSN

Di mana sahaja anda berada di Malaysia, Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN bersedia untuk membantu anda di tempat yang tiada cawangan BSN.

Dengannya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh melakukan hampir transaksi perbankan. Tiada tempat terlalu jauh atau terpencil. Hanya cari ejen Bank (EB) BSN yang sah berhampiran anda.

KLIK: Carian Senarai Ejen Bank Berdaftar BSN

Waktu Operasi Ejen BSN: 8.00 pagi – 10.00 malam (tertakluk pada waktu operasi ejen)

Kelebihan Ejen BSN

  • Tiada caj tambahan.
  • Menjimatkan kos dan masa – ejen ada di kedai-kedai runcit berhampiran anda.
  • Akses mudah – ada perkhidmatan walaupun di tempat terpencil di seluruh negara.
  • Mudah dan waktu operasi yang panjang.

Bagaimana Ejen BSN Berfungsi?

  • Pelanggan pergi ke EB BSN yang sah dan memohon untuk membuat transaksi.
  • EB BSN menggunakan terminal P.O.S untuk memproses transaksi.
  • Pelanggan mengesahkan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan cap jari di terminal POS.
  • EB BSN meneruskan proses  transaksi.
  • Resit akan dikeluarkan apabila transaksi berjaya dilaksanakan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh Ejen BSN

  • Simpanan Tunai
  • Pengeluaran Tunai
  • Bayaran Bil
  • BSN SSP
  • Urusan Tanpa Tunai
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pembukaan Akaun GIRO/GIRO-i

Soalan Lazim Berkaitan Ejen Bank BSN

Soalan 1: Bagaimana boleh saya tahu ejen tersebut ejen BSN yang berdaftar?

Anda boleh menyemak melalui :
– Melayari laman sesawang BSN www.mybsn.com.my
– Bertanya dimana-mana Cawangan BSN
– Melihat pada papan tanda BSN di luar premis ejen.
– Memohon untuk melihat Watikah Pelantikan Ejen Bank Berdaftar BSN.
– Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900

Soalan 2: Bagaimana boleh saya bertanya atau membuat aduan terhadap ejen BSN?

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dilakukan dengan:-
– Melawat Cawangan BSN berhampiran
– Menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN :

Tel : 1300-88-1900
Email : customercare@bsn.com.my
Alamat : Bank Simpanan Nasional, Jabatan Perbankan Digital, Ibu Pejabat, Wisma BSN 117, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur

Soalan 3: Dimana boleh saya semak sekiranya ingin mengetahui lokasi ejen berhampiran?

Anda boleh menyemak melalui:
– Melalui laman sesawang BSN www.mybsn.com.my
– Membuat pertanyaan di mana-mana Cawangan BSN
– Pusat Khidmat Pelanggan BSN ditalian 1300-88-1900

Soalan 4: Adakah terdapat caj yang dikenakan terhadap setiap transaksi yang dilakukan?

Tiada caj tambahan dikenakan untuk sebarang transaksi.

Soalan 5: Apakah yang perlu dilakukan, jika didapati berlaku ketidakjujuran / kecuaian dikalangan ejen?

Anda boleh
– membuat aduan di Cawangan BSN berhampiran, atau
– anda boleh membuat laporan dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan
kami di talian 1300-88-1900

Soalan 6: Bagaimana untuk saya mengetahui transaksi yang dilakukan berjaya?

Anda akan menerima resit untuk setiap transaksi yang dilakukan.

Soalan 7: Bolehkah saya membuka akaun di ejen BSN?

Boleh, kini anda boleh membuka akaun simpanan Giro/Giro-I di premis ejen BSN.

Soalan 8: Bolehkah saya membuat pengeluaran tunai bagi pihak orang lain?

Tidak. Pengesahan transaksi memerlukan cap jari pemegang Mykad tersebut.

Soalan 9: Bolehkah saya membuat pindahan tunai ke bank lain?

Tidak

Soalan 10: Bolehkan saya membuat pembayaran bil bagi pihak orang lain?

Ya, transaksi boleh dilakukan mengunakan tunai. Kad Debit bank lain tidak dibenarkan.

Soalan 11: Apakah yang perlu dibawa bersama semasa melakukan transaksi Perbankan?

Jenis Perkhidmatan & Senarai Ejen Bank Berdaftar BSN

Soalan 12: Bolehkah kemaskini buku akaun dilakukan di ejen BSN?

Tidak, kemaskini buku akaun hanya boleh dilakukan di Cawangan BSN sahaja.