Terdapat beberapa jenis urusan jual beli yang diharamkan dalam islam. Antaranya ialah urusan jualan yang belum pasti akan kewujudan serta nilainya. Contohnya, jualan susu lembu yang masih belum diperah, namun urusan jual beli susunya telah dilakukan.
Saidina Abbas ra berkata, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang antara lain baginda menegah daripada dijual buah sebelum masak atau dijual bulu yang masih berada di badan haiwan atau dijual susu yang masih dalm kantung haiwan – Hadis Riwayat Daruqutni
Hikmah kepada tegahan ini ialah untuk mengelakkan permusuhan.
Baca: Contoh Karangan Bahasa Inggeris Email (Informal)
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Adakah kamu melihat apabila Allah menghalang (mengambil) buah. Dengan apakah kamu mengambil harta saudara kamu?
Hadis Riwayat Bukhari
4 Jual Beli yang Haram dalam Islam
Dalam Islam, adalah salah dan haram jual beli benda yang haram. Misalnya arak, bangkai, darah, anjing dan sebagainya. Ia ada diterangkan dalam hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya
Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jualan arak, jualan bangkai, jualan babi dan jualan patung berhala.
Hadis Riwayat Bukhari
- 5 Example of Article Essay for Student
- Example Article Essay SPM: The Impact of Social Media on Society
- What is the best introduction for a SPM email?
- Email Format Essay: How Do You Start a Formal Email Essay?
- 160 Positive Happy Quotes About Life
Adakah boleh membuat jual beli najis babi?
Babi termasuk dalam najis mughallazah (najis berat). Oleh yang demikian, najib babi juga secara tidak langsung turut termasuk dalam kategori najis mughallazah juga. Oleh yang demikian, hukumnya tetap haram.
Berbeza pula halnya jika melibatkan najis lembu yang bertaraf mutawassitah (najis sederhana). Setiap benda yang punya manfaatnya serta harus pada syarak, maka jual belinya juga harus. Jual beli najis lembu ini adalah sebagai kegunaan baja yang bermanfaat untuk tumbesaran tanaman.
Baca: Koleksi Doa Selepas Solat / Harian
Jual Beli Darah dan Air Mani
Darah merupakan keperluan manusia sejagat. Ualama telah mengharuskan urusan derma darah. Dengan merujuk kepada hadis Nabi Muhammad saw sebelum ini, baginda mengharamkan urus niaga darah.
Air mani pula berkaitan dengan keturunan seseorang. Walaupun zina tidak berlaku, akan tetapi percampuran keturunan akan berlaku. Oleh itu, kita tidak seharusnya terlibat dengan hal berkaitan menderma air mani mahupun menjualnya.
Daripada Abu Mas’ud, dia berkata, maksudnya: Sesungguhnya Nabi saw melarang daripada meletkan harga anjing, hasil perzinaan dan pemberian tukang tilik.
Hadis Riwayat Bukhari
Para ulama berpendapat bahawa harus jual beli gajah untuk digunakan dalam medan peperangan, anjing untuk keselamatan dan sebagainya tapi bukan untuk dimakan.
Hukum Jual Beli Kucing
Daripada Abi Zubair ra bahawa beliau bertanya kepada Jabir ra tentang harga anjing dan kucing. Jabir ra berkata bahawa Nabi Muhammad saw melarang daripadanya.
Hadis Riwayat Muslim
Walaubagaimanapun, para ulama berpendapat larangan untuk kucing bukanlah larangan yang haram. Ia sekadar makruh sahaja.
Namun, terdapat juga ulama yang tetap berpendapat bahawa ia haram sama seperti anjing seperti mana yang disebut dalam hadis tersebut.