Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki, Wanita, Perubatan Islam

Bawang merupakan antara perencah / bumbu yang digunakan dalam masakan – elok untuk membersihkan darah, melancarkan perjalanan usus. Makanya, bagi mereka yang sedang berdiet / ingin kurus, makanlah bawang lebih sedikit. Ini kerana, bawang boleh membantu menurunkan kolestrol darah dan membuatkan kita berpeluh lebih berbanding biasa.

Terdapat beberapa jenis atau nama panggilan bawang di pasaran – Bawang Besar, Bawang Merah, bawang Kecil, Bawang Putih, Bawang India, Bawang Holland dan lain-lain lagi.

Khasiat Bawang Putih

Khasiat Bawang Putih Bakar

Bawang putih yang telah dibakar sebelum dimakan boleh membantu mengeluarkan angin yang berlebihan dalam perut. Caranya adalah dengan memakan seulas bawang putih pada masing-masing pada belah pagi dan petang.

Bagi yang mengalami masalah kembung perut, bawang putih juga boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan situasi ini. Cawanya ialah dengan menumbuk bawang putih sehingga halus dan dicampur dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian, sapukannya pada perut.

AWAS. Jangan ambil bawang mentah secara berlebihan. Ia boleh membawa kepada kerosakan berkaitan akal, melemahkan daya ingatan dan penyakit lupa

Antara Khasiat Bawang Putih

  1. Mengandungi anti-oksidan
  2. Mengandungi anti-peradangan yang membantu melindungi tubuh. Sebagai contoh, jika kita mengalami demam atau sakit tekak – kunyah bawang putih. Insyaallah tekak akan kembali pulih.
  3. Baik untuk membantu proses pencernaan. Antara cara pengambilannya ialah dengan mencampurkan bawang putih mentah ke dalam salad.
  4. Bawang putih juga boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah.
  5. Membantu memecahkan kolestrol yang menyekat perjalanan darah pada saluran disamping membantu menyegarkan pernafasan.

Baca: Bergambar – Kata Kata Adik Beradik

Dikatakan, pada zaman mesir purba, bawang putih digunakan untuk membentuk sebahagian diet pekerja / buruh binaan bagi membantu memberikan kekuatan kepada mereka.

Pati bawang putih yang dicampurkan dengan madu juga boleh digunakan untuk membantu merawat lelah, batuk serta ulser perut.

Bawang Putih Membantu Masalah Jerawat

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman pada jerawat itu dapat dihilangkan dengan cara menumbuk bawang putih berkenaaan. Kemudian tampalkannya di bahagian yang berjerawat. Insyaallah.

Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki, Wanita Serta Perubatan Islam

  1. Merawat selesema

Salah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.

  1. Meningkatkan stamina ketika bersenam

Bawang putih juga baik untuk meningkatkan stamina ketika bersenam malah kajian menunjukkan individu yang mempunyai penyakit jantung boleh melakukan aktiviti riadah dengan lebih baik selepas diberikan minyak bawang putih sebanyak dua kali sehari selama enam minggu.

Baca: Cara Solat Witir Yang Mudah – Waktu, Hukum & Kelebihan

  1. Antibiotik semulajadi

Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.

  1. Mengurangkan risiko kanser

Individu yang menjadikan amalan memakan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.

  1. Menghalang keracunan logam

Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.

Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.

  1. Mengurangkan kadar kolestrol

Antara manfaat lain bawang putih termasuklah mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.

  1. Menurunkan tekanan darah

Kajian mendapati pengambilan 600 ke 1500 miligram ekstrak bawang putih atau empat ulas mentah setiap hari dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah.

  1. Melindungi jantung

Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.

  1. Menguatkan tulang wanita

Makan bawang putih dapat membantu kaum wanita meningkatkan kadar hormon estrogen serta mencegah proses pereputan tulang dan pelbagai kajian sedang dilakukan mengenainya.

  1. Mencegah penyakit Alzheimer

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf.

khasiat bawang putih untuk zakar, khasiat bawang putih tunggal bakar,khasiat bawang putih bakar,khasiat bawang putih tunggal direndam madu,khasiat bawang putih untuk wanita,khasiat bawang putih dalam perubatan islam,khasiat bawang putih untuk lelaki,cara makan bawang putih,