Semalam, selepas selesai buat pembentangan, aku rasa lapar yang amat. Tak teringin nak makan tapi rasa seakan mahu release tension. Hahaha, seakan suatu kebetulan atau menjadi amalan tidak rasmi, habis je exam atau pembentangan, aku akan makan ayam penyet di Wong Solo Bandar Baru Bangi.
Tak ramai sangat semalam, tatakala aku pergi. Cuma agak terkesima dengan konsep baru mereka. Seakan konsep 4 Fingers. Order di kaunter dan self service. Siap bagi alat untuk beritahu order sudah sedia untuk diambil.
Sambal merah dan sambal kicap pun kena ambil sendiri. Konsep ala ala McD dan KFC. Nyum Nyum Nyum.
Alhamdulillah kenyang. Berselera sungguh aku makan. Dulu kini dan selamanya lah kot aku akan order menu yang seperti ini. Bezanya kalau diorang ada stok Avocado, aku akan order lah. Tapi, selalunya air avocado ini akan habis sokmo.
Apapun, harap markah presentation mencanak-canak penuh haha.