Mimpi Orang Meninggal Dunia. Ada makna ke?

Mimpi Orang Meninggal Dunia

Beberapa minggu lepas, aku bermimpi bapa aku meninggal dunia. Lokasi mimpi pula terletak di tanah kubur atas bukit. Belakang Masjid Kampung Parit Basri. Tempat aku belajar tadika dahulu.

Baca: Tafsir Mimpi Naik Perahu

Agak jarang aku mimpi bapa aku. Selalunya adik beradik dan ibu aku sahaja. Nak pula mimpi di tanah perkuburan. Aku dah lah duduk seorang, tidur seorang. Memang kucing je lah sebagai peneman. Entah apa khabar berita maksud dan tafsir mimpi ini. Bapa aku alhamdulillah masih hidup dan sihat walafiat (hendaknya). Aku memang suka dok baca tafsir dan mimpi. Tak percaya pun. Cuba nak tahu, apa ceritanya.

Orang kata, kalau berkaitan meninggal dunia ini, ia berkaitan rezeki dan umur yang panjang. Betul ke? Mimpi pasal tanah kubur pula aku tak pasti. Tak pernah pula aku baca tafsir atau maksud mimpi perkuburan.

Baca: Makan Di 4 Fingers Masjid Jamek

Tafsir mimpi bapa meninggal dunia, walhal realitinya masih hidup

Tidak mempunyai erti atau pentafsirannya.

Tafsir mimpi bapa meninggal dunia akibat kemalangan atau sakit

Dalam waktu terdekat, akan mendapat berita gembira bagi apa pun pekerjaan yang sedang dilakukan.

Tafsir mimpi bertemu dan bercakap dengan orang yang sudah meninggal dunia

Peringatan bahawa, mereka perlukan doa. Mungkin, selama ini kita sibuk mengejar dunia sehingga lupa akan mereka yang telah tiada.

Tafsir mimpi diajak pergi oleh orang yang telah meninggal dunia

Dikatakan, ia adalah petanda buruk. Mungkin, jika ikut orang itu pergi, ajal semakin dekat. Berbanding jika tidak ikut, ajal masih jaul lagi. Wallahualam.