Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah, Haji Dari BSN

Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah, Haji Dari BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama-sama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel) telah memeterai perjanjian kerjasama untuk melancarkan pakej pembiayaan peribadi patuh syariah bagi tujuan ibadah Haji, Umrah dan Ziarah.

Pelancaran pakej pembiayaan peribadi ini bertujuan untuk membantu pelanggan yang berkemampuan di samping menggalakkan golongan muda untuk menunaikan haji dan umrah pada usia muda kerana kebiasaannya golongan ini tidak berkemampuan disebabkan oleh kekurangan dana.

Skim pembiayaan peribadi ini disediakan khas oleh BSN untuk memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk membayar ansuran bulanan secara berstruktur dan mempunyai niat melaksanakan ibadah Haji, Umrah selain ingin mengikuti pakej Ziarah bersama syarikat pengendali yang telah dilantik. Secara tidak langsung, ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk melaksanakan ibadah ini terutamanya golongan muda.

Mohon Online Skim Islamik BSN MyRinggit-i

Para pelanggan boleh mendapatkan pembiayaan peribadi ini di bawah skim Islamik BSN MyRinggit-i. Jumlah pembiayaan yang boleh dimohon adalah minimum RM10,000 sehingga RM200,000 dengan tempoh minimum antara dua (2) tahun hingga 10 tahun. Pembiayaan yang ditawarkan juga adalah untuk bayaran pakej ibadah berserta duit perbelanjaan sewaktu mengerjakan ibadah.

BSN adalah satu-satunya bank yang menawarkan ‘Pembiayaan Peribadi Haji, Umrah dan Ziarah’ dengan kadar yang kompetitif. Sempena dengan pelancaran pakej terbaharu ini, para pelanggan berpeluang untuk menikmati kadar menarik 2.52%, tertakluk pada terma dan syarat (Sehingga 31 Disember 2022 sahaja). Kunjungi Cawangan BSN terdekat bermula hari ini untuk memohon.

Kelayakan Asas BSN MyRinggit (Sektor Awam)

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 60 tahun (tertakluk pada umur persaraan semasa tempoh pinjaman tamat)
  • Bekerja di sektor kerajaan / agensi kerajaan / syarikat berkaitan kerajaan / organisasi dengan kemudahan potongan gaji BPA
  • Pendapatan minimum RM1,500 sebulan
  • Kakitangan tetap yang telah berkhidmat selama 3 bulan dan ke atas
  • Kakitangan kontrak / sementara (telah berkhidmat selama 12 bulan dan ke atas)
  • Pemegang akaun BSN GIRO/i

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  • Surat Pengesahan Majikan; DAN
  • Salinan slip gaji 2 bulan terkini

Kunjungi cawangan BSN yang terdekat atau hubungi mereka untuk maklumat lanjut ATAU muat turn Borang Permohonan DI SINI.

Rujukan: https://www.bsn.com.my/page/press-release?lang=ms-MY

Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah, Haji Dari BSN Mohon Online Pembiayaan Pinjaman Untuk Umrah, Haji Dari BSN