DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan yang memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang tanpa perlu terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.
Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) atau Nombor Tentera / Polis dan nombor pendaftaran perniagaan SSM ke akaun bank mereka.
Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekaligus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.
- 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024
- Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini
- Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu
- Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024
- Jual Beli yang Haram dalam Islam
Syarikat Sebalik Duit Now?
DuitNow merupakan salah satu perkhidmatan yang dikendalikan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan seperti JomPAY, Interbank GIRO (IBG), MyDebit, FPX dan sebagainya.
Bank Negara Malaysia adalah pemegang saham tunggal terbesar DuitNow dan 11 bank di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Bank Berhad, AmBank (M) Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad merupakan pemegang saham bersama.
Cara Daftar DuitNow di MyBSN
*Klik di sini untuk mendaftar dengan perbankan internet myBSN untuk menikmati perkhidmatan Duitnow.
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
- Pilih Receiving Account daripada senarai.
- Masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
- Status ID DuitNow anda akan dipaparkan.
Cara Pindah Wang Melalui DuitNow di MyBSN
- Log masuk ke myBSN.
- Pilih Transfer > Interbank Fund Transfer > DuitNow.
- Pilih from Account, enter DuitNow ID, amount, Recipient Reference & Other Additional info.
- Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
- Status pemindahan DuitNow anda akan dipaparkan.