Kami sampai sekitar pukul 6 petang di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Ingatkan tiada masalah jerebu. Rupanya, sama je dengan semenanjung. Selalunya boleh nampak pemandangan cantik Pulau Gaya. Tapi hari ini tidak pula huhu.
Baca: #4 – Gigih Berpanas di Putrajaya Floria 2019
Seingat aku, ini adalah kali keempat aku berkunjung ke Sabah. Pertama kali dalam siri lawatan kerja di Tawau dan Samporna, Kedua di dan seterusnya di Kota Kinabalu sahaja. Duduk pun di tempat berlainan – Grand Hyatt, Hotel sebelah Dataran Merdeka dan kali ini di Le Meridien pula.
Baca: Dinner @ Restaurant Chef Wan – De.Wan 1958 by Chef Wan
Pertama kali jejak kaki di Le Meridien ini terasa aman dan seronok sebab luasnya hotel ini. Tak sempit dan mendamaikan jiwa. Ruang legar besar dan banyak kerusi. Di Lobi jugalah terletaknya Restaurant Latest Recipe. Makan kat sini memang sedap dan pelbagai. Le Meridien Putrajaya memang antara lokasi makan buffet kegemaran aku ahaks.
Bilik boleh tahan luas. Khabarnya gymnasium dan kolam renang pun selesa dan luas. Cumanya aku tak sempat nak nikmati servis hospitaliti disini sebab letih bekerja.
Baca: Himpunan Doa dan Ucapan Selamat Hari Lahir
Katil empuk dan nyenyak tidur dibuatnya. TV pula masyaallah besar gedabak. Bilik air jangan cerita… memang selesa dan menyiurkan. Aku suka toiletries yang disediakan.
Sarapan pagi disini antara pukul 6.30 pagi hingga pukul 10 pagi kalau tak silap. Ramai manusia rupanya yang menginap disini. Kelihatannya kebanyakannya adalah pelancong daripada China, Hong Kong, Korea dan Jepun. Agaknya sebab nak ke kepulauan dan gunung kinabalu kot. Sektor pelancongan Sabah memang hebat dan meriah.