#1 – Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019

Meh sini aku ceritakan pengalaman berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019. Aku antara orang terawal yang membeli tiket ke Royal Floria Putrajaya 2019 ini. Dapat diskaun untuk early bird and sebagai pelajar. Dapatlah harga murah sedikit hihi. Murah je pun harga tiket #Floria2019 ini – RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk OKU, Kanak-Kanak dan Warga Emas (Emmm untuk pelajar sekali rasanya).

BUY TICKET >>> KLIK HERE

Tiket boleh dibeli secara online atau walk-in di kaunter tiket. Tapi, kalau nak senang dan cepat, baik beli online sahaja. Tak payah penat berpanas beratur menunggu giliran. Hanya perlu scan melalui smartphone atau print sahaja di pintu masuk. Mudah.

Baca:

Aku antara orang yang terawal masuk untuk Royal Floria Putrajaya 2019 ini. Sekitar 10.30 pagi aku sudah terpacak masuk dalam. Itu pun kereta dan orang ramai sudah berderet masuk. Cumanya aku bertuah sebab telah beli tiket awal secara online, jadi terus masuk tanpa perlu mundar mandir di ruang legar hadapan Taman Botani Putrajaya ahaks.

Sedih dan penat sebab tiada parking khusus disediakan. Orang ramai kelihatan dok parking di sekitar Taman botani Putrajaya. Bayangkan, diorang parking sepanjang bulatan besar Putrajaya itu. Aku pula terpaksa masuk parking di Tapak Parking Taman Putra Perdana. Menapak jauh sebab masing-masing dah parking di kiri kanan jalan. Sesak nak mampui kereta bersimpang sana sini hahaha. Itu belah pagi. Aku tak dapat bayangkan kalau datang lewat sedikit atau belah petang / malam.

Kononnya ada disediakan shuttle bus. Haram tak nampak shuttle bus pun. Entah betul entahkan tidak. Yang aku nampak hanya pengangkutan melalui air sahaja. Seronok tengok.

Indoor Garden – Royal Orchid Showcase (ROS)

Aku perhatikan, nampak gaya ada beberapa pintu masuk – di pintu masuk Taman Botani Putrajaya dan depan Moroccan Pavillion Putrajaya. Tak lah sesak mana aku tengok. Entah, mungkin sebab aku datang awal dan masih hari pertama lagi. Makanya, aman damai suasananya. Tapi meriah dengan manusia.

Terpinga-pinga juga pada awalnya sebab tiada papan tanda arah yang jelas. What to See and Where i need to go 1st, 2nd, 3rd next and next and next. Tiada brochure atau flyers atau panduan online yang boleh aku rujuk. Makanya, aku redah je lah masuk ke dalam Indoor Garden. Nampak macam ada pameran orkid dari pelbagai antarabangsa. Cantik dan unik.

More Information

Suasana agak tenang sebab tiada orang sangat lagi. Sejuk dan selesa. Ada 2 tingkat – Indonesia, Taiwan, Singapura, Korea etc. Pameran designer lain pun ada. Pelbagai jenis bunga orkid. Menawan kalbu melihatnya.

Letih mengarang. Bersambung lagi

Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019 Pengalaman Berkunjung ke Pesta Floria Putrajaya 2019