Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur agak menarik sebab menaiki kapal terbang yang kelihatannya baharu lagi. Tak tahu model apa tapi nampak macam baharu sebab kerusinya lain daripada yang pernah aku naiki sebelum ini.
Baca: KTM Komuter Malaysia – KTM Schedule, Route Map
Flight petang dan yes, kali ini terbang on time. Hairan juga bab makan sebab kali dah preorder Thai Basil Rice tapi diorang request suruh tukar kepada TomYam Rice. Tak cukup ke macam mana? Terima je lah kan hihi. Huh asalkan nasi sebab lapar.
Inilah masalahnya kalau banyak berjalan nie. Makan makan dan makan je. Letih je makan sampai lebam.
Pagi makan buffet, tengahari makan jamuan di majlis, kemudian terasa lapar lagi terus pekena nasi lemak mcd dan di kapal terbang makan lagi. Kesemuanya nasi hahaha.
Baca: Bergambar – Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tersayang
Baca: Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami
Tapi yang tak syoknya ialah nasi lemak mcd tak berapa nak masak dan bercapuk. Nampak jelas santannya. Hairan juga sebab disini aku diberikan ayam extra spicy berbanding di semenanjung yang rasanya dah dua tiga kali aku diberi ayam spicy yang biasa tu. Tiada standard yang khusus atau kita boleh request sebenarnya?