Terfikir sejenak, apa maksud dan penafsiran mimpi yang diperoleh selepas waktu subuh? Boleh ditafsirkan atau punya makna atau ia hanya sekadar permainan syaitan? Orang kata, ada 2 waktu yang paling tepat mimpinya. Pertama ialah pada waktu malam (sahur). Ini kerana, pada waktu inilah rahmat dan kemapunan Allah datang. Keduanya pula ialah pada waktu ketika disunatkan untuk kita tidur – sebelum masuk waktu Zuhor.
Berdasarkan kepada pembacaan dan nasihat orang tua, memang tidak digalakkan untuk tidur selepas waktu subuh. Rezeki susah masuk katanya. Ibn Qayyim meberi penegasan tentang hal ini. Beliau menjelaskan bahawa tidur pada waktu ini boleh mematikan hati, membuatkan badan menjadi malas dan juga mensia-siakan waktu yang berharga.
Baca: Ucapan Hari Lahir Paling Panjang
Memang betul pun, kalau tidur selepas waktu subuh, selalunya aku akan dapat mimpi yang aneh dan lain macam. Kekadang aku pun tak faham apa ‘jalan cerita’ mimpi itu. Selalu juga lah aku lupa dan tak terfikir apa maksudnya. Senang cerita, buruk belaka. Orang kata, kalau mimpi buruk, itu maknanya permainan syaitan. Sebab dia cuba untuk buat kita bersedih.
Kalau boleh, aku memang selalu cuba untuk elak tidur selepas solat subuh. Buatlah apa-apa kerja – kemas rumah, tengok TV atau melayari internet.