Info: Punca dan Cara Mudah Rawat Bibir Kering

Info: Bibir Kering - Bibir Bengkak - Bibir Hitam

Kenapa Kulit Bibir Mudah Menjadi Kering?

Bibir tidak seperti kulit dimana ia tidak memiliki kelenjar minyak. Oleh sebab itulah bibir sangat mudah kering. Jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan menjadi pecah-pecah dan luka.

Baca: Teka Teki Haiwan dan Jawapan. Apakah?

Antara punca yang boleh menyebabkan bibir kering ialah:-

  • Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
  • Terdedah kuat pada sinaran matahari.
  • Cuaca samada terlalu panas atau terlalu sejuk serta dan keadaan udara yang kering
  • Menjilat bibir. Ludah manusia memiliki enzim dan enzim ini tidak membantu melembapkan kulit bibir.
  • Menggigit bibir yang boleh menyebabkan bibir melecet dan terluka.
  • Bernafas melalui mulut menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir.
  • Banyak mengambil garam atau makanan pedas.
  • Pengambilan ubatan seperti suplemen Vitamin A, Retinoid (Retin-A, Differin), Lithium – ubat-ubatan gangguan bipolar, Ubatan kemoterapi, Ubat anti-jerawat isotretinoin, atau Accutane

Baca: Alamak – Mata Kiri Berkedip Petanda Apa?

Baca: Tafsir Mimpi Kucing – Mati, Digigit, Beranak, Hitam dll

Apakah cara penyelesaian untuk mengatasi masalah bibir kering ?

  • Minum air masak secukupnya.
  • Ambil vitamin C setiap hari. 250mg ke 500mg sehari.
  • Elakkan dari menjilat atau menggigit bibir ketika bibir kering.
  • Makan lebih sayur-sayuran yang bersifat sejuk ketika cuaca panas seperti timun. Boleh juga hirisan timun tersebut dilatakkan pada bibir yang kering dan dibiarkan selama 15 ke 20 minit.
  • Gunakan Aloe Vera atau lidah buaya dengan menyapu isinya pada bahagian bibir.
  • Minyak zaitun juga merupakan ejen pelembab yang baik. Hanya perlu sapukan pada bibir dua kali sehari.
  • Madu juga sangat berkhasiat untuk melembapkan kulit bibir secara semulajadi. Caranya adalah hanya perlu sapukan pada bibir 2 kali sehari.
  • Baca: Koleksi Ucapan Happy Birthday yang Unik
  • Gunakan Lip Balm (Balm Bibir). Terdapat pelbagai jenama Lip Balm dipasaran – Sebamed, Nivea, Himalaya, Sephora, Eucerin dan banyak lagi. Ia boleh melindungi bibir dari terdedah kepada udara kering dan panas. Ia juga boleh melembap dan merawat kulit bibir yang bermasalah. Untuk pemilihan lip balm yang terbaik, pastikan ada semua bahan ini: Beeswax, Petroleum dan Dimethicone. Pastikan anda menggunakan produk yang mempunyai SPF.
  • Gunakan skrub untuk bibir dan pastikan anda gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka. Boleh gunakan skrub ini sebanyak 4-5 kali seminggu. Jika ada pilihan lain, boleh juga buat sendiri di rumah dengan menggunakan gula dan madu.