Sihir bermaksud satu perbuatan yang dilakukan oleh tukang sihir (atau bomoh) untuk menutupi kebatilan dan mencampurkannya dengan kebenaran yang sedikit melalui tipu muslihat.
Ibn Kathir mengatakan sihir adalah setiap sesuatu yang bersifat halus dan tersembunyi sebabnyaa. Sihir itu sifatnya halus dan tersembunyi serta dikaitkan dengan kejadian luar biasa, namun ia bukan mukjizat di samping mempunyai kaitan rapat dengan makhluk halus bernama syaitan. Syaitan bertindak sebagai suruhan yang membantu menjayakan sihir tersebut
Kombinasi ruqyah yang digunakan dalam rawatan penyakit yang berkaitan dengan sihir adalah terdiri daripada komibinasi beberapa
ayat yang berkaitan dengan tema sihir iaitu ayat 81-82 surah Yunus; ayat 118-122 surah alA‘raf; ayat 69 surah Taha; ayat 84 surah al-Nisa’ dan ayat 64 surah Yusuf.65 Keseluruhan ayat tersebut menyentuh tentang sihir.
- 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024
- Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini
- Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu
- Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024
- Jual Beli yang Haram dalam Islam
Penggunaan Ayat Al-Quran Dalam Merawat atau Menghilangkan Sihir
Berbicara mengenai rawatan sihir, kita tidak dapat lari daripada menyebutkan tentang penggunaan ayat-ayat tertentu dan doa-doa tertentu sebagai ruqyah dalam rawatan sihir.
Dalam ayat 81-82 surah Yunus, ayat 118-122 surah al-A‘raf dan ayat 69 surah Taha Allah SWT menyebutkan tentang sihir yang berlaku pada zaman Nabi Musa AS, usaha Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS memerangi sihir dan berlawan dengan ahli tukang sihir Firaun serta Allah membatalkan sihir-sihir yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir Firaun tersebut.
Manakala ayat ayat 84 surah al-Nisa’ dan ayat 64 surah Yusuf adalah kombinasi ayat untuk memohon pemeliharaan dan penjagaan daripada Allah SWT daripada terkena penyakit sihir khususnya dan umumnya daripada segala gangguan makhluk halus.
Baca: Koleksi Bergambar Ucapan Hari Lahir Untuk Suami Tersayang
Surah Yunus (10): 81-82 – Mohon pembatalan sihir
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
Surah Yunus (Ayat 81)
“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”.
Surah Yunus (Ayat 82)
Surah Al-A’raf (7): 118 – 122 – Menceritakan tentang kemenangan di pihak yang hak dan hancurnya kebatilan.
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.”
(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.
Baca: Malaysia – Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Surah Taha (202): 69 – Sihir merupakan perbuatan tipu muslihat tukang sihir yang tidak akan berjaya
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Surah Al-Nisa’ (4): 84 – Pengakuan akan kekuatan Allah swt
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
Surah Yusuf (12): 64 – Mohon dipelihara daripada sebarang kejahatan
Bapa mereka berkata: “(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan”.