8 Filem Seram Korea Wajib Tonton

Train to Busan

Berkisahkan tentang virus zombie yang merebak di Korea Selatan, dan menyebabkan ramai yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Seok-Woo seorang pengurus dana di Seoul, telah berpisah dengan isteri dan kini tinggal bersama anak perempuanya Soo-Ann.

Namun, Seok-Woo seorang yang mementingkan kerjaya sehingga anak perempuanya terabai, sehinggalah dia terpaksa menunaikan perrmintaan anaknya yang ingin bertemu ibunya di Busan. Demi memenuhi permintaan anaknya, pelbagai perkara menyeramkan berlaku ketika dalam perjalanan ke Busan.

Pelakon : Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn

The Host

Pada tahun 2000, seorang saintis Amerika telah menyuruh pembantunya membuang 200 botol formalin yang berdebu ke saluran pembuangan yang mengalir ke Sungai Han.

Enam tahun kemudian kita diajak berkenalan dengan Park Gang-du yang bersama ayahnya membuka sebuah warung makanan secara kecil-kecilan. Gang-du digambarkan sebagai seorang lelaki dewasa yang tidak bijak dan lebih suka bermalas-malasan. Gang-du juga mempunyai seorang puteri yang hampir menginjak usia remaja, Hyun-seo.

Suatu hari disaat tengah melayani pelanggan, Gang-du dan orang-orang di sekitar Sungai Han melihat benda aneh tergantung di jambatan. Benda misteri tersebut kelihatan seperti seekor ikan gergasi. Kemudiannya ia mulai menyerang orang-orang yang ada disana, termasuk Hyun-seo.

Pelakon: Kang-ho Song, Hee-Bong Byun, Hae-il Park

I Saw The Devil

Kyung-Chul adalah seorang pembunuh bersiri berdarah dingin telah membunuh Joo Yun yang juga merupakan tunang kepada Kim Soo-Hyeon (seorang pegawai penyiasat).

Dipenuhi dendam, Soo-Hyeon kemudian mencari Kyung-Chul untuk membalaskan dendam kematian kekasihnya.

Pelakon: Lee Byung-Hun, Choi Min-Sik, Jeon Kuk-Hwan, Oh San-Ha

The Wailing

Jalan cerita filem ini bermula dengan wabak penyakit serta kes pembunuhan yang berlaku di kawasan terpencil. Kes pembunuhan tersebut sangat pelik, dimana pembunuhnya akan membunuh seluruh ahli keluarganya sendiri, manakala diri pembunuh akan kelihatan seperti dirasuk, tidak waras, serta mengalami penyakit misteri dan akhirnya mati.

Kes pembunuhan yang serupa turut berlaku berulang kali dan menimbulkan suasana panik dikalangan penduduk. Anggota polis Jong Goo dan rakannya mula menyiasat perkara ini. Penduduk sekitar mengesyaki kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kehadiran lelaki Jepun yang baru menetap di kawasan tersebut.

Hal ini turut diakui oleh seorang perempuan yang bernama Moo Myeong yang menjadi saksi pada kes pembunuhan itu. Lelaki Jepun itu dikatakan bukan manusia sebaliknya hantu / syaitan yang menyerupai manusia. Ada juga beberapa orang yang terserempak lelaki Jepun itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan ketika berada di hutan.

Pelakon: Kwak Do Won, Hwang Jung Min, Jun Kunimura, Chun Woo Hee, Kim Hwan Hee, Jang So Yeon, Heo Jin

The Cat

Siapa sangka, kucing yang biasanya menjadi haiwan kesayangan manusia, ternyata boleh juga mendatangkan maut kepada pemiliknya. Seperti dalam filem, seekor kucing bernama Silky mampu menimbulkan situasi ngeri kepada pemiliknya yang berakhir dengan kematian. 

Pelakon: Park Min-young, Kim Dong-wook, Kim Ye-ron

A Tale of Two Sisters

Filem yang berdasarkan cerita orang tua-tua Korea “Rose Flower, Red Lotus” merupakan cerita Cinderella yang lain dengan versi yang menyeramkan yang menampilkan watak adik-beradik So Mid an Su Yeon yang tinggal bersama ibu tiri baru mereka di sebuah rumah yang mempunyai kuasa jahat.

Pelakon: Im Soo-jung, Moon Geun-young, Yum Jung-ah, Kim Kap-soo

Wishing Stairs

Bercerita tentang dua orang sahabat karib Kim So Hee dan Yoon Ji Seong yang mengikuti kelas ballet di sekolah. Mereka telah sama-sama telah masuk pertandingan ballet nasional yang menawarkan hadiah berupa biasiswa sekolah ballet di Rusia. Kedua-dua sahabat karib ini begitu bersemangat untuk menang bagi mendapatkan biasiswa yang ditawarkan.

Ji Seong yang teramat ingin menang itu pun memohon dengan sepenuh hatinya di tangga sekolah. Khabarnya, segala keinginan yang diucapkan dengan bersungguh-sungguh di tangga ini akan termakbul.

So Hee yang merupakan calon kegemaran mengalami cedera tatkala pertandingan berlangsung. Akhirnya sehingga Ji Seong menang dan mendapatkan mendapat tawaran biasiswa tersebut. Tak cukup sampai di situ, So Hee kemudiannya ditemui mati di hospital.

Pelakon: Sung Ji Hyo, Park Han Byeol, Jo An Ah

Gonjinam: Haunted Asylum

Mengisahkan 6 remaja yang menyertai penggambaran sebuah rancangan realiti seram, Horror Times yang dimainkan secara langsung di YouTube arahan seorang YouTuber terkenal, Ha-joon di sebuah hospital sakit jiwa yang telah ditinggalkan sejak sekian lama, Gonjiam Psychiatric Hospital.

Bersama mereka turut dilengkapi gajet yang canggih untuk merakamkan sebarang entiti di dalaam hospital itu. Misi mereka adalah untuk membuka bilik 402 yang sebelum ini terkenal dengan cerita seramnya.

Tiba-tiba berlaku perkara misteri dan pelik dan ianya bukanlah dalam perancangan mereka. Lama-kelamaan setiap daripada mereka telah hilang dan diganggu ‘penghuni’ hospital tersebut sehingga memaksa Ha-Joon ke lokasi berkenaan untuk merakamkan sendiri detik seram itu.

Pelakon: Wi Ha-Joon, Park Ji-Hyun, Oh Ah-Yeon, Mun Ye-Won, Park Sung-Hun