Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Floria Putrajaya 2019

Tarikh, Masa dan Tempat

Tahun ini, Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP) beralih ke lokasi baharu seperti pada butiran berikut:-

Tempat: Taman Botani, Presint 1 Putrajaya
Tarikh: 31 Ogos hingga 8 Sept 2019
Masa: 10 pagi hingga 10 mlm

Floria Putrajaya 2019

Pemilihan Taman Botani, yang mempunyai koleksi tumbuh-tumbuhan yang banyak dan matang, mampu memberi nilai tambah kepada RFP selain mempromosi taman itu sendiri.

Tema: Orkid dan Bonsai

Pameran itu akan menampilkan bunga orkid yang dinamakan dengan nama Queen Azizah Iskandar, mengambil nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Penampilan Royal Garden Showcase pada RFP tahun ini adalah bersesuaian dengan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga merupakan Sultan Pahang.

Harga Tiket Masuk: RM5 atau RM3 sahaja

Klik: https://ticket.smart.putrajaya.my

Floria Putrajaya 2019

Waktu Terbaik Pergi

Bergantung. Namun, secara peribadinya lebih elok untuk datang awal pagi atau lewat petang. Belah tengahari, cuaca pasti agak panas terik dan pengunjung pasti sedang bersesak pada ketika ini.

Bagaimana Mahu ke Royal Floria Putrajaya @ Taman Botani Putrajaya?

Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Jalan Darat – Menaiki kereta atau bus

  • Parkir sekitar Presint 1 (dikatakan ada shuttle bus PERCUMA)
  • Boleh juga parking di Taman Rekreasi Air Presint 13 (bersebelahan Taman Botani)
Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Jalan Air

  • Menaiki bot di 2 jeti – Kelab Tasik Putrajaya dan Cruise Tasik Putrajaya

Parking di Taman Botani Putrajaya

Terdapat 1,500 tempat letak kenderaan di Taman Botani selain penganjur turut menyediakan bas perantara untuk pengunjung selain perkhidmatan ‘teksi air’.

Daya Tarikan Berkaitan

Diberitakan, Pesta Floria Putrajaya 2019 ini dijangka akan diwarnai dengan 79 penyertaan garden showcase yg disertai oleh

  • 12 agensi korporat, swasta dan swasta
  • 7 persatuan atau pengusaha bunga
  • 4 orang designer garden
  • 25 penyertaan dari sek rendah dan menengah
  • 6 taman universiti dan institusi pengajian tinggi
  • 10 taman komuniti
  • 5 floating flower deco
  • 3 FAMA Fruit Valley
  • 6 penyertaan antarabangsa termasuk Malaysia – Taiwan, Korea, Singapura, Indonesia dan Thailand
Its All About Royal Floria Putrajaya 2019

Beberapa konsep dan elemen baharu yang kreatif dan inovatif juga akan ditampilkan seperti:-

  • vertical wall showcase yg diusahakan oleh pelajar universiti
  • pertandingan gubahan terarium dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah

Lebih daripada 100 aktiviti dan program harian akan dianjurkan. Antaranya ialah

  • garden barzaar, jualan f&b,
  • pemaran dan jualan produk perkebunan
  • pertunjukan fashion
  • ceramah dan bengkel perkebunan
  • pertandingan fotografi
  • dan banyak lagi

Cadangan Panduan Mengenai Royal Floria Putrajaya 2019

Bengkel Asas Terrarium – Royal Floria Putrajaya 2019

Bengkel Asas Terrarium

Sempena Royal Floria Putrajaya 2019, Terrarium Leaves akan mengadakan 2 sesi bengkel mempelajari seni terrarium. Jangan lepaskan peluang untuk sertai kami belajar teknik yang betul untuk menghasilkan terrarium yang unik.

Serikan hidup kita dengan sebalang tumbuhan sebagai sumber inspirasi…

Untuk pendaftran awal boleh hubungi nombor tertera dan pendaftaran secara walk-in juga dibuka pada tarikh tersebut.

Info Berkaitan:

Info Lanjut:

FB Page: Terrarium & mini garden putrajaya

Instagram: terrarium leaves

Apa itu Terrarium?

Terrarium adalah sesuatu medium yang diperbuat daripada kaca atau plastik jelas yang diisi dengan tanaman menyerupai persekitaran alam yang sesuai untuk dekorasi. Nama lain bagi terrarium pula adalah vivarium.

Terarium akan menampilkan taman miniatur dalam bekas berkaca. Terarium dapat mensimulasikan kondisi di alam yang sebenarnya dalam bekas kaca tersebut. Misalnya terrarium dapat mensimulasikan ekosistem gurun, ekosistem padang pasir, ekosistem hutan hujan tropis mahupun lainnya.

Bengkel Asas Terrarium – Royal Floria Putrajaya 2019 Bengkel Asas Terrarium – Royal Floria Putrajaya 2019

Jom Fit! – Royal Floria Night Aerobicthon 2019

Jom Fit! - Royal Floria Night Aerobicthon 2019

Jom keep Fit Malaysia @Royal Floria Night Aerobicthon pada:

Tarikh: 31 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam di
Tempat: Taman Botani, Putrajaya.

Dengan bayaran RM30 \ seorang, anda akan mendapat T-Shirt, Tiket Masuk ke Royal Floria Putrajaya, Goodies serta berpeluang beraksi bersama bintang-bintang instructor aerobik dan ZiN yang hebat!

Baca: Its All About Royal Floria Putrajaya 2019

Jom Fit! - Royal Floria Night Aerobicthon 2019

Cara Mendaftar

Layari http://jomrun.com/event/royal-floria-night-aerobicthon untuk mendaftar.

Panduan dan langkah-langkah untuk mendaftar:

  • Download JomRun from Play Store / App Store Android App: atau IPhone:
  • Sign up a JomRun account
  • Tab on Event
  • Search for Royal Floria
  • Fill in participant detail and pay online And viola! You will find your E-ticket in JomRun app!

Lain-Lain Info Berkaitan Royal Floria Putrajaya 2019

Jumpa anda di sana!!

Sumber

Liputan Berita Pra Pelancaran Floria Putrajaya 2019

Liputan Berita Pra Pelancaran Floria Putrajaya 2019

Koleksi Liputan berita berkenaan Majlis Pra Pelancaran Royal Floria Putrajaya 2019 yang telah diadakan pada 1 Ogos 2019 di Taman Botani Putrajaya.

Jom sertai kemeriahan RFP 2019 yang mempamerkan sejumlah 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spectrum warna warni, tidak kurang dari 500 variati spesis orkid serta lebih dari 100 koleksi bonsai.

  • Tarikh: 31 Ogos – 8 Sept 2019
  • Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Tempat: Taman Botani Putrajaya

Info Tambahan

Liputan Berita TV1

Liputan Berita TV AlHijrah

Liputan News On 2 TV2

Liputan Berita Tamil TV2

Liputan Berita Cina TV2