#2 – Cuci Mata di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

p/s: Sebelum ini diorang panggil Royal Floria Putrajaya. Tapi semalam aku dok tengok akhbar diorang guna terma ‘ Floria DiRaja Putrajaya’ pula. Pengsan

Baca:

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Titian Kanopi

Aku ada tengok gambar Agong berjalan berpimpin tangan bersama Permaisuri disini. Memang cantik. Fe-feeling juga dengan hiasan yang dibuat disini. Agak tinggi juga jambatan kanopi ini. Cantik diorang buat pintu gerbang ini. Memang sah-lah ramai nak bergambar disini nanti hihi.

Ada dua side – Mula dan Akhir. Jadi, jangan berebut-rebut nak ambil gambar okay! haha.

Heliconia Trail

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Heliconia ini apa dalam bahasa melayu? Dahulu kecil-kecil, orang panggil pokok bunga ini sebagai Pokok Bunga Paruh Burung. Tak tahulah betul atau tidak. Sebab bunganya memang nampak macam paruh burung.

Disini diorang hias ruangan seakan rumah wanita sihir gitew haha. Cantik

Baca:

Jualan Buah-Buahan

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Ada pelbagai macam gerai buah-buahan. Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah jualan dari FAMA. Ada kelapa muda, duku, buah-buahan tempatan. Tidak jauh daripada situ pun ada Cafe oleh Pulse Grande Hotel Putrajaya. Ada juga gerai menjual durian pelbagai jenis dan harga yang nampak macam berpatutan. Boleh lepak sana jika mahu. Tapi, sayang sebab air tak sejuk hahaha.

Panas lit-lit

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Laman Inderaloka – Jabatan Lanskap Negara

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Jauh berjalan nak sampai ke sini. Menapak ke atas bukit sini ni haaa. Jenuh mencari dimanakah tapak pameran bunga. Rupanya, diorang suruh menapak dahulu hahaha.

Cantik Banget! Siap ada gerbang daripada pelbagai spesis orkid dan tumbuhan berbunga. Ada tangga menuju ke ‘syurga’ pulak tu haha. Keseronokan visual yang bersesuaian dengan si pemilik taman ini.

Laman Jauhar Majlis Bandaraya Johor Bahru

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Yeah, cantiknya rumah Johor ini. Jauhar adalah nama terdahulu Johor yang diambil daripada perkataan arab yang bermakna ‘Permata Berhara’. Hanya jauhari kenal manikam katanya.

Putrajaya Holdings

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Aku tak tahu apa bendanya ini. Simple betul taman ini haha. ala-ala konsep sambil mempamer sambil menjual rumah haha

Bromeliads Showcase oleh Kelab Usahawan Tani

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Taman ini kelihatan berkonsepkan muzik. Emmmm Bromeliads itu apa maknanya ek?

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cactus Garden

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Hihi cantik taman kaktus ini. Putih dan panas. Memang sesuai dengan keadaan cuaca tatkala aku datang sini. Panas. Tenang je tengok visualnya.

Majlis Bandaraya Shah Alam

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Cantik amat. Shah Alam kan gunakan konsep ‘Bandaraya Anggerik’. Lagipun aku memang 5 tahun lebih duduk Shah Alam. Rindu nak datang bersantai di Taman Tasik Shah Alam etc.

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

The Johor Chateau – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Chateau itu apa maknanya ek? Lain daripada yang lain okay konsepnya. Hanya menggunakan jaring besi untuk membentuk ikon pejabat pentadbiran negeri Johor.

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019

Bersambung Lagi. Banyak Sangat!

Cantiknya Hiasan Taman di Floria DiRaja Putrajaya 2019