Sebut sahaja Gardenia, pasti semua orang sudah terbayangkan produk terlaris mereka iaitu, roti Gardenia Original Classic. Selain roti jenis ini, ada banyak lagi roti keluaran Gardenia yang terdapat dipasaran.
Gardenia Original Classic Jumbo
Original Classic White Bread – Roti putih yang mengandungi rendah lemak dan 0% Lemak Tepu. Roti kegemaran rakyat malaysia. Ia juga diadun dengan kebaikan Nutrinegy. Setiap keping roti mengandungi vitamin A, E, Zat Besi dan beberapa nutrien penting untuk dinikmati semua.
Baca: Ayat Kursi Rumi – Terjemahan Bahasa Melayu
Bran & WheatGerm
Mengandungi rendah lemak dan sumber serat yang lebih banyak. Sesuai untuk mereka yang sukakan rasa dan tekstur roti putih, tetapi masih inginkan germa gandum serta lebih banyak serat. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
Honey Wholemeal
Mempunyai kombinasi kelembutan dan kebaikan bijian gandum penuh, rendah lemak, kaya dengan serat serta vitamin tertentu. Ia diperbuat dengan peratusan tinggi bijian penuh yang dikisar halus. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
- 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024
- Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini
- Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu
- Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024
- Jual Beli yang Haram dalam Islam
100% WholeGrain + Sunflower Seeds
Diperbuat daripada 100% bijian gandum penuh yang ditambah dengan biji bunga matahari. Kandungan lemaknya rendah, serat yang tinggi serta vitamin. Sesuai untuk roti bakar atau sebagai sandwich yang lazat dan berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
100% WholeGrain + Canadian Purple Wheat
Diperbuat daripada 100% bijian gandum penuh yang ditambah dengan Canadian Purple Wheat. Kandungan lemaknya rendah, serat yang tinggi serta vitamin. Sesuai untuk roti bakar atau sebagai sandwich yang lazat dan berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet
Delicia: Rasberi Susu dan Kranberi
Mengandungi rasa rasberi dan kranberi yang menyihatkan dalam setiap kepingan hidangan. Raspberi ialah tanaman buah-buahan komersial yang banyak ditanam di kawasan sederhana di dunia. Buah dengan rasa manis dan asam yang menyegarkan ini menyimpan banyak khasiat nutrisi yang bermanfaat bagi kesihatan.
Baca: Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri
Manakala buah Kranberi pula banyak ditanam di kawasan USA, Kanada dan Chile. Buah kranberi ini selalunya tidak dimakan mentah dek kerana rasanya yang masam. Selalunya, ia dibuat sebagai jus atau jem.
Delicia: Choco Raisin
Roti ini mengandungi kombinasi coklat dan kismis untuk rasa yang unik serta lain daripada yang lain. Hidup kita ‘sangat dekat’ dengan coklat. Pasti segenap lapisan usia mengenali dan menyukanya.
Delicia: Butterscotch
Rasa butterscotch sebenar yang akan membuatkan anda nak lagi dan lagi. Makan tanpa henti sebab sedap sangat. Butterscotch ialah sejenis konfeksi yang dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu gula perang dan mentega. Beberapa bahan lain seperti sirap jagung, garam, vanila, krim juga digunakan dalam beberapa resipi butterscotch.
Delicia: Toastem
Kelazatan kismis dalam setiap gigitan. Kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula yang dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.
Ketahui 9 Jenis Roti Gardenia Yang Sedap dan Lazat Ketahui 9 Jenis Roti Gardenia Yang Sedap dan Lazat