Kami doakan agar segalanya dipermudahkan dan lekas sembuh.
Kesulitan dan kesakitan adalah hal yang membuat kehidupan ini menarik dan unik.
Di setiap kegelapan, pasti ada setitik cahaya. Di setiap doa, selalu ada jawapan. Di setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. DI setiap ketidak mungkinan, selalu ada keajaiban. Moga terus bertahan dan bersabar.
Semoga cepat sembuh. Diberi kesihatan. Dihilangan segala sakitnya. Tiada ada yang serius. Moga lekas kembalik aktif dan ceria seperti sedia kala.
Ilmu tanpa agama adalah suatu kecacatan, dan agama tanpa ilmu merupakan kebutaan.
Kita tidak akan pernah kalah sampai kita menyerahkan semuanya kepada Tuhan.
Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah selalu bersama kita.” (QS At Taubah 40)
Lelahmu akan berubah manis ketika niatnya lillah kerana Allah swt
Mengucapkan Alhamdulillah dengan seribu rasa sakit di dada adalah contoh dari keyakinan yang dalam kepada Allah.
Dosaku sangat membebaniku. Tetapi ketika aku mengukurnya dengan rahmat-Mu, Ya Allah, ampunan-Mu lebih besar. -Imam Syafii
Dunia hanyalah tempat persinggahan, sedangkan yang abadi ialah hidup setelah kematian.
Allah selalu menjawab doamu dengan 3 cara. Pertama, langsung mengabulkannya. Kedua, menundanya. Ketiga, menggantinya dengan yang lebih baik untukmu.
Takdir itu milik Allah, namun usaha dan doa adalah milik kita.
Rahsia kebahagiaan itu ada dalam 3 hal: Bersabar, Bersyukur dan ikhlas.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Ya Allah, sembuhkanlah yang sakit. Permudahkanlah yang sulit. Lapangkanlah yang sempit. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang ikhlas atas segala ketentuanMu. Aamiin
Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tham-min bil hairi. Ya Allah, Kau permudahkanlah. Jangan susahkan. Ya Allah, Kau akhirkanlah dengan kebaikan.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan kita berada didalam lindunganNya
Semoga lekas sembuh. Terus kuat yer…
Ya Allah, Rabb manusia. Hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan. Engkau Zat yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain – HR Bukhari dan Muslim
Orang yang gagal akan nampak kesusahan pada setiap peluang, manakala orang yang optimis akan nampak peluang dalam setiap kesusahan.
Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula.
Kegagalan tidak akan menjatuhkan anda sekiranya anda betul-betul nekad untuk berjaya.
Masa lalu tidak dapat di ubah. Masa depan di cipta pada hari ini.
Matlamat jangka panjang akan membuatkan anda terus bertindak apabila berhadapan dengan kegagalan sementara.
Tak usah berlawan-lawan dengan sesiapa. Kita tidak ada pesaing pun. Itu semua persepsi kita sahaja. Orang itu pun tak kenal siapa kita. Lebih baik fokus kepada usaha kita.
Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani.
Harapan bukanlah impian, tetapi sebuah jalan untuk membuat mimpi menjadi kenyataan.
Terkadang lelah dan kecewa adalah harga yang harus kita bayar untuk membeli bahagia.
Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.
Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.
Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.
Bantulah orang lain untuk berjaya. Kejayaan mereka akan menjadi kejayaan anda juga.
Kata-Kata Semangat untuk Berjaya
JANGAN MALAS. Belajar bersungguh-sungguh. Laksanakan tanggungjawabmu
KEKUATAN tidak datang dari kemampuan fizikal. Ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
ANDA BERHAK HEBAT. Kejayaan milik setiap insan.
Ya Allah, kuatkan hati ini menempuhi segala dugaan. Lapangkan hati ini menerima ketentuanMu. Aamiin
Susah kan nak jadi kuat? Tak susah bila di hati kita sentiasa ada Allah. Allah tahu saat kita sedih. Allah nak ajar kita kuat.
Allah adalah kekuatan. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.
GAGAL itu urusan nanti. Yang penting, kita berani untuk mencuba dan terus mencuba.
Orang yang tidak pernah membuat kesalahan adalah orang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru.
Sesekali berhentilah untuk sekadar bersantai. Bukan untuk terlena, namun untuk membina semangat untuk perjuangan berikutnya.
Dunia ini penuh dengan orang yang baik-baik. Jika kamu tidak dapat menemukannya, jadilah salah satu daripadanya.
Kata-Kata Semangat Islam
Buatlah orang lain GEMBIRA. Nescaya, Allah akan menggembirakan kita dengan perkara yang tidak diduga.
OMBAK itu TIDAK BESAR. Cuma, PERAHU yang KECIL. Jangan hanya minta diringankan ujian, tetapi pintalah juga dikuatkan iman.
Pertolongan Allah mungkin datang tidak terlalu cepat dan tidak pula terlaku lambat. Akan tetapi, ia akan datang disaat yang tepat.
Kamu tidak akan pernah gagal sehinggalah kamu gagal dalam mempercayai Allah
Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah… Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.
REZEKI Allah itu sangat luas. Yang sempit itu adalah pemikiran. Kita sendiri yang selalu memikirkan perkara negatif dari bertindak untuk berjaya.
Jom kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan kalam BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Agar segala tindakan dan usaha kita diberi olehNya keberkatan dan keselamatan. Aamiin.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi aku tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR – Saidina Umar Khatab
Ujian adalah tarbiah daripada Allah. Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya. Kesenangan yang datang selepas kesusahan…semuanya adalah nikmat dari Tuhan.
Allah tahu kamu letih. Allah tahu kamu susah. Tapi, tahukah kamu, bahawa Allah takkan menguji kamu dengan sesuatu di luar kemampuanmu?
Kata-Kata Semangat Bisnes
Kehidupan ini ibarat sungai yang mengalir. Kamu tidak boleh menyentuh air yang sama dua kali. Kerana yang telah mengalir tidak akan berpatah balik. Nikmati setiap saat dalam hidupmu.