Jangan mudah putus asa. Kejayaan pasti akan hadir. Cuma tunggu masa yang sesuai. Usaha sebaiknya. Allah tidak akan sia-siakan usaha itu. Insyaallah.
Suatu hari nanti, Allah pasti akan terbitkan segala hasil usaha yang kita lakukan sekarang. Jangan mudah putus asa untuk berjaya.
Kadangkala, Allah tak makbulkan doa kita hari ini sebab Allah nak kabulkan doa kita dikemudian hari. Jangan mudah putus asa dengan doa.
Koleksi Kata Kata Semangat
- Bangkit Daripada Sedih – Kata Kata Semangat Islam
- Putus Asa – Koleksi Kata Kata Semangat Malaysia
- Gambar: Kata Kata Semangat Untuk Berjaya – Malaysia
- Gambar – 70 Kata Kata Semangat Dalam Bahasa Melayu
- Bergambar: 31 Kata Kata Semangat
Hidup ini seperti menaiki basikal. Untuk tetap seimbang, kita harus terus bergerak.
Apabila diri kita dicaci oleh manusia, bertabahlah kerana itu adalah ujian bagi diri kita. Kuatlah wahai diri. Carilah Allah kerana Allah akan berikan kita segala ketenangan. Bertabahlah.
Jangan mudah putus asa. Semua orang yang berjaya pasti pernah gagal.
Doa adalah senjata paling kuat. Tapi, terkadang sebagai manusia…kita tidak sabar dalam menunggu dikabulkannya sesebuah doa. Tetapi ingatlah, setiap doa pasti akan dikabulkan oleh Allah. DIa menyediakan waktu yang terbaik untuk mengabulkan doa-doa kita.
Baca: Gambar: Kata Kata Semangat Untuk Berjaya – Malaysia
Jangan mudah menyerah. Tuhan selalu menyertai hambanya yang tidak mudah putus asa. Keep Fighting!!!
Bila Allah letakkan kita di bawah, sebenarnya Allah nak ajarkan kita cara untuk daki semula ke tempat yang lebih tinggi.
Jangan mudah berputus asa. Selagi kau tak gagal, kau takkan belajar. Kalau tak belajar, macam mana nak berjaya?
Terkadang lelah dan kecewa adalah harga yang harus kita bayar untuk membeli bahagia.
Apapun yang terjadi kemarin, jadikan pelajaran untuk hari ini. Kemarin adalah pelajaran. Hari ini adalah muhasabah diri untuk menjadi lebih baik.
Rezeki itu bukan cuma harta dan anak, melainkan juga kesihatan badan, kedamaian hati, akhlak mulia, fikiran jernih dan teman dalam kebaikkan.
Allah SWT akan menyimpan doa tersebut di Akhirat kelak kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hamba tersebut memerlukannya di sana.
Jangan pernah meremehkan kekuatan doa (permohonan)
Allah SWT akan menjauhkan hamba tersebut daripada perkara yang buruk atau musibah yang berlaku kepadanya.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Doalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT akan memustajabkannya.” – Hadis Riwayat al-Tirmizi
Semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya mustajab.
Kata-Kata Semangat Cinta
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke suatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
SENYUM dan ucapkanlah ALHAMDULILLAH kerana ALLAH masih izinkan kita bersama mereka yang kita SAYANG.
Perubahan yang kecil mampu merubah perkara yang besar
MARI BERBAIK SANGKA. Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah dia selalu bersangka baik sesama manusia – Imam Syafie
Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadanya, dia membalasnya dengan buah yang ranum.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain. Jangan hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
Kata-kata manusia yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras – Hamka.
Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan binatang di malam yang gelap. Oleh itu, kejarlah ilmu seberapa daya yang dapat.
Awan hitam yang datang, membawa hujan dan petir ke bumi. Buat pengajaran agar dirimu matang dalam menghadapi dugaan dan ,menjadi lebih berani.
Jika ada seseorang yang menghinamu, bersabarlah. Kasihanilah dia kerana dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memuji. MAAFKANLAH kerana itulah dendam yang paling baik untuknya.
Kata-Kata Semangat Islam
Perbuatan adalah cerminan hati. Jika hari dipenuhi kebaikan, maka sikap dan tindakan akan baik. Begitu juga sebaliknya.
Sesekali Allah uji kita, tapi kita cakap, “Aku tak pernah bahagia”.
Sesekali kita menangis, tapi kita cakap,” Aku jarang ketawa”.
Sesekali kita kecewa, tapi kita cakap.” Aku tak pernah berjaya”.
Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan. Tetapi ujianNya yang sedikit itu, yang kita hiraukan. Dimana syukur kita? Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih sayang Allah pada kita.
Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet
Saudaraku, usahlah kamu gelisah dan keluh kesah bila ada manusia membencimu kerana pasti ada manusia lain yang menyayangimu. Saudaraku, gelisahlah jika jamu dibenci oleh Tuhanmu. Pasti tiada siapa yang akan menyayangimu di akhirat nanti.
Setiap pagi, sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua Ibu Bapa (tidak kira masih hidup atau telah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuat buat kamu.
Sebaik-baik perkataan itu ialah yang sedikit tapi memberikan kejelasan.
YAKIN. Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, Allah tidak akan memberikannya menjadi milik orang lain.
IKHLAS menerima kesalahan dan belajar dari setiap kesalahan akan menjadikanmu kuat dalam menjalani kehidupan.
Sesiapa yang tidak punya apa-apa tetap memiliki Allah. Sesiapa yang memiliki Allah makan punya segalanya.
Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesulitan. Kerana setiap titis air hujanyang jernih berasal daripada awan yang gelap.
Hidup di dunia adalah sementara. Akhirat jualah yang kekal untuk selamanya. Maka, berbuatlah kebaikan agar kehidupan akan datang lebih selesa.
kata kata semangat untuk berjaya, kata-kata semangat untuk diri sendiri, kata-kata semangat untuk orang down, kata-kata semangat islam, ayat menaikkan semangat, kata kata semangat malaysia, kata kata semangat malaysia