3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Bayam (Amaranthus Spp.) merupakan tumbuhan yang biasa di tanam untuk di ambil daunnya sebagai sayuran hijau. Tumbuhan ini berasal daripada Amerika Tropika namun sekarang tersebar ke seluruh dunia. Tumbuhan ini dikenal sebagai sayuran sumber zat besi yang penting

3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit

Terdapat tiga jenis bayam yang utama yang di makan di Malaysia:

  1. Bayam hijau
  2. Bayam merah
  3. Bayam brazil

Khasiat bayam:

  • Menguatkan tulang

Memakan bayam boleh mengelakkan sesorang daripada osteoporosis (kerapuhan tulang). Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

  • Memperbaiki saluran darah

Kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah (penghantar oksigen ke seluruh tubuh). Jika seseorang kekurangan zat besi, dia akan merasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenga batin, dan akhirnya boleh mendapat penyakit anemia.

  • Jantung lebh sihat

Kaya dengan sumber antioksidan, maka sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolestrol pada arteri. Ia juga sangat baik untuk mengawal tekanan darah.

  • Mencegah kanser

Mengandungi flavanoid yang mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

Baca: Pengalaman Menginap di Hatten Hotel, Melaka

  • Perempuan hamil

Perempuan hamil memerlukan dua unsur penting, iaitu vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kedua-duanya ada dalam bayam. Jadi bayam sangat baik untuk perempuan yang hamil.

  • Mata yang sihat

Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring dengan pertambahan usia. Maka untuk mengekalkan kesihatan mata.

Baca: Kata Kata Sedih Melayu Menyentuh Hati – Malaysia

Fungsi bayam untuk kulit:

  1. Memiliki kandungan beta karoten dan antioksidan kuat yang berfungsi membantu memperlahankan sel-sel kanser dan memperbaiki sel-sel kulit.
  • Kandungan antioksidan pada bayam boleh mencegah penuaan dan membuat kulit licin serta bercahaya.
  • Kaya dengan lutein, potassium, serat dan folate, yang juga membantu pembaikan DNA yang memulihkan sel-sel kulit yang rosak akibat sinar matahari dan membantu mencegah kanser.

3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit 3 Jenis Sayur Bayam dan Khasiatnya Untuk Kulit