Bagi penduduk sekitar Putrajaya, Bangi, Sepang dan yang seangkatan dengannya amatlah bertuah sebab tersangat banyak bilangan kedai menjual produk berkaitan haiwan peliharaan khususnya kucing. Lebih beruntung sebab banyak juga yang menyediakan perkhidmatan grooming dan boarding. Itu belum termasuk kawasan Lembah Klang yang lain. Memang banyak tak terkira.
Sebagai seorang pembela 7 + 2 ekor kucing, semestinya aku akan menyinggah setiap kedai kucing yang ada di sekitar. Saja menyinggah sebab nak tengok harga, produk jualan dan servis yang ditawarkan. Kita raikan kepelbagaian sebab akhirnya ia menguntungkan pengguna.
Baca: Tafsir Mimpi Kucing – Mati, Digigit, Beranak, Hitam dll
Salah satu kedai haiwan peliharaan yang popular di Bangi ialah DD Bangi Petshop. Saiz kedainya besar meliputi 2 lot kedai bawah untuk jualan barangan keperluan / grooming dan 1 lot atas untuk servis boarding. Sangat selesa tatkala menjengah masuk ke dalam kedai kucing ini. Konsep butik hotel yang bersih, kemas dan teratur.
Baca: Popular Cat Food Brands in Malaysia & Singapore
DD Bangi Petshop ini lebih kepada penawaran servis kucing. Walaubagaimanapun, mereka juga ada menjual makanan untuk arnab, ikan dan hamster. Servis grooming disini nampak hebat sebab kita boleh tengok sendiri proses meng grooming si comel kita.
Baca: Haruman Syurga – Doa & Ucapan Hari Lahir Islamik
Diorang buka setiap hari bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang.
Kedai Kucing Bangi Kedai Kucing Bangi