Arabic gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia senegal dan Acacia sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di negara Sudan. Arabic gum merupakan rantaian kompleks polisakarida dengan rantaian kompleks polisakarida dengan rantauan bercabang mengandungi campuran gliprotein, kalsium, magnesium dan garam kalium asid polisakaridik.
Jenis Arabic Gum:
- Acacia Senegal
Dalam species Acacia Senegal terdapat lagi 4 jenis dibawahnya iaitu senegal, kerensis, leiorhachis & rostrata.
- Acacia Seyal
Dalam species Acacia Seyal pula terdapat 2 jenis dibawahnya iaitu fistula & seyal.
- 10 Senarai Buffet Ramadan Putrajaya 2024
- Beras Putih Malaysia Madani – Apa yang Kita Ketahui Setakat ini
- Koleksi Ucapan Ramadhan 2024 Terbaik – Menawan Kalbu
- Informasi Festival Lentera – Sisiran Tasik Putrajaya 2024
- Jual Beli yang Haram dalam Islam
Khasiat:
- Mampu mengurangkan kolesterol
Khasiat serat yang terkandung dalam serat didapati berpotensi dalam membantu badan untuk menyingkirkan kolesterol dalam badan secara berkesan. Di samping menurunkan paras kolesterol, kajian juga mendapati arabic gum dapat menurunkan kadar trigliceride dalam darah dengan baik.
- Berpotensi sebagai antikanser
Memiliki sifat antikarsinogenik yang positif dalam melawan pembentukan sel kanser. Sebuah kajian mendapati penggunaan arabic gum dapat mengurangkan sehingga 70% pembentukan tumor kanser usus pada tikus. ini menunjukkan potensi yang cukup baik bagi arabic gum untuk digunakan sebagai bahan antikanser.
- Membantu menstabilkan tekanan darah
Sebuah kajian mendapati pengambilan arabic gum yang dilarutkan dalam air selama 16 hingga 18 minggu menunjukkan kesan yang positif dalam menurunkan tekanan darah ke paras yang stabil. Hasil ini menunjukkan potensi yang baik bagi penggunaan arabic gum sebagai makanan tambahan yang sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Baca: 29 Khasiat dan Kebaikan Minyak Zaitun
- Penyembuh Luka
Pengamal perubatan percaya bahawa kandungan di dalam Acacia Gum mampu merawat luka kerana kandungan beberapa bahan kimianya seperti alkaloid, flavonoid dan glikosida.
- Merawat Diabetes
Pesakit diabetes dan buah pinggang mempunyai kandingan kreatini dan gula dalam darah yang tinggi. Pengambilan Acacia Gum dapat menurunkan paras kreatinin sekaligus dapat mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang. Begitu juga kandungan mineralnya dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes.
Baca: Himpunan Ayat Deep Untuk Ex Cinta – Sedih Putus Cinta
- Sumber Serat Yang Baik
Sesuai buat anda yang sedang berdiet dan dalam misi menurunkan badan, pengambilan Acacia Gum dalam diet seharian dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah. Memandangkan sifatnya yang larut air, maka Acacia Gum juga membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular.
6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu 6 Khasiat Gum Arab (Arabic Gum) Yang Tak Ramai Orang Tahu