Khasiat Habbatus Sauda Untuk Wanita, Lelaki Dalam Islam

Khasiat Habbatus Sauda Dalam Islam

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam ini sangat digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit (kecuali kematian). Ia banyak digunakan di negara-negara timur tengah, asia selatan dan asia tenggara.

Kini, habbatus sauda banyak dioleh dan dihasilkan dalam bentuk kapsul atau minyak.

Baca: Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Wanita, Lelaki Dalam Islam

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Wanita / Mengandung / Hamil

  • Bagi wanita hamil / menyusukan anak, amalan pengambilan habbatussauda membantu janin atau bayi mendapatkan nutrisi tambahan yang baik.
  • Melindungi janin dari kelahiran yang cacat dan kerosakan otak.
  • Membantu menambah sistem kekebalan pada tubuh untuk mengelakkan lelah.
  • Membantu meningkatkan ghairah seksual
  • Membantu masalah keputihan
  • Kandungan omega 3, omega 6 dan omega 9 yang ada padanya membantu menjaga pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Lelaki

  • Membantu menambah stamina / ghairah seksual
  • Membantu mengubati masalah lemah syahwat
  • Meingkatkan kesuburan

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kulit

  • Membantu melambatkan masalah penuaan.
  • Mencegah penuruann fungsi kerja pada organ tubuh – otak, masalah tulang, strok.
  • Thymoquinone memiliki sifat anti-inflamasi (anti peradangan) yang membolehkannya digunakan sebagai ubat sapu untuk mengubati masalah jerawat serta menghaluskan kulit.

Baca: Doa dan Kata Kata Untuk Adik Beradik Yang Bergaduh

Cara Makan Habbatussauda Untuk Kurus

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar habatussauda
  • 1 jug air
  • 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
  • Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara Penyediaan

  1. Rendam semalam habbattus sauda di dalam periuk yang berisi air semalaman.
  2. Pada keesokkan harinya, rebus rendaman tadi dengan api yang sederhana kecil sehingga menggelegak.
  3. Apabila air sudah bertukar warna, tutup api. Tunggu sehingga rebusan tadi sejuk.
  4. Tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon ke dalamnya.
  5. Kacau rata.
  6. Sedia untuk diminum.

Terdapat sejenis kandungan bahan kimia semulajadi dalam habbatus sauda yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema.

Khasiat Minyak Habbatussauda Untuk Payudara

  • Habbatus Sauda merupakan antara sumber anti-oksidan yang baik yang menangkal kerosakan sel akibat radikal bebas.
  • Ia mengandungi zat yang meningkatkan sejumlah sel yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh semulajadi. Khasiat ekstrak habbatus sauda membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Khasiat Habbatussauda Untuk Masalah Alergi

Histamin merupakan zat yang dilepaskan oleh sistem kekebalan tubuh sebagai rekasi kepada alergi. Kandungan crystalline nigellone yang ada padanya membantu mengurangkan pelepasan histamin. Pengambilan habbatus sauda boleh membantu mengurangkan reaksi alergi khususnya pada mereka yang mengalami masalah asma, bronchitis dan memana penyakit alergi berkaitan.