Pengalaman Mohon Kad Komuter Pelajar

Sebagai pelajar dan insan marhaen, haruslah kita gunakan sepenuhnya kemudahan awam sedia ada. Jimat, mudah dan tidak memeningkan kepala. Insyaallah

Baca: Update 2019: Parking at KLIA2 – Facilities, Car & Motocycle

Sebenarnya, aku nak mohon Komuter Link Pelajar. Tapi, termohon kedua-duanya tanpa sedar. Rugi je bayar RM35 untuk KTMi-Card Student. Keliru pada awalnya. Ingatkan sama. Rupanya tiada berbeza. Pengsan…. harap boleh lah guna kot-kot nak pergi Penang naik ETS

Apa beza KTMi-Card Student dan Komuter Link Pelajar? Satu berbahasa Inggeris dan Satu lagi Berbahasa Malaysia. Masalah betul.

Kad Komuter Pelajar

Baca: 100+ Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik

Apapun, prosesnya sangat mudah. Hanya perlu mohon secara online di laman web KTMB. Tempoh masa menunggu pun dalam lingkungan 24 jam lebih je. Macam kes aku, mohon hari ini dan esoknya sudah dapat jawapan – Lulus hahaha.

Baca: MRT Timetable & Route Sungai Buloh – Kajang Line

Kad Komuter Link Pelajar kena ambil di KTMB KL Sentral. Kena bayar RM3 camtu termasuk minimum RM10 untuk prepaid. Jimat 50 peratua untuk Komuter Link Pelajar. Untunglah.

Manakala KTMi-Card Student ni via virtual je. Buka je secara online kad tu dan tunjuk tatkala mahu beli tiket di kaunter. Dapat potongan harga 40 peratus harga tambang – ETS dan KTM Intercity.

Baca: Koleksi Ucapan Happy Birthday yang Unik

Kad Komuter Pelajar