Kucing Batu, juga dikenali sebagai Asian Leopard Cat (ALC), merupakan salah satu spesies kucing liar (Wild Cats) yang sering diperdagangkan dalam penjualan hidupan liar haram.
Sila menghubungi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk menyemak keperluan lesen/ permit/ permit khas untuk sebarang aktiviti melibatkan hidupan liar.
Haiwan itu aktif pada waktu malam dan ia memakan tikus, amfibia dan reptilia. Permintaan menggalakkan di pasaran gelap menyebabkan semakin ramai individu dikenasan menjalankan aktiviti haram menjual kucing batu sehingga mencecah harga RM3,000 seekor.
Haiwan liar dilindungi ini menjadi kegilaan peminat kucing berikutan ciri fizikal dan warna bulu yang unik.
Haiwan ini dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2019 (Akta 716). Antara hukuman yang diperuntukkan dibawah akta ini ialah sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Kucing Batu Lesen?
Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan – Jabatan Perhilitan Malaysia telah mengeluarkan senarai haiwan sebagai haiwan terlindung dibawah Akta 716.
Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.
Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap.
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan No 21,Jalan Dwi Tasik 1,Bandar Seri Permaisuri,56000 Cheras,Kuala Lumpur. Tel: 03-9171 0258/ 03-9171 0260 Faks: 03- 9171 0257
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor. Tel: 07-223 0580 Faks: 07-223 5702
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang. Tel: 04-261 3039 Faks: 04-261 0330
Kucing Hutan Malaysia – Apa yang Perlu Kita Tahu?Kucing Hutan juga dikenali sebagai Asian Leopord Cat (ALC). Ia merupakan salah satu jenis kucing liar yang terdapat di Malaysia.
Saiz kucing ini hampir sama dengan kucing biasa. Bezanya cuma badan kucing hutan lebih langsing dengan kaki yang lebih panjang dan lebar berbanding kucing biasa. Spesis kucing hutan ini terancam akibat diburu untuk dijadikan haiwan perliharaan disebab bulunya yang unik dan cantik.
Harga Kucing Hutan Malaysia
Permintaan menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Selain dilakukan oleh sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan itu turut membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan luar bandar.
Kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor dan harga haiwan berkenaan yang banyak ditemui dalam kawasan hutan kecil serta ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan.
Kucing Congkok (Prionailurus Bengalensis) disebut sebagai leopard cat dalam Bahasa Inggeris dek kerana bulunya yang bintik-bintik. Bulu kucing congkok bervariasi sesuai dengan habitatnya.
Panjang tubuhnya sekitar 46 cm dengan berat badan sekitar 2,2 kg. Panjang ekornya mencapai seperdua bahagian tubuhnya.
Kucing hutan termasuk haiwan noktural yang selalu aktif dimalam hari untuk berburu mangsa seperti burung, tikus, , tupai, serangga, ampibi, kelinci, kancil dan binatang kecil lainnya.
Kucing hutan tersebar India, Afghanistan, Nepal, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Pilipina, Laos, Malaysia, Singapura, hingga ke Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Rusia, Taiwan, China, dan Hong Kong.
2.Kucing Batu
Kucing Batu memiliki nama latin Pardofelis Marmorata atau Felis Marmorata. Ia dikenali sebagai harimau akar di kalangan penduduk tempatan
Secara umumnya, Kucing ini memiliki bentuk tubuh yang hampir sama dengan kucing. Apa yang membezakan adalah Kucing Batu memiliki kaki yang lebih panjang dan telapak kaki yang lebar, serta tubuh yang lebih ramping.
Jenis kucing ini banyak terdapat di Asia Tenggara dan Asia Selatan,
3.Kucing Emas Asia
Kucing Emas Asia (Pardofelis Temminckii, syn. Catopuma Temminckii) juga disebut kucing Temminck
Jenis kucing ini terancam kerana jumlahnya yang sedikit dan terus menurun. Berat badannya sekitar 8-12 kg dengan panjang sekitar 1,2 kg. Warna bulu kucing ini berwarna coklat keemasan.
Kucing emas terdapat diseluruh kawasan Asia Tenggara, mulai dari Tibet, Nepal, Bhutan, India dan Bangladesh ke Myanmar, Thailand, Kamboja, Laos, Vietnam, Cina Selatan ke Malaysia dan Sumatera
4.Kucing Dahan Kalimantan
Kucing Dahan Kalimantan ini hanya terdapat di Pulau Kalimantan dan Pulau Sumatera.
Jenis kucing ini berukuran sedang, panjang badannya sekitar 90-95 cm, dan berat badannya sekitar 12-25 kg.
Ekornya dapat tumbuh sesuai dengan panjang tubuhnya yang dapat menjaga keseimbangannya. Bulunya berbentuk oval tak beraturan dengan pinggiran hitam dan di dalamnya terdapat titik-titik hitam sehingga lebih gelap dari Harimau Dahan Malaya.
Di Kalimantan jenis kucing ini dapat dijumpai di hutan dataran rendah sedangkan di Sumatera dapat dijumpai di daerah perbukitan dan pegunungan.
5.Kucing Dahan Benua
Kucing ini memiliki rambut coklat keabu-abuan dengan motif seperti awan dan memiliki titik hitam di atasnya.
Ia tersebar di Asia Tenggara, Republik Rakyat Cina, Indocina, India, dan Semenanjung Malaya. Jenis kucing ini telah punah di alam liar Republik China. Di Indonesia, macan daratan ditemukan di Pulau Kalimantan dan Pulau Sumatera namun pada tahun 2006 tidak lagi dianggap sebagai spesies macan tutul subtropis namun termasuk dalam tipe Neofelis Diardi.
6.Kucing Hutan Borneo – Sabah, Sarawak& Kalimantan
Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020
Kucing bay juga dikenali sebagai kucing Borneo, adalah kucing liar yang sangat sukar ditemui. Pada tahun 2002, IUCN mengklasifikasikan kucing ini sebagai terancam dengan kemerosotan populasi sebanyak 20% dijangka berlaku pada tahun 2020. Pada tahun 2007, saiz populasi dijangka hanya sebanyak 2500 ekor kucing dewasa.
Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.
Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap.