Apa Beza Kunyit Hitam dan Kunyit Putih?

KUNYIT HITAM

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam
Kunyit Hitam

Masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam. Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM. Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pariflora.

Kunyit hitam ini merupakan antara bahan mandian utama dalam ‘Turkish Bath’.

Baca: Tahu Apa Maksud Takaful?

Kadar permintaannya kunyit hitam dalam pasaran dunia adalah agak tinggi. Harga bahan mentah ini di pasaran dunia boleh mencecah sehingga RM500 sekilogram. Negara pengeluar utama bagi tumbuhan herba ini ialah India dan Taiwan.

Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya. Di Thailand, kunyit hitam juga diminum sebagai ginseng dalam rawatan alternatif dan mencegah penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Secara umumnya, terdapat 2 spesies kunyit hitam yang biasa ditemui di Malaysia iaitu:

  • Curcuma Caesia (Kunyit Hitam India / Malaysia) – Pokoknya seakan pokok kunyit, cuma bezanya ialah terdapat garisan ungu pada daunnya. Ia berasal dari Timur tengah, India dan China.
  • Kaempferia Parviflora (Halia Hitam) – Rupanya seakan pokok cekur, di mana akarnya berwarna ungu. Ia berasal dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

Baca: Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kunyit hitam mempunyai pelbagai khasiat. Namun, harus dingatkan, pengguna tidak boleh menggunakan kunyit hitam untuk menggantikan ubat yang diberikan oleh doktor. 

Kunyit Putih
Kunyit Putih

KUNYIT PUTIH

Diakui, kunyit kuning lebih mudah diperolehi berbanding kunyit putih. Namun, khasiat dan kebaikan kunyit putih ini juga tidak kurang hebatnya berbanding kunyit kuning mahupun kunyit hitam. Bermula dari akar, minyak dan daun dari kunyit putih pun dapat dimanfaatkan untuk tujuan perubatan, kecantikan dan kesihatan yang alami.

Tanaman ini banyak ditanam di negara Bangladesh, Sri Lanka, India, China, Brazil dan Thailand. Sejak zaman berzaman, ia telah digunakan secara tradisional sebagai antara ubat untuk membantu mengatasi masalah ketumbuhan, loya, muntah, kemurungan dll.

Kebaikan dan Khasiat Kunyit Putih

  1. Sebagai anti-kanser dek kerana mengandungi ethyl pmethocyvinnatate,  kurkuminoid, bisdemothxycurcumin, demothxycurcumin, dan flavonoid yang membantu proses penyembuhan penyakit kanser.
  2. Sebagai anti-oksidan melalui patinya yang dipercayai boleh mengurangkan kesan radikal bebas tertentu.
  3. Sebagai anti-radang untuk mengatasi keradangan atau bengkak pada kulit.
  4. Sebagai anti-bakteria dengan membantu mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut. Keberkesanannya sama seperti ubat kumur di pasaran. Selain itu, ekstrak dari kunyit putih juga diyakini dapat mencegah pembiakan bakteria pada tubuh manusia.

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Secara umumnya, masyarakat biasa hanya mengetahui akan kunyit hitam. Agak jarang sekali masyarakat tahu akan kewujudan tumbuhan bernama KUNYIT HITAM atau HALIA HITAM atau TEMU HITAM. Nama saintifik bagi tumbuhan herba ini ialah Kaempferia pariflora.

Tahukah anda, kunyit hitam ini merupakan antara bahan mandian utama dalam membersihkan badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish Bath’.

Ketahui 10 Kegunaan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kajian mendapati tumbuhan ini mengandungi 30 komponen atau kandungan penting dalam perubatan tradisional iaitu pati minyak (97.5%) dan komponen lain seperti Camphor (28.3%), Ocemene (8.2%), ar-tumerone (12.5%), ar-cucurmene (6.8%) dan banyak lagi.

Baca: Jom Ketahui Apa Kegunaan dan Khasiat Daun Kunyit

Hasil kajian juga mendapati, kandungan bioaktif methoxyflavon dalam kunyit sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengurangkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan kronik.

Permintaan Terhadap Kunyit Hitam

Walaupun pengeluaran tumbuhan ini adalah terhadap, namun kadar permintaannya agak tinggi. Harga bahan mentah ini di pasaran dunia boleh mencecah hampir RM500 sekilogram. Negara pengeluar utama bagi tumbuhan herba ini ialah India dan Taiwan.

Berikut merupakan antara khasiat utama kunyit hitam

Produk Kecantikan (Anti Oksidan Yang Baik Untuk Awet Muda)

Kunyit hitam mengandung zat antioksidan yang tinggi yang berperanan penting dalam melambatkan proses penuaan pada tubuh. Kandungannya ini juga membantu meremajakan kulit, menghilangkan sel-sel mati dan memperbaiki penampilan kecacatan, kedutan dll.

Bahan Anti Kanser

Zat antioksidan yang ada dalam kunyit yang berfungsi untuk mengelak kanser lebih tinggi dibandingkan kunyit biasa. Fenol berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh, meluaskan pembuluh darah dan membantu mengurangkan pertumbuhan sel kanker di dalam tubuh.

Rangsangan Tenaga Tambahan

Kandungannya membantu meningkatkan jumlah pengambilan oksigen dalam badan dan meningkatkan penghasilan tenaga. Ia memberi rangsangan tambahan untuk orang yang memerlukan banyak tenaga terutama golongan atlet dan jugal orang yang berkerja berat.

Masalah Kemurungan

Ia juga mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

Baca: Pelan Takaful Sebagai Pengganti Gaji

Masalah Asma

Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran otot yang membantu mengurangkan masalah penyempitan salur nafas yang akhirnya membantu mengawal masalah asma.

Masalah Kegatalan Pada Kulit

Khasiat pada Kunyit hitam mampu dimanfaatkan dalam membantu masalah kegatalan pada kulit manusia. Tumbuhan herba ini memiliki kandungan yang bersifat anti-bakteria yang bermanfaat untuk kulit gatal. Pada masa yang sama, ia juga mampu untuk melawan keradangan pada kulit dengan berkesan.