Bagi aku, disinilah tempat untuk makan bertemakan thailand / tomyam paling sedap pernah aku rasa setakat ini. Rasa dan aromanya sangat siam. Secukup rasa dan teramat menyelerakan hingga ke hirupan terakhir.
Kebanyakan menu yang dijual adalah secara set – Main utama dan bersekali dengan nasi putih dan telur dadar. Air beli asing. Macam aku, selalunya akan order air kosong je. Seakan pelik jika makan nasi bersama dengan air manis.
Setakat ini, aku pernah order makan Set Tom Yam, Coconut Chicken Soup dan Thai Basil. Lain-lain menu tak pernah teringin lagi nak cuba sebab tak puas lagi menikmati keenakan Tom Yam. Rasa yang tidak pernah mengecewakan. Sesiap mahu makan sedap tomyam. Aku rasa, mungkin disini antara tempat yang boleh dicadangkan untuk cuba.
Harga yang dikenakan pun bagi aku agar standard – Sekitar pertengahan belasan ringgit untuk menu sedap seumpama ini dan kuantiti yang dihidangkan. Good range for people like me.
Senarai Menu di Restauran Mek Siam Sungai Besi
Alamat: 70, Jln Tasik Damai 7, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Hp (Aku cilok daripada Google): 010-318 9941