Untuk Isteri Sahaja: Tafsir Mimpi Suami Curang

Mimpi Suami Curang

Betul ke kalau mimpi suami curang itu bermaksud suami anda sememangnya sedang main kayu tiga dibelakang anda?

Baca: Dinner @ Restaurant Chef Wan – De.Wan 1958 by Chef Wan

Menurut kajian oleh Dylan Selterman dari University of Maryland, Setiap orang boleh mengalami mimpi seperti ini. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil.

Selain itu, Pakar psikologi Ian Wallace juga mendapati bahawa punca sebenar isteri mimpi suami curang adalah kerana rasa percaya terhadap pasangan mula hilang. Tanpa disedari sebenarnya si isteri terlalu risau jika suaminya tidak bahagia bersama dengannya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Ada sesetengah kajian membuktikan kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini kerana wanita (isteri) sering berfikiran ‘luar dari kotak’ apabila bercakap tentang kekasih hati.

Tapi tahukah anda, maksud mimpi suami curang itu sebenarnya normal? Ramai ibu hamil mendapat mimpi ini.

Baca: Hero Malaya – Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah

Menurut pakar, ia kerana ketakutan dan kerisauan ibu hamil apabila badannya mengalami perubahan. Contoh, badan makin kembang, kulit tidak semulus dulu, wajah berjerawat dan rambut serabai.

Segala kerisauan tentang perubahan tubuh ini akan membuatkan anda terfikir tentang hubungan anda dan suami. Anda risau, dengan perubahan tubuh ketika hamil ini, perkahwinan anda akan tergugat.

Jadi, kesimpulannya mimpi itu tidak bermakna apa-apa dan tidak perlu terlalu serius jika anda mendapat mimpi sebegitu.

Baik atau Buruk? – Koleksi Maksud dan Tafsir Mimpi

Tafsir Mimpi

Mimpi Orang Meninggal – Sebagai petanda kerinduan, adanya pesanan daripada arwah yang perlu diselesaikan dan petanda akan mendapat pertolongan.

Mimpi Banjir – Merupakan petanda bagus untuk anda. Seringkali ia dikaitkan dengan rezeki.

Mimpi Tsunami – Pertanda akan adanya seseorang yang datang kepada Anda dan memberi pujian. Ia juga boleh membawa kepada petanda rezeki.

Baca: Tafsir Mimpi Kucing – Mati, Digigit, Beranak, Hitam dll

Mimpi Harimau – Petanda baik. Anda akan memperoleh kemuliaan dan penghormatan dalam waktu terdekat.

Mimpi Melahirkan Anak / Lahirkan Anak – Akan mendapat kemuliaan, keberuntungan dan kebaikan

Mimpi Bunuh Orang – Sedang mengelak daripada kesalahan, menyimpan perasaan bersalah, akan segera sampai pada tujuan, semakin dicintai oleh pasangan, melambangkan kekuasaan.

Mimpi Menyusukan Bayi – Berkaitan dengan jin atau saka

Mimpi Potong Rambut – Adanya sesuatu yang kurang baik telah menimpa, seseorang sedang berniat buruk terhadap anda

Mimpi Lipan – gangguan syaitan / sihir. Sifat dengki

Mimpi Rumah Terbakar – Petanda akan kejayaan yang akan diperolehi, berkaitan dengan emosi yang tidak stabil

Baca: Baik atau Buruk? Erti dan Tafsir Mimpi Mengandung

Mimpi Hantu – Anda berasa sudah terputus hubungan dengan persekitaran dan pergaulan. Perlu terus maju bergerak kehadapan meninggalkan tabiat lama.

Mimpi Dukung Bayi – Berkaitan dengan jin atau saka.

Mimpi Bekas Kekasih – Sesuatu yang belum diselesaikan, merindui atau sebagai bunga tidur.

Mimpi Kahwin / Berkahwin – Memperoleh nikmat yang berlebihan dan berganda.

Mimpi Kemalangan – petanda negatif

Baca: Baik atau Buruk? – Pelbagai Petanda Mimpi Ular

Mimpi Air – Mendapay rezeki yang besar.

Mimpi Menangis – Akan menemui kebahagiaan dalam hidup

Mimpi Kiamat – Petanda atau amaran. Mungkin pernah melakukan kesilapan atau kesalahan.

Mimpi Dikejar Orang – Menandakan ketakutan atau menghindari daripada sesuatu yang menyakitkan atau menakutkan.

Mimpi Budak Kecil – Berkaitan jin atau saka

Mimpi Emas – Melambangkan kesedihan

Mimpi Susukan Bayi – Berkaitan Jin atau saka

Baca: Contoh Ucapan Terima Kasih Sempena Hari Lahir

Mimpi Dapat Anak – Petanda bakal mendapat keuntungan yang melimpah.

Mimpi Jumpa Duit – Mendatangkan petanda baik – rezeki yang lebih

Mimpi Laut – Simbolik kepada penyatuan jiwa dan fikiran. Lebih tenang, semangat danperubahan baharu dalam hidup

Mimpi Najis – Menunjukkan rezeki yang diperoleh hasil daripada kezaliman atau petanda akan mendapat kelapangan

Mimpi Nikah – Sebagai petanda awal atau perubahan baru dalam kehidupan

Mimpi Makan Nasi – Akan memperoleh keuntungan yang tidak disangka-sangka.